Pembelian pertama guna kad kredit adalah sebuah televisyen flat skrin 24 inci yang saya hadiahkan buat famili saya. Dok berkurun pakai TV 21 inci lama .... so saya pun tukarlah. Masa tu saya tak pakai kenderaan lagi. Pergi kerja pun naik bas turun bas.
Kad Kredit Jerat Diri Dengan Hutang
Bila dah start guna kad kredit, anda akan terbeban dengan hutang yang tak nampak. Ia datang hanya di hujung bulan atau pertengahan bulan di waktu anda pun kering poket. Time tu, tak terbayarla apa yang dah diguna, cuma mampu bayar minimum ... bila dah bayar minimum ni ...faham-faham jela. Dari bulan ke bulan dok beranak pinak gitu je. Akhirnya jerat diri sendiri. Bila dah agak2 nak full kredit, pi gatai tambah kad kredit.Nak nambah kad hutang ni, sangatlah mudah .. hanya photostat kad yang ada, tak pun beri je statement gaji ..dah .. leh dapat yang baru dari bank yang lain. Bagi bank, derang seronok la sebab dapat customer.
Paling banyak, saya pernah ada sampai 4 kad kredit. Tapi kali ini dah potong dah. Tak mampu nak pakai. Dok guna pun bila terdesak (konon). Tapi yang pasti, saya selalu guna kalau isi minyak kereta dan juga beli barangan kat pasaraya. Itu 2 kegunaan utama saya.
Apapun, dek kerana pengalaman lalu, saya pun dah kurangkan guna kad kredit ini seboleh mungkin. Bayar penuh, untuk elak hutang bertambah dek bukan kerana berbelanja.
Jadi, awas jangan terlalu seronok sagat sana sini sebab nanti di kemudian hari ..rambut yang lebat boleh jadi botak cin..... :)
Maria pun dulu kalau boleh taknak guna kad kredit tapi leceh le bila travel..isi minyak, hotel & beli barang bulanan semua pakai kad kredit tapi byr balik mesti lebih dari yg dibelanjakan..tapi kekdg tu terlebih gak..pandai2 la control balik..he..he..
ReplyDeleteAzam Tahun 2013 Ialah Menyelesaikan Sekeping Kad Kredit. Wallahu 'alam Dapat Ke Tidak Saya Pun Tidak Pasti. Mula2 Cdg Nk Byr RM500 Sebulan, Tapi Bulan Lepas Cuma Byr RM300 Shj. Bil Sampai Kena Byr RM147.92 Ok Larr Tu. Bil Bulan Februari Cdg Tunggu Bil Dulu Baru Byr Minimum Tapi Kalau Byr Minimum Je Kad Kredit Akan Selesai 4 Tahun 6 Bulan Tapi Kalau Bayar Minimum Bulanan + Amaun Tetap RM50 Selesai Kad Kredit 1 Tahun 5 Bulan. Tak Tercapai Juga Azam. Insya Allah >> Bayar Minimum Bulanan + Amaun Tetap RM100.00. Tu Kad Kredit Bank Islam RM3,000.00 (Sudah Tepu) Je. Kad Kredit Visa Petronas Gold RM4,000.00 (Sudah Tepu) dan Kad Kredit Giant Citbank RM4,000.00 (Sudah Tepu)Hanya Byr Minimum Shj. Niat Untuk Menyelesaikan Kad Kredit Visa Petronas Telah Ada Iaitu Tindakan Drastik Menggunting Kad Kredit Manakala Giant Citibank Ialah Saya Tidak Membuka Sampul Surat Berisi Kad Kredit Baru (Kad Lama Sudah Tamat Tempoh) Apatah Lagi Mahu Mengaktifkannya. Apabila Saya Membaca Akhbar, Setiap Kes Muflis Saya Baca Utk Membuatkan Saya Insaf Dan Berdoa Supaya Saya Dijauhkan Drpd Musibah Tersebut.
ReplyDeleteYa, jangan lagi jadi hamba kepada kad plastik ini... bahaya.
ReplyDeletejauhi kad kredit hehe
ReplyDeleteAlamak, baru nak try apply. Tapi, rasa takut pula lepas baca entri ni...haha
ReplyDeleteSy mmg elak guna kad kredit ni....xtau lah kalau dimasa akan dtg...tapi harap2 tak lah
ReplyDeletesy ada 3 kad kredit platinum daripada Maybank yg tiada yuran tahunan. saja suka2 apply buat koleksi. cuma pakai satu je. brg free jd kita mohon je la. hehehe
ReplyDeleteWahh hebatlah Abamm ... banyak tu sampai 3.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.