As-Salam.
Sebenarnya inilah aspek pertama yang perlu anda sebagai blogger utamakan apabila anda menulis entri di blog, sebelum anda memohon untuk menjana pendapatan USD dengan Adsense - iaitu kandungan blog perlu original dan menarik - Tips Adsense

Bagaimana nak mencari originaliti dalam persembahan kandungan blog anda tersebut? Cuba anda tanyakan persoalan-persoalan berikut ....

  • Apa yang paling suka anda cerita dan kongsikan?
  • Bagaimanakah cara paling sesuai anda persembahkan kandungan blog anda - tulisan, gambar atau video?
  • Apa yang paling anda utamakan dalam blog anda? Adakah followers? Adakah jumlah pageviews?
  • Tentukan standard serta bentuk kandungan - adakah cerita hiburan sahaja? Atau pengalaman anda bercuti?

Setelah jelas apa yang ingin anda buat dengan blog kendalian anda, maka secara automatik akan menghasilkan isi kandungan blog yang unik, kaya, tersendiri dan original. 

Tak berapa nak jelas lagi? Cuba ikuti tips berikut:

  1. Blog anda perlulah informatif dan kaya dengan kandungan yang berguna.
  2. Tidak perlu copy-paste mana-mana entri orang lain, jadilah diri sendiri. Bukan sahaja Adsense suka, malah enjin carian juga akan teramat suka dengan anda.
  3. Kreatif dengan persembahan kandungan blog anda. Ya, mungkin orang lain ada entri yang serupa, seperti jadual waktu imsak dan berbuka 2012, tetapi anda boleh letakkan jadual yang telah anda hias cantik dengan gambar-gambar masjid untuk dimuat-turun oleh pengunjung.
  4. Permudahkan bahasa di dalam blog anda agar segala informasi diterima oleh pembaca, dan membolehkan mereka datang kembali untuk membaca entri informasi anda yang lain.
  5. Buat pembaca dan pengunjung anda saling berinteraksi di dalam blog. Gunakan segala kelebihan yang ada pada laman sosial untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pembaca.

Dengan tips yang HH kongsikan di atas, blog anda akan menjadi lebih menarik di samping persembahan serba original tadi. Jadi, dah lengkap fasa pertama ini, maka anda sudah bersedia untuk menjana pendapatan lumayan dengan Adsense.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement