Panduan Menulis Blog: Saiz Video YouTube Dalam Entri

Jutawan Homestay
As-Salam.
Ada sahabat blogger bertanya, mohon diberikan tips dan panduan untuk meletakkan video dalam blog. Hmmm ... saya ada juga buat beberapa posting yang disumbatkan video dalam tu. Tak adalah reti sangat tapi saya boleh berikan beberapa panduan yang dapat saya fikirkan.
Sedia maklum, sebenarnya ada beberapa cara untuk memuatkan video, tetapi yang biasa kita buat ialah memuatkan video menerusi YouTube.

Untuk memuatkan video dari YouTube, ada 2 cara, pertama secara terus dari entri anda menerusi add video, di situ anda boleh berikan link video YouTube yang diinginkan. Video itu akan selalunya auto-resize dengan saiz kelebaran entri anda.



Satu lagi memuatkan video dari YouTube ialah dengan menggunakan embedded code yang disediakan di laman YouTube. Cara ini sering saya gunakan supaya mudah buat saya kontrol saiz (custom) yang diinginkan. Selalunya saiz default paling kecil jika menggunakan embedded code ialah 420px, tetapi anda boleh ubah ikut kesesuaian saiz lebar ruang utama entri anda. Saya suka gunakan 480px ataupun custom 320px.

Seperti yang anda lihat pada gambar di atas, ada banyak saiz yang boleh anda pilih. Apabila dah pilih, copy code yang disediakan tu dan letakkan dalam entri anda. Pastikan mode entri anda tu dalam html.

Harap ianya dapat membantu. Nanti saya akan ceritakan masukkan video cara lain pula.

Post a Comment

7 Comments

  1. pc suke gune cre embd kod dari u tube, sng nk ubh width .

    ReplyDelete
  2. salam

    terima kasih bro

    naim selalu ubah ketinggi sahaja..

    :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Saya ada upload cara membuat kek angrys bird, soalan saya, bagaimana nak daftar supaya video kita ini boleh membina pendapatan /adsense, jika pelawat klik@lihat video kita ini??? Harap maklum soalan ini, Sbb Tuan HH pernah dpt hanya upload foto kita dan perlu berdaftar dgn google adsense, inikan pula video. Past lebih bernilai drpd foto.

    ReplyDelete
  4. Daftar dengan mana-mana syarikat yang sediakan khidmat pengiklanan dalam video, ada beberapa syarikat luar negara yang adakah khidmat ini. Selain menyediakan iklan berbentuk video kepada anda, ia juga meletakkan iklan pada video yang anda lampirkan dalam blog atau youtube.

    Syarikat-syarikat ini akan itegrasikan akaun Adsense (jika ada) anda untuk letak iklan dalam video.

    Adsense tak boleh letak dalam video oleh kita sendiri, tetapi diletakkan oleh syarikat pengiklanan atau pihak YouTube jika video kita tu banyak hits.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas segala keterangan yang sejelasnya ini.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Bro HH...ya Allah saya belum kaji habis cara masukkan video you tube dlm blog...mcm ni rupanya...seronok saya dpt ilmu baru ni...sukaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.