As-Salam.
Untuk edisi Widget Pilihan kali ini, HH menampilkan platform atau widget komentator yang serba baru iaitu Disqus 2012. Kali ini, Disqus yang merupakan satu platform alternatif untuk ruangan komen di blog telah menampilkan banyak perubahan yang best-best belaka. Sangat sesuai jika blog anda merupakan blog yang mementingkan diskusi atau perhubungan erat antara pemilik blog dan pembaca.

Apa yang menarik yang ada di dalam Disqus 2012? Ciri-ciri paling HH minati menerusi platform komentator ini ialah, ruangan komen yang punyai tab khusus dikategorikan dalam 3, iaitu Discussion, Community dan My Disqus, saling terkait antara satu sama lain, samada anda merupakan pemilik blog, pemberi komen mahupun pengunjung biasa.

Ia nampak simple tapi masih menarik pada pandangan. Ada ruangan untuk anda kongsi pendapat anda samada menerusi facebook dan twitter, yang pada masa yang sama boleh meningkatkan lebih trafik kepada blog anda.

Sistem voting yang ada di dalam Disqus baru juga membolehkan hanya komen2 yang bernas dan relevan tampil lebih menyerlah daripada yang lain. Ini satu kebaikan buat mereka yang gemar meninggalkan komen.

Pengunjung yang ingin meninggalkan komen boleh meninggalkan komen samada, login dengan Facebook, Twitter, Google Profile, atau Disqus (jika ada) ... atau hanya nama dan email (yang tidak dipaparkan).

Anda boleh tengok penggunaan Disquss di blog HH yang ini: Seribu Satu Adam Hawa



Dan anda boleh menggunakan widget-widget lain yang ada kaitan dengan ruangan komen Disqus 2012 ini seperti, 

  • Entri Paling Banyak Komen
  • Pengomen Paling Banyak
  • Komen Terkini

Malah boleh integrasikan ketiga-tiganya dalam satu tab .... yang boleh anda letakkan samada di atas entri, bawah atau di ruangan sidebar blog anda. Hanya copy-paste kod html yang diberikan ke dalam blog anda menerusi add script/html di dashboard blogspot anda.


Anda ingin mencuba sistem ini? Sila daftar percuma di pautan ini: All New Disqus 2012

Oh ya, HH dapati ia tiada had untuk anda letakkan sistem ini lebih daripada satu blog, tetapi setiap satu blog mesti ditambahkan untuk penyelenggaraan mudah. 

Ada apa-apa masalah menggunakan sistem ini, bolehlah bertanya pada HH .... jangan lupa subscribe atau klik LIKE Fanpage hasrulhassan.com supaya boleh kita berkongsi dan bincangkan bersama jika ada masalah tentang blog, dunia blog, widget, adsense dan sebagainya.

InsyaAllah ... HH akan cuba bantu mengikut kemampuan yang ada.


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih atas info yg diberikan

    BalasPadam
  2. Sama-sama ... HH gunakan disqus untuk blog lain dulu tgk apa yang dihasilkan .. nampaknya pageviews pun naik .... skang ni .... HH gunakan untuk blog ini pulak ... :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement