As-Salam.
Siapa yang bijak dan cepat, pasti akan menempah blog mereka dalam paparan utama enjin carian dengan cara ini. Ia sangat mudah, senang dan jalan terpantas untuk anda sebagai blogger menempatkan blog anda antara 5 terbaik ataupun tempat teratas dalam enjin carian.

Caranya ialah ..... pilih nama domain anda bersesuaian dengan kandungan blog anda serta kata kunci utama blog anda. 

Contoh, jika blog anda punyai kandungan lebih 90 peratus mengenai drama melayu, maka sepatutnya blog anda punyai nama domain - dramamelayu.com atau dramamelayu.blogspot.com atau dramamelayu.net. Dan pastikan setiap entri anda ada katakunci drama melayu ini.

Cuba anda taip dalam enjin carian "gambar kucing", dan anda akan dapati yang pertama dalam enjin carian Google Malaysia ialah gambar-kucing.blogspot.com, fahamkan apa yang HH cuba sampaikan ini ....


Maka sesiapa sahaja yang cari informasi mengenai gambar kucing akan jenguk atau singgah blog itu terlebih dahulu kerana berada di tempat teratas enjin carian.

Mudah kan? Jadi andai blog anda ingin tampil pertama dalam enjin carian, gunakan kata kunci utama, atau kandungan utama blog anda sebagai nama blog, nama domain blog anda.

Siapa kata susah nak menggunakan SEO nih untuk blog? Mudah je, cuma kena celik skit tentang cara dan kaedah.

Selamat mencuba dan terima kasih kerana membaca.



3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement