Senarai filem-filem best 2018. Hampir setiap tahun, saya suka nak menyenaraikan filem-filem best untuk ditonton, samada ditonton sendiri atau bersama keluarga. Ia sebenarnya untuk memudahkan saya bagi mencari dan menulis konten berkaitan filem-filem menarik, walaupun saya bukanlah kaki review filem yang tegar.

Tahun 2018 bakal memperlihatkan banyak deretan senarai filem best dan menarik untuk ditonton. Ada filem berbentuk drama, aksi, fiksyen dan juga filem thriller seram. Tak lupa juga, ada filem animasi menarik bakal ditayangkan pada tahun 2018. Namun, ramai peminat filem pawagam lebih teruja dengan filem-filem aksi superhero dari Marvel yang akan melengkapi siri Marvel Cinematic Universe yang sudah masuk tahun kesepuluh!

Senarai 12 Filem Best Tahun 2018

Senarai 12 Filem Best Tahun 2018
Anda dah sedia nak tahu senarai filem-filem best bakal ditayangkan pada tahun 2018 tak? Meh lihat senarai filem-filem best tersebut beserta official trailer yang telah saya susunkan kepada anda. Jangan lupa untuk kongsi di media sosial atau berikan like untuk post ini ye.

Pastikan juga anda ikuti blog ini di Facebook Page untuk post-post lain termasuklah review peribadi saya mengenai filem-filem ini yang bakal ditayangkan pada tahun 2018 kelak. In Sha Allah, jika ada bajet lebih .. saya akan tonton dan tulis review ringkas mengenainya di blog ini.

The Commuter

Sebuah filem aksi dan juga drama thriller dibintangi oleh pelakon yang saya suka iaitu Liam Neeson. Kalau anda tonton trailer di atas, anda tentu setuju mengapa filem ini antara filem yang best untuk ditonton pada tahun 2018. Ia bakal ditayangkan mulai 12 Januari 2018.

Paddington 2

Sebuah filem animasi yang pastinya seronok ditonton bersama keluarga. Sebuah filem animasi yang menampilkan skop kekeluargaan ini bakal menemui penonton di pawagam pada 12 Januari 2018. Ia diterbitkan oleh Warner Bros Pictures.

12 Strong

Sebuah filem aksi perang dibintangi Chris Hemsworth (Thor) dan Michael Shannon. Ia mengisahkan 12 tentera Amerika di Afghanistan yang pergi secara sukarela untuk memujuk penduduk tempatan dalam memerangi Taliban dan Al-Qaeda. Berkisarkan kepada novel terlaris "Horse Soldiers" oleh Doug Stanton, filem ini merupakan keluaran Alcon Entertainment, Black Label Media dan Jerry Bruckheimer Films. Filem best tahun 2018 ini diarahkan oleh Nicolai Fuglsig dan bakal menemui penonton di pawagam pada 18 Januari 2018 (jangkaan).

Maze Runner: The Death Cure

Filem terakhir daripada Saga Maze Runner. Jika anda mengikuti saga filem ini, pastinya akan menonton episod akhir filem Maze Runner ini yang bakal ditayangkan pada 18 Januari 2018.

Annihilation (2018)

Sebuah filem yang menampilkan pelakon Natalie Portman sebagai watak utama. Filem terbitan Paramount Pictures ini adalah bersandarkan kepada trilogi novel antarabangsa terkenal best-seller - Southern Reach Trilogy oleh Jeff VanderMeer. Ia bakal ditayangkan pada 23 Februari 2018.

Black Panther

Filem yang saya fikir ramai peminat Marvel tunggu, apatah lagi Black Panther telah muncul di dalam filem Captain America: Civil War. Ia membangkitkan rasa ingin tahu siapakah superhero ini, dan apakah kaitannya dengan superhero yang lain. Bakal temui peminat di pawagam pada 16 Februari.
[post_ads]

Rampage

Sebuah filem aksi menampilkan superstar Dwayne Johnson, berkisar mengenai seekor Gorilla yang bijak bernama George yang telah terdedah dengan bahan eksperimen mutasi gen. Filem ini adalah bersandarkan kepada permainan video Rampage. Ianya diarahkan oleh Brad Peyton, bekerjasama dengan Beau Flynn, John Rickard dan Hiram Garcia yang sebelum ini juga bersama dalam filem blokbuster 'San Andreas' juga dibintangi oleh Dwayne Johnson. Bakal ditayangkan pada bulan 20 April 2018.

Infinity War

Filem daripada Marvel Studios ini dijangka ditayangkan di pawagam pada bulan Mei 2018. Ia bakal memperlihatkan superhero Marvel bertarung dengan kuasa jahat bernama Thanos. Superhero dari Avengers, Dr Strange dan juga Guardians of Galaxy bakal bergabung di dalam filem ini, termasuklah Spiderman. Ia adalah sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe (MCU) yang menghubungkait filem-filem superhero Marvel bersandarkan kepada 6 batu Infinity (Space, Mind, Reality, Power, Soul, dan Time).

Infinity War - Senarai 12 Filem Best Tahun 2018

Sicario 2: Soldado

Filem berkaitan pembanterasan penyeludupan dadah di sempadan Amerika Syarikat - Mexico. Filem aksi ini memang ditunggu-tunggu oleh para peminat bintang terkenal Benicio Del Toro, terutama sekali mereka yang telah menonton filem Sicario sebelum ini. Saya antara yang akan menonton filem ini kelak di tahun 2018. Dijangka menemui penonton pada Jun 2018 di pawagam.

All The Money in The World

Sebuah filem yang bersandarkan kepada kejadian sebenar. Filem yang diterbitkan oleh Sony Pictures Entertainment ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Michelle Williams, Christopher Plummer dan Mark Wahlberg. Filem berbentuk drama dan aksi ini mengisahkan mengenai penculikan seorang kanak-kanak berusia 16 tahun. Filem ini akan menemui penonton di pawagam dijangka pada 22 Disember 2018.

Spider-Man: Into The Spider-Verse

Peminat filem animasi tentu akan menonton filem daripada Sony Pictures ini. Ia bakal menampilkan Spiderman (Miles Morales) - salah satu daripada banyak 'jenis' Spiderman yang ada. Jika anda seorang peminat filem-filem Spiderman, pasti filem animasi ini bakal menjadi filem wajib tonton walaupun ia adalah sebuah filem animasi. Bakal ditayangkan pada Disember 2018, memperlihatkan bahawa Spiderman boleh jadi sesiapa sahaja!
[post_ads_2]

Tomb Raider

Lara Croft versi baru, watak ini kini dipegang oleh pelakon Alicia Vikander. Filem aksi pengembaraan yang masih lagi belum tahu bila tarikh sebenar tayangan ini dijangka akan menemui peminat genre ini pada tahun 2018. Sebuah filem dari Warner Bros. Pictures dan Metro-Goldwyn-Mayer Pictures, diarahkan oleh Roar Uthaug. Siapa yang memang kaki game Tomb Raider pasti tidak sabar untuk menonton filem versi terkini ini.

Filem-Filem Lain Yang Best 2018

Senarai 12 Filem Best Tahun 2018

Ada beberapa filem best lain yang bakal ditayangkan pada tahun 2018, antaranya The Post - lakonan Tom Hanks dan Meryl Streep, diarahkan oleh Steven Spielberg; filem sambungan Deadpool; filem The New Mutants dan juga Red Sparrow. Filem lain yang mungkin best untuk ditonton di pawagam adalah The Death Wish (Bruce Willis), Ready Player One dan juga Molly's Game. Oh ya, juga ada filem sambungan Pacific Rim 2 dan juga Incredibles 2.

Jadinya, antara senarai filem-filem best 2018 yang saya paparkan kepada anda ini, mana satu yang mungkin akan anda tonton kelak? Boleh komen sedikit?

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alahai dah sedekad kot tak ke pawagam, hehehe. sabo ja lah :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement