Resepi Rendang Ayam Mudah & Sedap

Setiap kali Hari Raya, pasti ramai yang akan mencari resepi-resepi sedap dan enak untuk dihidangkan di pagi Hari Raya. Antara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia setiap kali Raya ialah hidangan turun-temurun iaitu Rendang Ayam. Rendang Ayam adalah masakan tradisional masyarakat Melayu di Malaysia, malah menu ni dah jadi sebahagian lifestyle masyarakat Malaysia.

Pun begitu, ada banyak variasi masakan menu resepi Rendang Ayam ni mengikut tempat, daerah serta negeri. Antara yang biasa kita ketahui ialah masak Rendang Ayam Pedas, Rendang Ayam Minang, Rendang Ayam Kampung, Rendang Hijau Ayam, Rendang Ayam Perak dan beberapa lagi.

Yang pasti, semuanya sedap-sedap dan enak disajikan di pagi raya. Malah, nak makan hari biasa pun boleh. Perghh pasti menyelerakan dimakan dengan nasi panas.

Resepi Mudah Rendang Ayam

Resepi Rendang Ayam Mudah dan Sedap untuk Hari Raya
Kalau di Hari Raya, pastilah hidangan Ayam Rendang ini akan ditemani dengan ketupat mahupun lemang. Kalau saya pula, biasanya akan disekalikan dengan Nasi Impit, yang lebih mudah nak dibuat jika dibandingkan dengan ketupat atau lemang.

Orait. Kali ini, bersempena kedatangan Hari Raya, saya nak kongsikan satu resepi mudah memasak Rendang Ayam. Resepi ini, in Sha Allah .. amat mudah dan ringkas. Walaupun ringkas, ia tetap sedap dan punyai rasa asli rendang warisan zaman berzaman.

Saya nak kongsikan resepi Rendang Ayam mudah dan ringkas. Walaupun ringkas, memang sedap dan rasa keaslian rendang warisan zaman berzaman.

Resepi ini bukan resepi saya ya, ianya adalah resepi dari seorang jejaka bernama Zaky Mat Ali yang memang suka berkongsi resepi masakan di Facebook. Katanya, resepi Rendang Ayam yang disediakan ini adalah sangat murah, malah menurutnya orang yang tak pernah memasak seumur hidup pun boleh cuba buat ikut resepi ni.


Resepi Rendang Ayam 

Sebelum nak masak rendang ayam yang simple dan sedap ini, pastikan ada bahan-bahan untuk memasak dahulu. Meh tengok apa yang diperlukan sebagai bahan-bahan untuk memasak resepi rendang ayam.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk memasak resepi rendang ayam
  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 asam keping
  • 1 helai daun kunyit diracik halus
  • 3 helai daun limau purut di hiris kasar
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa

Selain bahan-bahan utama di atas untuk memasak rendang ayam, di bawah ini adalah bahan-bahan untuk dikisar untuk 'kuah'.

Bahan-Bahan Dikisar

  • 20 biji cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 9 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Cara-Cara Memasak Rendang Ayam

Cara memasak rendang ayam
  1. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.
  3. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.
  4. Bila kuah dah pekat, masukkan pula daun kunyit dan daun limau purut.
  5. Gaul sehingga rata dan biarkan sedikit kering. Siap.

Sedikit visual untuk membantu anda dalam menyediakan hidangan resepi best ini ehhh ..
Cara masak rendang ayam
Cara masak rendang ayam yang sedap
Resepi Rendang Ayam Mudah dan Sedap

Amacam? Boleh cuba resepi Rendang Ayam di atas tu tak? Nampak macam banyak je bahan-bahan tu kan .. tapi jangan risau .... bila anda dah mula memasak rendang ni .. anda takkan sedar pun betapa mudahnya nak memasak resepi sedap ini.

Nak pastikan ia benar-benar lazat, sedap lagi menyelerakan, masaklah dengan penuh kasih sayang. Jika boleh cubalah menyebut nama Allah S.W.T banyak-banyak dengan zikir. Aha .... ini petua ni .. in Sha Allah, masakan anda akan jadi sempurna.

Ehemmm .. sebenarnya, menu ni dah menjadi antara menu istimewa isteri saya setiap bulan. Isteri saya ada juga resepinya tersendiri, dinamakan Rendang Ayam Oren. In Sha Allah, nanti saya akan kongsikan kemudian.

Jangan lupa follow saya di Facebook dan Instagram ye .. kat sana pun kadang saya akan kongsikan menu resepi saya sendiri. Saya pun leh masak tau .. hehehe.

Jangan lupa juga follow jejaka yang pandai memasak bernama Zaky Mat Ali tu ye.

Post a Comment

0 Comments