Langkau ke kandungan utama

4 Tips dan Petua Memilih Kad Kredit

Anda ada kad kredit? Atau anda baru berhajat nak dapatkan kad kredit? Jika anda ingin mendapatkan kad kredit bagi tujuan-tujuan murni; seharusnya anda tahu serba sedikit info am mengenai kad kredit sebelum anda memilih mana yang sesuai. Ini adalah kerana anda 'menjemput' diri anda dalam kancah hutang yang memang banyak daya tarikan. Takut nanti salah bertujuan, anda terjebak pula dalam bebanan yang kelak akan memakan diri dan fungsi kewangan anda.

Jadi di kesempatan ini, saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan saya mengenai kad kredit. Saya nak berikan 4 tips atau petua untuk anda jadi pakar memilih kad kredit yang diperlukan. Oh ya .. saya mempunyai 5 kad kredit ..... tu dulu la .. skang dah tinggal hanya satu sahaja .. hehehee ... yelah, mana sanggup asyik abiskan duit dengan bayar hutang .... asyik kena telefon je ngan bank ....

4 Tips dan Petua Memilih Kad Kredit

4 Tips dan Petua Memilih Kad Kredit
Bagaimana nak tahu kad kredit mana yang sesuai dengan taraf dan keadaan kewangan kita; dan paling penting patern berbelanja kita. Mari kita semak sama-sama:

Lihat Interest Rate - Cara Untuk Sembelih Pengguna

Perkara paling penting yang harus dilihat adalah rates atau kadar 'sembelihan' yang dikenakan oleh pengeluar kad jika kita lewat bayar, tak bayar dan sebagainya .... ini adalah penting agar kad kredit kita tak bertambah hutangnya secara automatik - sedangkan kita tak buat pembelian. Caj-caj ini kita perlu ambil serius dan buat pengiraan sendiri. Jangan hanya berdasarkan pengiraan yang diberikan oleh pihak pengeluar atau orang yang promote kad kredit tersebut.

Selalunya, pengeluar kad kredit akan highlight benda2 free atau hadiah promo yang diberikan bersama apabila kita daftar untuk dapatkan kad kredit yang baru. Sila lihat terms n conditions terlebih dahulu; jangan terperangkap! Kadang kala terma ini ditulis kecikkkk je supaya kita terlepas pandang, jadi hati-hati;

Awas Dengan Teaser Rate

Teaser rates - kadangkala kita akan mendapati sesetengah pengeluar kad menampilkan caj-caj yang jauh lebih rendah dari pengeluar kad yang lain. Awas! ini mungkin yang dinamakan Teaser Rates; ia merupakan caj-caj kewangan yang dikenakan sewaktu dalam promosi sahaja .... jadi berhati-hati; lihat terma tempoh yang diberikan dan alert jika anda telah menggunakan kad kredit melebihi tempoh tersebut. Mungkin rate biasa lebih tinggi dari pengeluar kad yang lain - yang akhirnya menjerat anda dikenakan caj yang melampau selepas teaser rates ini berakhir.

Fikir Di Luar Kemampuan Kewangan

Caj kewangan antara pengeluar kad mungkin berlainan dan berbeza; pilih yang sesuai dengan keadaan kewangan anda di masa akan datang - dan bukannya sesuai dengan keadaan kewangan semasa. Anda harus fikir lebih jauh dan merancang di luar kemampuan yang ada; supaya nanti bila tiba masanya - keadaan yang gawat; anda tak akan gelabah dan masih boleh membayar hutang-hutang kad kredit anda.

Cash Advance

Secara amnya; jika untuk cash advance, caj yang dikenakan adalah antara 3% ke 5% dari amaun yang dikeluarkan, selain interest charges (maksimum sehingga 18% pada cash advance). Perhatikan juga tawaran pemindahan baki; kerana ia merupakan taktik yang biasa digunakan. Awas! tak semestinya anda apply untuk balance transfer ini akan ditunaikan oleh pengeluar kad. Pilih kad kredit yang menawarkan kadar2 yang rendah; dan perhatian dengan teliti terma yang diberikan sebelum anda menjebakkan diri dalam list penghutang!

Itu sedikit sebanyak tip dari saya dan pengalaman saya dalam kad kredit; agak2 nak selamat, bayarlah guna tunai dan kalau rasa nak berlagak skit pun .. sila guna dan pakai kad debit, yang jauh lebih selamat dari kad kredit.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. info menarik HH...thank u

    BalasPadam
  2. banyak kad yg menarik skrg terutamanya utk isi petrol.

    BalasPadam
  3. saya pakai rhb...kalau lambat byr memang depa hari2 call

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…