Jadikan Tajuk Blog Dan Entri Mesra SEO

Jadikan Tajuk Blog Dan Entri Mesra SEO

As-Salam. Bagi kebanyakkan blogger yang dah lama berblog, HH pasti anda dah sedia maklum mengenai kaedah mudah SEO (Search Engine Optimization) ini. Namun, buat blogger yang baru menapak, ia mungkin dapat membantu blog untuk digelintar dengan lebih mesra oleh enjin carian.

SEO amat perlu agar apa yang anda kongsikan sampai dan diterima, dikunjungi dan dibaca lalu mendapat trafik berkualiti di sebalik kuantiti. Errr apa itu trafik berkualiti? Anda boleh baca di sini: Trafik Tinggi Yang Tiada Gunanya

Ok, berbalik kepada apa yang ingin HH kongsikan dengan anda. Jadi bagaimana nak buat tajuk blog, tajuk entri kita lebih baik, lebih mesra SEO ni? Mudah je, apa yang perlu anda lakukan hanyalah tukarkan atau ganti kod mudah di dalam html blog anda kepada yang lebih mesra SEO, caranya:

Buka dashboard - pilih blog anda - pilih template - pilih edit html. Kemudian, cari kod ini, yang biasanya terletak di atas blog anda, selepas "<head>"

<title><data:blog.pageTitle/></title>

Tukar atau ganti kod di atas dengan kod di bawah ini:

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> - <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>

Mudah je kan? InsyaAllah, blog anda akan dapat trafik menerusi enjin carian dengan lebih baik, dan penampilan blog anda dalam enjin carian pun lebih cantik dan menarik.

Ia akan kelihatan seperti ini:

Tajuk Entri - Tajuk Blog

Yang sebelum ini, adalah seperti ini:

Tajuk Blog - Tajuk Entri

Jadikan tajuk blog dan entri mesra SEO, jadikan panduan yer. Semoga bermanfaat dan terima kasih kerana membaca.

Bisnes Kambing

Post a Comment

4 Comments

  1. saya da pakai :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Supaya nanti kat tab atas pelayar internet jadi macam ni - "Jadikan Tajuk Blog dan Entri Mesra SEO - HASRULHASSAN.COM"

      Sebelum ni dia nampak macam ni ...

      "HASRULHASSAN.COM - Jadikan Tajuk Blog dan Entri Mesra SEO"

      Delete
  3. InshaAllah ekin cuba buat kalau xfhm nti ekin tnya bro HH ya... baru nk mengenalu SEO walaupun dah lama berblog

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com