As-Salam. Kebenaran memang pahit nak ditelan, apatah lagi andai ia ada kait dengan diri kita sendiri, walhal empunya cerita tu, sekadar berkias dengan sehalus mungkin. Bila blogger dibenci kerana berkata benar, adalah sesuatu yang bukan sekarang berlaku ... dah lama wujud dalam dunia blogger Malaysia ni. Andai tak satu kepala ... mulalah nak hantuk kepala.

Bila blogger dibenci kerana berkata benar, bila singkap sesuatu yang orang lain tak tahu menahu, menjadi nanah dalam kehidupan. Terjejas dan takut, walhal sebenarnya kita takut dengan bayang-bayang sendiri. Tak perlu nak melatah kalau tak benar ..kan kan?

Tapi, itulah ... seperti HH pernah kata sebelum ini, dalam bab nak cerita kisah satu kebenaran ni, jika boleh elakkan dari perbuatan mengaibkan orang lain. Berkata benar boleh, tapi biarlah benar itu semanis kata, biar jujur berlapik bukan bertempik.

Ramadan adalah bulan yang bantu kita sebagai blogger untuk berkata benar dengan penuh adab dan sopan. Aib itu aib mereka ... kasihan mereka, kalau aib anda dibuka macam mana? Fikirkan.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement