As-Salam. Widget pilihan kali ini, HH tampilkan widget daripada Google sendiri iaitu Google Talk yang boleh anda letak di dalam blog anda. Ia seperti juga Yahoo Messengger untuk blog yang sebelum ini agak popular juga di kalangan blogger Malaysia.

Google Talk memberi kelebihan untuk anda berinteraksi dengan pembaca-pembaca, terutama pengguna Google, yang sudah tentu juga akan terdiri dari kalangan blogger blogspot sendiri. HH belum mencubanya lagi, tetapi merasa pasti ia akan dapat menambahkan lagi interaksi di dalam blog - antara pemilik blog dan juga pengunjung blog.

Anda boleh mencuba dengan pergi ke sini: Google Talk for Blog

Google Talk for Blog


Google Talk for Blogspot
Apabila anda dah log masuk ke akaun Google anda, paparan di atas akan kelihatan, dan anda boleh terus salin tampal (copy paste) kod yang telah tersedia. Kod diberikan adalah bentuk iframe yang dibenarkan.

Oh ya, ada beberapa setting lain untuk Google Talk anda jika mahukan sedikit kelainan.

Google Talk Options


Google Talk Option
Walaupun Google Talk masih dalam perisian Beta, tetapi anda boleh mencuba untuk melihat kesannya ke atas blog anda. Jika ok, anda boleh teruskan, jika tidak ... anda boleh buang.... semudah itu.

Selamat mencuba.


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement