As-Salam.
Apabila saya mengambil keputusan untuk memakai domain sendiri bagi blog ini dengan url: hasrulhassan.com, ada beberapa perkara saya fikirkan .... namun akhirnya saya membuat keputusan untuk terus mara dengan sebaik mungkin.


Apabila anda melakukan seperti apa yang saya lakukan ini - iaitu mempunyai domain sendiri, anda pada dasarnya sudah sedia membuat perubahan ini untuk blog anda:

  1. Untuk tampil lebih berani, lebih berkeyakinan dalam dunia blog.
  2. Blog anda ingin tampak lebih profesional, lebih menonjol.
  3. Anda ingin perkongsian yang anda lakukan menerusi blog anda memberi lebih impak ke dalam dunia maya.
  4. Untuk muncul sebagai salah satu blog yang disegani dan dihormati.
  5. Anda dah bersedia untuk berdikari - tidak lagi bergantung kepada sumber atau 'subsidi' yang percuma.
  6. Sebagai salah satu langkah untuk menunjukkan bahawa anda dah melangkah maju dalam dunia blog secara khusus dan dalam dunia maya secara amnya.
  7. Bila memikirkan dengan penuh yakin yang blog anda boleh melakukan lebih dari hanya sekadar anda berkongsi ilmu dan info.

Seandainya anda ingin dan bersedia untuk melakukan perkara-perkara yang saya nyatakan tu ... aha .. apa lagi ... jom la pakat2 buat domain sendiri ....

Erkkk tapi tak bermakna jika anda tukar blog anda ke domain sendiri ... anda dah popular ... erkk blog anda dah popular atau anda dah jadi hebat dalam dunia blog .... sedangkan hakikatnya .. bila sahaja blog anda bertukar nama dari hasrulhassan.blogspot.com kepada hasrulhassan.com ......... anda sebenarnya baru memulakan satu perjalanan yang baru dalam dunia blog!

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saye pun dah dot com,. dan yang terkini dah tukar flash header baru,. dengan informasi mantap,. jom singgah ke blog saya,. ada tragedi kanak2 rentung dalam kebakaran,. dan cerita kanak2 hampir menjadi mangsa rogol

    BalasPadam
  2. terbaikkk... congrats.. saya pun tgh berkira kira utk beralih ke dot com...insyaallah =)

    BalasPadam
  3. btol tu. saya pon igt nk tukar tumpang belum popular lg ni. cewah.

    BalasPadam
  4. bstnye..tunggu kerja nanti lah..hee :P

    BalasPadam
  5. salam...

    stakat ni saya belum bersedia lg. lgpun, keadaan kewangan saya blum begitu memuaskan. jadi, saya perlukan sedikit masa jika ingin berhijrah ke domain dot com.

    BalasPadam
  6. Tak pandai nak cari guna kotak carian? Ini pautan untuk anda sediakan kotak komen ini dalam blog - http://www.hasrulhassan.com/2013/03/cara-pasang-sistem-komen-disqus-blogspot.html

    BalasPadam
  7. kenapa berblog pulak? ada tak...
    sebenarnya saya cari entry yang ada cerita pengalaman di SEMESTI tu...tapi link xpaut sebab dah tukar domain(?). tengok kat google plus... hah, acaner boleh terjumpa lak dgn blog ni....dah 4-5 page selak. barulah saya tergerak nak beri komen. so, sila jawab...mana page yang saya caritu? lagi satu ada tutorial nak buat komen box camni tak? nak sebijik mcm dlm blog ni.dh cari tapi semua tak menepati rasa...boleh guide? malas nak cari lagi.

    BalasPadam
  8. Cari page apa ye? Pengalaman di Semesti? Cari guna Google Search di bahagian atas blog ini - Disqus ... ada tutorial sudah dibuat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement