As-Salam.
Apabila anda menjejak satu persatu blog yang ada di dalam dunia blog Malaysia ni, bukan semua benda yang diceritakan itu adalah benar. Ada sekadar membuat entri untuk mensensasikan berita dan cuba menarik trafik menerusi enjin carian.

Tak dapat disangkal cara begini memang sangat berkesan untuk dapatkan trafik. Tetapi sekadar mendapat trafik sementara sahajalah. Ada yang berpendapat, cara begini hanyalah untuk mempromosikan blog .... sekadar buat orang lain tahu akan kewujudan sesuatu blog itu.

Hmmm .... HH bukannya tak pernah lakukan perkara yang sama, pernah lakukan pun; dan ada yang tak kisah, tetapi ada juga yang kurang berpuas hati di kalangan pengunjung. Yelah, mereka yang menggunakan enjin carian, adalah mereka yang cari maklumat. Dek kerana tajuk yang sensasi ...mereka tertarik untuk singgah ke blog tetapi .... apa yang mereka jumpa tidak seperti yang mereka harapkan.

Ada juga blog yang sekadar bercerita perkara yang tak tentu sahih .... bukan satu dua blog begini, banyak sebenarnya. Dah jadi tabiat dah, apabila semua blogger cuba meraih sedikit trafik dari tajuk sensasi.

Maka buat mereka yang cari informasi, pastikan anda dah sedia bahawa bukan semua perkara diceritakan di dalam blog adalah benar. Kena ingat tu.


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement