As-Salam. Pernah tak anda klik ke satu blog, tetapi tak dapat nak akses, apa yang keluar adalah "This Blog is for Invited Readers only!". Kasihan kan .... bukan kasihan kat blog tu, tetapi pada anda yang beriya nak jenguk blog tu - mungkin dari segmen atau bloglist orang lain, tetapi tak dapat .... tak diundang gitu.

Hmm... tak boleh nak buat apa kalau anda berada di dalam situasi di atas. Hanya ada satu cara, anda email kepada pemilik blog untuk memberikan anda akses untuk baca blog dia. Itu sahaja. Kalau si empunya blog murah hati, mungkin anda akan dapat singkap rahsia yang si blogger tu cerita di dalam blognya.

Tak perlu nak salahkan blogger yang buat begini. Itu hak mereka untuk papar dan kongsi apa yang mereka tulis kepada sesiapa yang dirasakan berhak dan ada hak. Kalau anda tidak tergolong dalam kategori yang berhak untuk baca blognya .... apa yang boleh anda lakukan selain meminta izin adalah dengan klik pangkah yang memang dah sedia ada sejak dulu lagi ... hehehehee...


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement