As-Salam. Ada sesetengah blogger main bubuh je apa yang ingin dia bubuh dalam blog. Mana yang dirasakan dapat memberikan trafik tinggi, maka ... terus dijadikan entri - asal dan sumber mungkin pelbagai, mungkin sah, mungkin tak sah. Janji, tajuk itu mesti hot, panas, berapi - dan lupakan soal adakah ia relevan dengan entri di dalam blog.

HH sendiri ada praktik cara dan kaedah di atas. Mungkin tak berapa nampak sangat - tetapi selalunya entri yang jadi mangsa ialah Wordless Wednesday ... bila tiba hari rabu, pasti trafik akan mencanak naik disebabkan tajuk super hot di samping gambar yang melelehkan air liur pengunjung .... hahahaha....

Relevan atau tidak sesuatu entri anda yang tentukan sebagai pembaca. Jika rasa tak ... tutup dan pangkah. Semudah A-B-C. Kalau relevan, kalau suka ... ada macam cara untuk nyatakan penghargaan ... tak perlu sebut anda sendiri boleh nampak di kaki entri ini ... hehehehe.....

Fikir - Blog tajuk: "Inilah Kesayangku" tapi dok bercerita pasal - Artis Pakai Baju Dalam Terlondeh. Relevan ke? 

Mungkin boleh cerita mengenai perkara-perkara yang anda sayang dalam hidup - ada banyak..... boleh cerita pasal agama (yang semestinya anda sayang), keluarga, gajet kesayangan anda, dan macam-macam lagilah.

*p.s: Relevankah blog ini?


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement