RinggitPlus Banner

Kryptonton - Servis Pemasangan MyFreeview TV Terbaik Kawasan Utara

AI Trade
Servis Pemasangan MyFreeview TV. Saya pasti ramai rakyat Malaysia yang sudah tahu kewujudan siaran TV Digital MyFreeview percuma. Dah banyak kali nampak iklannya di kaca televisyen, kan? Aha, tahukah anda bahawa tidak lama lagi siaran TV analog yang ada sekarang akan ditamatkan? Nak tak nak, anda perlu pastikan set TV di rumah anda berkeupayaan untuk terima isyarat pemancar TV digital ini.

Dalam proses nak naik-taraf atau tukarkan siaran analog sekarang, ada beberapa perkara anda harus tahu, iaitu jenis TV, jenis aerial, kotak TV digital dan cara pemasangan. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda pengalaman saya, berkaitan pemasangan MyFreeview TV ini, selain perkenalkan satu team yang boleh bantu anda dalam proses pemasangan MyFreeview di rumah anda, khususnya untuk mereka yang tinggal di kawasan utara Semenanjung.

Servis Pemasangan MyFreeview TV oleh Kryptonton

Servis Pemasangan MyFreeview TV oleh Kryptonton
Servis Pemasangan MyFreeview TV oleh Kryptonton
Baru-baru ini, saya telah ambil keputusan untuk mencuba pemasangan MyFreeview TV di rumah saya iaitu kawasan Nibong Tebal, berdekatan Parit Buntar. Saya memang dah lama teringin nak memasang MyFreeview TV ini.

Saya mahu seisi rumah menerima siaran TV yang lebih jelas tanpa sebarang gangguan.

Apa barang bang .. ada TV 40 inci tapi siaran TV yang diterima tak begitu jelas. Dah la aerial TV dipasang menujah ke langit. Haha ... jadi, saya ambil keputusan untuk mendapatkan khidmat dan servis pemasangan MyFreeview TV daripada team Kryptonton. Bukan apa, lebih baik urusan pemasangan ini diurus oleh mereka yang ada kepakaran dan pengalaman.

Alhamdulillah, proses pemasangan dan setup MyFreeview TV di rumah saya tak ada sebarang masalah. Tak perlu tiang tinggi untuk memasang aerial untuk terima siaran, cukup hanya guna tiang aerial lama.
Servis Pemasangan Siaran TV Digital MyFreeview
Kerja-kerja pemasangan dari A sampai Z dilakukan dengan sempurna, dari aerial hingga ke pemasangan dekoder TV. Malah, proses mencari siaran MyFreeview juga dibuat oleh Team Kryptonton ini.
Dekoder MYTV Berkualiti Tinggi
Orait, untuk anda yang masih tak tahu mengenai MyFreeview TV ini, elok saya berikan sedikit info yang berkaitan supaya anda jelas, dan seterusnya ambil peluang yang ada untuk mendapatkan khidmat terbaik pemasangan MyFreeview TV ini di rumah anda.
  • [message]
    • Servis Pemasangan MyFreeview TV

Info Berkaitan MyFreeview TV

MyFreeview TV adalah merupakan projek Televisyen Terestrial Digital (DTT) di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia adalah projek nasional di mana bertujuan untuk memberikan siaran TV lebih jelas dalam format definasi tinggi (HD) untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa ada sebarang bayaran bulanan.

Untuk itu, adalah perlu di dalam pengetahuan anda, bahawa set TV di rumah yang ada sekarang kemungkinan tidak boleh diguna-pakai lagi apabila projek ini lengkap sepenuhnya seluruh Malaysia. Projek TV percuma MyFreeview TV bakal merevolusikan bidang penyiaran di Malaysia, dan seharusnya anda tidak harus ketinggalan.

Nak tak nak, anda perlu pastikan TV di rumah anda mampu menerima siaran TV Digital MyFreeview TV atau MYTV ini.

Keperluan Untuk Pasang Siaran TV Digital MyFreeview

Ada beberapa perkara perlu anda tahu, iaitu kelengkapan atau keperluan untuk menerima siaran MyFreeview percuma ini.

Set TV Biasa

Anda sebenarnya tidak perlu dapatkan sebuah TV baru. Asalkan set TV di rumah anda mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan ke dekoder TV digital, itu sudah memadai. Hanya perlu sambungan menggunakan kabel AV atau HDMI sahaja. Pun begitu, untuk kepuasan menonton lebih baik, saya syorkan anda menggunakan TV yang ada sambungan masuk HDMI.

Set IDTV

Ia merupakan set TV baharu yang kini sudah berada di pasaran. Ia adalah satu alternatif kepada jenis TV yang ada sekarang untuk memudahkan anda menerima siaran TV digital tanpa menggunakan kotak dekoder. IDTV dilengkapi dengan penala digital terbina dalam yang boleh menerima terus siaran MyFreeview TV tanpa sebarang sambungan, kecuali keperluan aerial tertentu.

Dekoder

Set Kotak Dekoder Digital MYTV Berkualiti Terbaik
Ia adalah alat penerima berbentuk kotak yang perlu dipasang dan disambungkan di antara TV dengan aerial. Ia adalah keperluan terpenting untuk set TV biasa yang bukan dari jenis IDTV, untuk terima siarang TV digital ini.

Aerial UHF

Set Aerial UHF Berkualiti Untuk MyFreeview
Aerial UHF diperlukan untuk dipasang dan disambungkan kepada terminal kotak dekoder mahupun IDTV bagi menerima siaran. Ada dua jenis aerial UHF yang boleh digunakan, iaitu aerial dalaman dan aerial luaran. Namun begitu, tahap penerimaan signal siaran adalah bergantung dengan lokasi pemancar berdekatan. Jika stesen pemancar MyFreeview agak jauh, maka adalah digalakkan untuk menggunakan jenis aerial UHF luaran.

Daripada penjelasan di atas, maka anda telah tahu ada dua jenis pemasangan untuk terima siaran digital MyFreeview TV percuma ini:
  1. Set IDTV + aerial UHF
  2. Set TV biasa +  dekoder MyFreeview + aerial UHF
Untuk pengetahuan anda, set aerial, kabel serta dekoder yang terbaik dan bermutu tinggi memainkan peranan penting untuk mendapatkan siaran definasi tinggi (HD) yang jelas dan jitu.

Team Kryptonton Sedia Memberikan Servis Terbaik

Dengan bantuan servis pemasangan daripada Team Kryptonton ini, in Sha Allah .. masalah berkaitan perkakasan, penyambungan, serta penalaan untuk mendapat siaran TV akan diuruskan oleh mereka.

Untuk mendapat siaran TV digital MyFreeview yang jelas, frekuensi yang betul perlu ditetapkan pada set dekoder. Tetapan Signal Intensity dan Signal Quality perlu lebih daripada 80% agar siaran TV yang anda terima adalah optima, seperti ditunjukkan di bawah ini.
Servis Pemasangan Siaran TV Digital MyFreeview Terbaik
Menerusi MyFreeview TV, anda boleh menikmati 9 siaran (bakal bertambah) berdefinisi tinggi tanpa sebarang gangguan cuaca secara percuma. Malah, anda juga boleh menerima siaran radio yang jelas menerusi MyFreeview ini.

Aha .. barulah seronok menonton TV dengan gambar yang jelas, ye tak?

Untuk khidmat nasihat, selain ingin mendapatkan servis pemasangan MyFreeview TV (MYTV) di tempat anda, boleh hubungi Team Kryptonton ini, in Sha Allah .. mereka akan bantu anda dari A sampai Z. Team Kryptonton akan bantu, khusus untuk anda yang berada di kawasan utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak mahupun Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Begitu juga seandainya sudah mempunyai dekoder sendiri, anda boleh hubungi Kryptonton untuk kerja pemasangan aerial, setup dekoder, dan bantu dalam penalaan signal siaran yang jelas dan jitu.

  • [message]
    • ##check## Team Kryptonton - Servis Pemasangan MyFreeview TV

Jangan tunggu lagi bang ... sebab tak lama lagi, permintaan akan jadi tinggi, dan pastinya kos pemasangan akan naik mendadak.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

6 Comments

  1. Di kawasan kami pun ada ramai juga menggunakan mytv ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tv lebih jelas, lebih baik daripada gunakan tv satelit berbayar dan hyppTV tu...

      Delete
  2. tq ye. baru mama tau ttg MyFreeview TV

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau penerima BR1M leh dapat percuma kotak dekoder tu under kerajaan.

      Delete
  3. mil ekin ada dapat MYTV yang kerajaan bagi tu x pasang lagi sebab xtaw cara nak pasang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dah ada pun, boleh kontek derang gak ...

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.