As-Salam. Tajuk nampak garang. Ya, sengaja buka bicara mengenai panduan menulis blog atau panduan menipu blogger. Sebenarnya ada isu pernah bangkit dahulu .... cumanya sekadar kembali untuk mengingatkan, terutama kepada blogger-blogger baru.

Ya, kadangkala dalam keghairahan untuk mencipta tempat dalam dunia blog Malaysia ini, ada antara blogger-blogger baru yang begitu teruja ... terlalu ghairah, terlupa bahawa mereka terdedah dengan segala macam onak duri, ranjau, huruf besar, huruf warna merah, biru dan macam-macam lagi yang datangnya dari kalangan blogger sendiri.

Blogger baru - tentu mencari ilmu dan panduan menulis blog yang betul. Mereka mencari tutorial yang sesuai untuk memperlengkapkan blog yang mereka sudah punyai. Keterujaan itu mendorong ada sesetengah blogger lain cuba menangguk di air yang jernih (bukan keroh sebab tak gaduh). Dihulurkan bantuan, dikatakan ini merupakan cara buat blog yang betul, letak ini letak itu bagi memantapkan blog, walhal hakikatnya .. si blogger baru jadi mangsa, si blogger 'lintah blog' pula yang kenyang.

Kenyang apa? Kenyang trafik, kenyang backlink, kenyang itu kenyang ini tanpa blogger baru tahu dan perasan pun ..... haaa ... tu namanya panduan menipu blogger...

Maaf kalau buat anda rasa marah.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement