Pengalaman Memancing di Chalet Nelayan Tiga, Damai Laut

Pengalaman Memancing di Chalet Nelayan Tiga, Damai Laut. Ada Jeti Terapung Khas Untuk Kaki Pancing.

Kisah memancing lagi? Hahaha .. janganlah marah, ini memang aktiviti kegemaran kami sekeluarga. Andai ada cuti, lepas tu lokasi memancing tu ada chalet, in Sha Allah .. kami akan sampai. Tapi mestilah kena dengan keadaan keluarga yang ada anak kecil ni. Kali ini, saya nak kongsikan pengalaman memancing sekeluarga di Chalet Kampung Nelayan Tiga, Damai Laut, Segari.

Ini merupakan kali kedua kami sekeluarga menyewa chalet di Kampung Nelayan 3 ini. Jika anda dari arah Taiping menghala ke Lumut, pasti akan perasan papan tanda menunjukkan arah ke Chalet Nelayan 3 ini, ada satu simpang berlampu isyarat sebelum sampai ke Jambatan Bainun, Segari.

Pengalaman Memancing di Chalet Kampung Nelayan Tiga, Damai Laut

Pengalaman Memancing di Chalet Kampung Nelayan Tiga, Damai Laut
Pengalaman Memancing di Chalet Kampung Nelayan Tiga, Damai Laut
Lokasi chalet ini tak susah nak dicari dari jalan utama. Yang mungkin akan jadi sukar seandainya anda tak sedar akan papan tanda penunjuk arah. Chalet ini tak akan kelihatan dari jalanraya, jadi anda kena lihat papan tanda dengan cekap.

Jalan masuk ke chalet ini adalah jalan menongkah bukit, dan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Jalannya berturap tetapi agak sempit. Apabila sampai ke depan pintu masuk ke chalet je jalan tak berapa elok, masih bertanah merah dan agak curam.

Kami memilih untuk memancing di Chalet Nelayan Tiga ini kerana pernah ada sejarah ikan Siakap banyak dipancing di sini. Saiznya pula besar-besar. Jadi, trip kedua ke sini adalah untuk merealisasikan impian menaikkan ikan Siakap bersaiz besar di sini, paling tidak 3-4 kg seekor .. haha.

Trip pertama kali dulu adalah sekadar nak 'recky' tempat ni. Nak tengok ok ke tak ...

Kali ini, kami pergi lagi dengan harapan dapatlah tercapai impian. Kata adik ipar saya yang turut sama dalam trip ini, keadaan air di muara agak baik ketika ini ... huhu .. kata dialah.

Tarikan Chalet Nelayan Tiga, Damai Laut

Selain ada sejarah lokasi ini banyak ikan Siakap, satu lagi sebab kenapa kami memilih untuk bermalam dan memancing di Chalet Nelayan Kg Baru Batu Tiga ini ialah kerana adanya bilik jenis dorm. Jadinya, ia boleh memuatkan ramai orang ... huhu ..
Pengalaman Memancing di Chalet Kampung Nelayan Tiga, Damai Laut
Chalet dorm ni hanya ada katil sahaja. Untuk memasak, ada ruang lain di luar dorm, termasuklah bilik mandi dan bilik air. Jadinya, kalau nak mandi atau nak buang air, mesti keluar dari dorm...huhu .. agak scary gak kalau rasa nak terkencing memalam, sebab bilik air tu berada di bahagian belakang, mengadap hutan pokok bakau ...

Tempat memasak pula, tak ada apa-apa. Cuma ada meja dan sinki sahaja. Dapur gas ke, periuk belanga ke ... anda perlu minta pada owner chalet, termasuklah cerek nak masak air. Ia tak diletakkan di luar dorm kerana risau akan dilarikan oleh kera yang banyak terdapat di sekitar kawasan chalet.

Ada lagi jenis bilik lain yang lebih kecil, dan semuanya dalam harga mampu bayar, dan in Sha Allah, semuanya ada hawa dingin.
[Dah Baca?] Percutian Tak Dijangka, Menginap di Hotel Swiss-Garden Damai Laut

Kolam Mandi

Satu lagi kenapa kami pilih Chalet Nelayan Tiga ini, ialah adanya kolam mandi untuk kanak-kanak. Ia baru sahaja dibina oleh owner chalet ni. Sebelum ni, ketika kali pertama kami ke sini, memang tak ada kolam mandi ni.
Tarikan Chalet Nelayan 3 Damai Laut
Dan ada tambahan tempat nak memancing. Dulu cuma ada satu jeti memancing, sekarang ni dah ada dua ... :) Sampai-sampai sahaja di chalet ini, saya dan Zikri terus memulakan aktiviti memancing di pondok terapung yang disediakan khas untuk para pemancing di Chalet Nelayan Tiga ini. Agak jauh juga jarak dorm kami menginap dengan tempat khas memancing.

Teknik Memancing

Kami gunakan umpan udang hidup yang dibeli dari kedai umpan Panjang di Kampung Baru, iaitu satu lokasi memancing ikan Siakap yang sering kami pergi - Chalet Amir.

Saya gunakan 3 pancing, dua menggunakan teknik pelampong dan satu menggunakan teknik bottom.
[Dah Baca?] 9 Ekor Siakap - Hasil Memancing Chalet Amir
Sejam. Ada la beberapa kali nampak ikan menarik umpan, dan pelampong tenggelam. Tapi .. hampa. Air muara lak .. air mati. Aduh .... sah, ikan tak main la air mati macam ni, memang harapan nak dapatkan ikan Siakap tu agak sukarlah.

Zikri yang awalnya berada bersama saya di atas jeti terapung untuk memancing tetiba hilang dari pandangan!

Uhh .. dia dengan sepupu-sepupunya dah pergi terjun kolam dah .. adeh. Ditinggalkan je joran Zero kesayangan dia. Adeh. Maka, terpaksalah menjaga empat batang joran sekaligus. Ada beberapa kali joran dihenjut kuat, tapi tak sempat saya nak menyentap.

"Uhh anak ikan memain ni.." kata hati saya.

Adik ipar yang join, akhirnya menaikkan seekor ikan. Alamak ... ikan buntal lah pulak ... aduh. Lepas tu, saya lak dapat menaikkan ikan yang sama. Kecewa weih.
Hasil Memancing Chalet Nelayan Tiga, Damai Laut
Lokasi Memancing Lumut - Chalet Nelayan 3, Damai Laut
Hari pertama, dari petang sampai ke malam ... hampa. Saya berhenti awal, sebelum jam 11 malam .. saya dah berhenti memancing. Gerak hati saya kata .. malam ni takkan dapat apa-apa. Dan betullah ... dua orang adik ipar saya pulang lebih kurang jam 2 pagi ... kata 'illeeekkkk'.

Hari kedua, saya awal-awal dah turun ke jeti memancing. Harapnya dapatlah menaikkan ikan. Alhamdulillah, saya berjaya menaikkan seekor ikan Tetanda kecil. Kemudian, adik ipar saya pula dapat menaikkan ikan yang sama.

Ikan Semilang Chalet Nelayan Tiga, Damai Laut

Dekat-dekat nak balik, adik ipar seorang lagi berjaya menaikkan seekor ikan semilang. Saiznya agak besar juga, dekat sekilo gak la berat dia. Alhamdulillah.
Lokasi Memancing Lumut - Chalet Nelayan 3, Damai Laut
Secara keseluruhan, pengalaman memancing di sini - ketika itu - tak berapa mengujakan sangat. Mungkin ia takkan menjadi destinasi pilihan kami selepas ini. Pun begitu, saya tidak menolak kemungkinan, jika sudah tiada pilihan untuk memancing sekitar perairan Lumut, mungkin Chalet Nelayan Tiga ini berada di dalam senarai...haha.
Memancing Chalet Nelayan Tiga, Damai Laut

COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,298,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,87,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,83,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,297,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,355,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,60,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,98,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: Pengalaman Memancing di Chalet Nelayan Tiga, Damai Laut
Pengalaman Memancing di Chalet Nelayan Tiga, Damai Laut
Pengalaman Memancing di Chalet Nelayan Tiga, Damai Laut. Ada Jeti Terapung Khas Untuk Kaki Pancing.
https://4.bp.blogspot.com/-ckndDmwUbQA/WeIwccDIJQI/AAAAAAAAmkU/dg9HEM723hEGj3FOfeuSqL7KCLRnTwLBwCLcBGAs/s1600/memancing-chalet-kampung-nelayan-3-damai-laut.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-ckndDmwUbQA/WeIwccDIJQI/AAAAAAAAmkU/dg9HEM723hEGj3FOfeuSqL7KCLRnTwLBwCLcBGAs/s72-c/memancing-chalet-kampung-nelayan-3-damai-laut.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/10/memancing-chalet-nelayan-tiga-damai-laut.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/10/memancing-chalet-nelayan-tiga-damai-laut.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy