Kisah Percutian ke Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak

Pengalaman Percutian di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak. Apa Yang Menarik di MAPS?

Akhirnya, baru saya ada kesempatan untuk kongsikan pengalaman saya dan famili pergi bercuti ke Ipoh, lebih tepat lagi merasai apa yang ada di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak. Fuhh .. lebih setahun menunggu sejak kami membeli pakej promosi untuk pass tahunan - Perak Pass yang berharga RM180 (dewasa) dan RM150 (kanak-kanak) - beli empat percuma satu.

Memang untung kami beli pakej setahun Perak Pass MAPS. Jimat banyakkk. Pastu, kami dapat satu pass tahunan percuma. Jadi, semua ahli keluarga, termasuk Amri, yang sekarang dah kategori dewasa ada kad pass tahunan MAPS Perak. Rezeki, alhamdulillah.

Pengalaman Bercuti di Movie Animation Park Studios Perak

Pengalaman Bercuti di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Saya dan keluarga telah berpeluang untuk pergi ke MAPS Perak setelah lebih kurang seminggu ia dibuka secara rasmi kepada umum. Saya dapat tahu, ramai pengunjung berpusu-pusu ke MAPS ketika hari pembukaan. Sesuatu yang telah saya jangkakan memandangkan pembukaan MAPS telah banyak kali tertangguh akibat proses pematuhan keselamatan.
Bercuti di Movie Animation Park Studios Perak
Daripada apa yang saya baca, ramai juga yang kurang berpuas-hati ketika hari pembukaan MAPS Perak tempoh hari. Ada banyak sebab, tapi pada pendapat saya, benda sebegitu boleh dielakkan jika masing-masing pandai dan bijak merancang.

Kesian dapat tahu ada pengunjung perlu beratur panjang semata-mata untuk membolehkan mereka masuk ke taman animasi pertama di Asia ini. Apatah lagi tempoh nak proses kad pass ambil masa, selain ada yang mahu rebut peluang promosi singkat yang diadakan.

Semua dok berebut. Yelah, penantian sejak tahun 2016 kot .. ke 2015? Tercabar kesabaran tu. Dah la kena bayar sampai beratus ringgit, mestilah hangin semacam je bila susah nak masuk ke taman tema .. huhu..

Alhamdulillah, saya dan keluarga mampu bersabar. Mulanya tu, nak juga ambil peluang jadi antara terawal masuk ke dalam Movie Animation Park Studios ni ... yelah, asyik tengok dari luar (dari highway PLUS) je .. tapi, saya sendiri batalkan hasrat tersebut sebab dah boleh agak akan keadaannya di MAPS pada hari pembukaan.

Seminggu Selepas Pembukaan Rasmi MAPS Perak

Sabar menanti.

Seminggu selepas MAPS Perak dibuka secara rasmi kepada umum, kami pun pergi ke Ipoh. Dan nak dijadikan rezeki, isteri saya ada meeting di Ipoh pada hari Jumaat, 7 Julai 2017. Maka .. jeng jeng jeng .. dengan menggunakan laman web tempahan hotel online, saya pun buat tempahan untuk menginap di Ipoh.

Bab menginap di hotel tu, saya akan ceritakan kemudian nanti, jadi follow blog ini rapat-rapat ye .. hehehe .. leh langgan percuma dengan isi email anda di ruangan bawah sekali blog ini. In Sha Allah, anda akan jadi antara terawal ketahui sambungan cerita.

Ok. Sambung kisah percutian ni ...

Setelah isteri habis meeting, dan selepas singgah di The Lost World of Tambun, kami sekeluarga terus ke MAPS, Perak. Tak sangka pula jarak dan tempoh perjalanan dari The Lost World ke MAPS agak dekat... tak sampai pun 30 minit!
Bercuti di Movie Animation Park Studios Perak
Petang hari Jumaat. Tak ramai orang. Lengang. Parking memang banyak. Mudah. Alhamdulillah, cuaca juga agak baik, walaupun panas. Kalau hujan, kebanyakkan permainan dan persembahan dalam taman tema animasi ni akan dibatalkan atas sebab keselamatan. Jadi, walaupun cuaca panas, ia dikira baik kalau nak nikmati dan rasai pengalaman taman tema ini.

Diperiksa Seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa

Kami tak perlu nak beratur panjang - malah tak perlu beratur pun. Cuma perlu tunggu agak lama bagi proses pembaharuan dan pengesahan kad pass MAPS Perak yang baru.
[Khas] Promosi Harga Tiket MAPS Perak 2017
Sebaik sahaja dah dapat kad pass tahunan MAPS Perak yang baru, kami terus masuk ke bahagian pemeriksaan keselamatan. Aha .. anda akan diperiksa dari hujung rambut ke hujung kaki, macam kat lapangan terbang antarabangsa KLIA tu. Ada metal detector digunakan ...

Oh ya, kad pass anda akan disemak samada anda adalah pemegang kad. Kad pass MAPS ada gambar dan tarikh sah/luput. Jadi, agak sukar kalau anda nak gunakan kad orang lain untuk masuk ke dalam MAPS Perak.
Bercuti di Movie Animation Park Studios Perak
Safety Guidelines in Maps Perak
Beg yang anda bawa juga akan diperiksa. Untuk info, ada beberapa larangan yang perlu dipatuhi sebelum anda dibenarkan masuk ke taman tema animasi ni, terutama berkaitan keselamatan untuk permainan (ride) di dalam taman. Nasihat akan diberikan untuk larangan tertentu.

Anda juga dilarang untuk membawa makanan dari luar ke dalam taman tema MAPS Perak. Bahan-bahan atau barangan yang dianggap merbahaya kepada keselamatan taman tema dan kepada pengunjung lain juga dilarang.

Selesai sahaja melalui kawasan pemeriksaan keselamatan, anda akan melalui pula bahagian laluan masuk berpalang. Untuk masuk, anda perlu menggunakan kad pass MAPS anda - sama seperti anda nak masuk ke stesen LRT/Komuter.

Panjangnya Jambatan ....

Lepas tu .. bebaslah anda untuk terus ke MAPS dengan melalui satu jambatan yang agak panjang. Fuhh .. kalau anda sakit lutut, memang perit jugalah. Tapi, saya difahamkan ada servis pengangkutan percuma untuk warga emas.

Gambar di bawah adalah gambar jambatan tersebut yang nampak sayup je dari pintu masuk utama .. huhuhu. Nasib baik ada bumbung, bolehlah berlindung dari panas terik matahari...huhu.
Bercuti di Movie Animation Park Studios Perak
Anda akan merentasi tasik buatan, yang pada ketika saya datang ni .. masih tak ada tarikan yang unik. Air tasik pun agak keruh, dan agak cetek untuk sebarang aktiviti air. Jadi, tiada apa yang menarik sepanjang melalui jambatan yang panjang tu .... huhuhuhu .. kecuali rasa keterujaan untuk benar-benar masuk ke taman tema animasi MAPS Perak.

Sampai sahaja ke bahagian pintu masuk sebenar MAPS, anda akan nampak deretan kedai cenderahati di kiri dan kanan. Anda akan disambut mesra oleh kakitangan MAPS.

Sila Tanya dan Dapatkan Panduan Daripada Kakitangan MAPS

Di sini juga terdapatnya ruangan Informasi di mana anda boleh bertanya tentang "Apa menarik ye dalam MAPS ni .." dan in Sha Allah, kakitangan di situ akan jawab ... siap berikan penerangan dan pamplet percuma kepada anda.
Bercuti di Movie Animation Park Studios Perak
Boboiboy di atas Pentas MAPS Perak
Juga, anda akan dapati ruangan simpanan barang (locker) serta tandas dan surau tersedia di sisi bangunan ini - ya, betul-betul di pintu masuk MAPS ini. Jadi, tak susah nak cari.

Persembahan Karektor Animasi Popular

Tengah-tengah dalam MAPS, ada pentas persembahan. Di sinilah, anda akan dapat lihat kelibat SMURFS, BOBOIBOY dan watak-watak animasi lain. Selain karektor animasi, ada persembahan lain seperti akrobatik, tarian, nyanyian dan lain. Persembahan ini bergantung dengan jadual yang disediakan seperti saya tunjukkan di atas. Ia berlainan setiap hari ...

Belok Kiri Untuk Cabaran Ketakutan

Ok. Apabila masuk sahaja, elok anda terus ambil langkah ke bahagian kiri. Di sinilah tempatnya anda boleh dapat melihat beberapa permainan yang boleh menguji kekuatan minda serta keberanian anda...huhu...

Dannn ... saya telah merasai pengalaman untuk ride Space Explorers ... huhuhu .. seperti ditunjukkan di bawah ini... Ianya betul-betul terletak di hadapan sebuah replika Zappelin atau Starship yang sebenarnya sebuah restoran makanan.
Sebelahnya pula adalah beberapa permainan lain yang cukup mencabar bagi sesetengah orang. Dan saya ingin menyatakan bahawa semua permainan ini dijaga, dikawal dan diawasi oleh staff-staff MAPS. Malah, anda akan dibantu untuk merasai pengalaman takkan dilupakan pada setiap aktiviti yang ada di dalam MAPS.

Ia bukan sahaja sesuai untuk dewasa, tetapi juga kanak-kanak .. asalkan ikuti arahan dan peraturan yang diberikan.

Selain Space Explorers, di sebelahnya ada buaian pusing dinamakan HyperSpin, dan permainan yang berbentuk X dinamakan Asteroid Attack. Antara 3 permainan ni, saya dan anak-anak cuma tak berkesempatan untuk naik ride Asteroid Attack sahaja .. huhu...
Asteroid Attack Movie Animation Park Studios Perak
Di sebelahnya pula ada bumper car, yang pastinya menyeronokkan kepada anak-anak. Ehh orang tua pun banyak gak yang main benda ni, yang dikenali sebagai The Adventurers Bumper Blast. Kalau nak rasa lepaskan geram .. leh la main benda ni .. hehehe...



Tapi permainan ni tak mengujakan saya sama sekali, sebabnya ia permainan yang sangat mudah nak didapati kat mana-mana taman tema, alaa .. kat Bukit Merah Laketown Waterpark pun ada benda ni. Cuma, anak-anak je ada main sampai lebih sekali ... lebih-lebih lagi si Zikri dengan Maira.

Semua yang saya ceritakan di atas adalah bahagian Lakeside Zone. Ia salah satu zon keseronokkan yang ada di dalam MAPS Perak. Ada zon-zon lain dalam taman tema animasi ni, iaitu:

  1. Animation Square Zone
  2. Blast Off Zone
  3. Live Action Zone
  4. Fantasy Forest Zone
  5. Dream Zone

Apa yang banyak di dalam taman tema animasi ni adalah restoran dan tempat makan, yang ada di dalam Animation Square Zone, Blast Off Zone dan juga Live Action Zone. Harga makanan .. perghh leh tahan mahalnya. Kalau orang biasa macam kami ni, memang tak la nak makan kat dalam MAPS ni. Hanya mampu beli air drinking-water sahaja ... alhamdulillah, saya beli sama je harga dengan kat luar, dalam RM1.20 sebotol.
Percutian ke Movie Animation Park Studios Perak
Percutian ke Movie Animation Park Studios Perak
Panggung Wayang 4D MAPS Perak
Oh, ruangan Dream Zone masih lagi belum dibuka ketika saya dan keluarga datang sini. Jadi tak dapat nak cerita apa yang ada dalam tu sangat. Megamind Megadrop adalah permainan yang ada dalam zon ini.

Benda lain yang menarik di dalam MAPS Perak adalah ..

  • The Smurfs Partyland, Smurfs Theatre, Smurfberry Catch yang ada di Blast Off Zone. Saya tak pergi ke kawasan ni. Anak-anak saya je pergi .. 
  • Persembahan Stunt Legends di Stunt Legends Arena iaitu di Live Action Zone. ... uhh yang ni saya dengan anak-anak memang seronok tengok. Tapi ia tak sentiasa ada, anda kena ikut jadual persembahan yang disediakan.
  • Panggung wayang 4D Boboiboy. Nak merasa kena percik air, rasa naik kapal angkasa .. boleh masuk dalam panggung ni.

Kalau anda nak merehatkan diri, apatah lagi kalau ada bayi kecil macam saya sekeluarga, elok pergi ke bahagian Fantasy Forest Zone. Di situ ada Coral Kingdom, satu tempat seperti dewan tertutup. Ia sebenarnya tempat makan dan ada taman permainan untuk anak-anak kecil. Air-cond sejuk gila kat dalam ni. Cuma tak banyak tempat duduk.
Fantasy Forest Zone
Fantasy Forest Zone ni macam mini funfair untuk kanak-kanak. Anak-anak kecil yang naik permainan yang kurang mencabar, boleh pergi ke zon ini. Ada piramid, ada tren, ada Fantasy Carousel dan semua permainan yang selamat untuk anak-anak.

Nak shopping barangan dan produk eksklusif jenama animasi popular antarabangsa? Aha .. dalam MAPS Perak ni ada beberapa kedai cenderahati. Kebanyakkannya terdapat dalam Animation Square Zone dan Blast Off Zone.

Fuh .. rasanya ini sahaja yang saya fikir nak cerita pada anda kali ini. Ada beberapa benda lain saya nak kongsikan tentang MAPS Perak ni, tapi tunggulah post akan datang. Lenguh dah jari ni ...

Saya ada banyakkkk gambar dalam MAPS, so tunggu je lah post akan datang ye, tak pun boleh tengok di instagram saya.



Kesimpulan

Secara kesimpulan ehh ...

MAPS Perak boleh berikan satu pengalaman yang seronok buat anda dan keluarga, terutama jika anda ada anak dalam lingkungan umur 5 - 17 tahun yang minat pada cabaran, animasi, persembahan live, yang minat Smurfs, minat Boboiboy dan suka adventure.
Percutian ke Movie Animation Park Studios Perak
Saya dan keluarga bertuah sebab dapat beli tiket setahun harga promosi untuk warga Perak. Ianya harga pass tahunan paling berbaloi sebab boleh masuk ke MAPS Perak tanpa had siang dan malam! Ye, anda boleh masuk MAPS waktu malam iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

Dan kalau anda berkira-kira nak merasai pengalaman di MAPS Perak, saya syorkan anda rebut harga promosi jika ada dan beli secara online. Rugi kalau anda beli walk-in ... huhu...

Semoga ada manfaatnya post ini. Tunggu kisah MAPS Perak lainnya akan datang ye.

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,366,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,291,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,52,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,277,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,338,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,487,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: Kisah Percutian ke Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Kisah Percutian ke Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Pengalaman Percutian di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak. Apa Yang Menarik di MAPS?
https://3.bp.blogspot.com/-WSMvseg4mKY/WYBolTpmOUI/AAAAAAAAjJQ/7Ke22I8WVGgQQseMC1R_bN9KK4iWIvZngCLcBGAs/s1600/holiday-first-animation-theme-park-in-asia.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-WSMvseg4mKY/WYBolTpmOUI/AAAAAAAAjJQ/7Ke22I8WVGgQQseMC1R_bN9KK4iWIvZngCLcBGAs/s72-c/holiday-first-animation-theme-park-in-asia.jpg
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/08/bercuti-di-movie-animation-park-studios.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/08/bercuti-di-movie-animation-park-studios.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy