Dah tonton filem Star Wars terbaru tahun 2017 tak? Star Wars: The Last Jedi adalah filem sekuel untuk trilogi terbaru filem Star Wars bersambungan dari filem Star Wars tahun 2015 iaitu Star Wars: The Force Awakens. Sekuel kali ini ditulis dan diarahkan oleh Rian Johnson, ia diterbitkan oleh Lucasfilm dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures.

Saya memang mengikuti filem ini sejak daripada ia mula diperkenalkan ke layar perak. Ia sebuah filem fiskyen alam angkasa lepas yang menarik buat saya. Pun begitu, untuk Star Wars: The Last Jedi (Star Wars: Episode VIII) ini, saya rasa agak kurang umpph la.

Tonton Star Wars: The Last Jedi - 3 Bintang Sahaja

Review Star Wars The Last Jedi - Hanya 3 Bintang
Tonton Star Wars The Last Jedi di GSC Penang
Saya berkesempatan untuk tonton filem ini bersama isteri saya di GSC Sunway Carnival, Seberang Jaya. Tak dirancang. Kebetulan isteri ada urusan di Seberang Jaya, lalu saya ambil kesempatan untuk habiskan masa bersama dengan menonton wayang.

Anak-anak memang tak tahu. Kalau mereka tahu yang saya dan isteri pergi menonton wayang, sure mereka nak ikut sekali. Kami tonton wayang diam-diam ... lepas dua hari baru beritahu kat mereka .. huhu.

Luke Skywalker dan Yoda

Awal permulaan cerita memang mengujakan, sebab saya tahu .. dalam Star Wars: The Last Jedi akan menampilkan Luke Skywalker (Mark Hamill) yang merupakan lagenda dalam filem ini. Apatah lagi, apabila saya juga difahamkan akan ada kemunculan Yoda di babak-babak akhir filem ini.
[post_ads]
Saya suka Yoda sebab karektornya yang menampakkan sebagai seorang yang mempunyai aura dan berpengetahuan luas. Pendek-pendek hijau tapi berketrampilan .. haha .. i likeee .. u like?

Bila tonton filem sekuel ini, semuanya nampak segar ... sama seperti saya menonton Star Wars: Force Awaken yang diarahkan oleh pengarah aksi terkenal J.J. Abrams. Pun begitu, saya sedikit kecewalah pada bahagian-bahagian tertentu filem ini, terutama ketika watak jahat Supreme Leader Snoke dibunuh dengan tersangat mudah oleh watak utama Kylo Ren (juga jahat).

Mudahnya Rey Jadi Seorang Jedi

Kekecewaan yang kedua ialah plot latihan sebagai seorang Jedi. Tak banyak ditontonkan aksi-aksi latihan untuk menjadi seorang pahlawan Jedi oleh watak utama Rey - yang perlihatkan bahawa Star Wars trilogi terbaru ini mengengahkan wanita sebagai penyelemat 'dunia'.

Scene latihan Rey bersama Luke Skywalker sangat pendek dan terlalu ringkas buat saya. Ia perlihatkan seperti sangat mudah untuk menjadi seorang pahlawan Jedi yang mengeksplotasikan kuasa alam semesta. Walhal Rey baru sahaja mengetahui mengenai The Force.
[Dah Baca?] Rogue One - Filem Star Wars Ini Ramai Keliru
Namun, saya sangat suka dengan latar filem ini terutama di babak akhir pertarungan di planet Crait. Walaupun tak ada perlawanan sebenar menggunakan light saber ... saya merasakan ia satu pertarungan epik antara Luke Skywalker dengan Kylo Ren. Ia memperlihatkan kehebatan seorang Jedi pada babak ini. Saya sendiri tak menyangka yang kemunculan Luke Skywalker adalah sekadar bayangan The Force.

Review Star Wars The Last Jedi
[post_ads_2]
Pengakhiran filem Star Wars: The Last Jedi memberikan satu petanda bahawa episod terakhir dalam trilogi ini pasti akan ada penyudahan yang lebih hebat.

Saya tertarik dengan satu dialog di dalam filem ini yang menjelaskan akan kemungkinan bagaimana episode Star Wars ini bakal tamat nanti - Jika tiada perebutan kuasa, penentangan dan peperangan antara First Order dengan puak Resistance ..... tentu tak akan ada Star Wars ini.

Cuma 3 Bintang Untuk Star Wars: The Last Jedi

Secara amnya, saya berikan cuma 3 bintang daripada 5 untuk filem Star Wars: The Last Jedi ini. Ia gagal membuatkan saya untuk menonton lebih daripada sekali berbeza dengan filem aksi fiksyen lain seperti Spiderman: The Homecoming mahupun Thor Ragnarok. 


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement