Senarai Terkini Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia

Senarai Lengkap Sekolah Berasrama Penuh di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kembali lagi. Ia adalah antara peperiksaan awam utama Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia dijalankan sebagai penilaian untuk murid-murid tahun enam (6) sebelum memasuki tingkatan satu (1).

Peperiksaan UPSR adalah antara peperiksaan penting. Ia dijadikan kayu pengukur asas untuk membolehkan anak-anak murid ditempatkan di sekolah terbaik, terutamanya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Senarai Asrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah merupakan rangkaian sekolah elit dan diberikan banyak keistimewaan terutama dari segi keperluan pembelajaran. Ia merupakan sekolah pilihan kebanyakkan ibu bapa untuk anak-anak sambung pelajaran di sekolah menengah terutama dalam tingkatan satu dan tingkatan empat.

Setakat post ini ditulis, terdapat 69 buah sekolah SBP di seluruh Malaysia, termasuklah di Sabah dan Sarawak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Untuk memudahkan anda membuat perbandingan dan pemilihan, saya senaraikan sekolah-sekolah ini sebagai panduan.

Senarai Penuh SBP 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia


BilNegeriNama Sekolah
1PerlisSM Sains Tuanku Syed Putra
2KedahSM Sultan Abdul Halim
3KedahSM Sains Pokok Sena
4KedahSM Sains Sultan Mohamad Jiwa
5KedahSM Sains Kubang Pasu
6KedahSBP Integrasi Kubang Pasu
7Pulau PinangSMs Tun Syed Sheh Shahabudin
8Pulau PinangSM Sains Kepala Batas
9PerakThe Malay College Kuala Kangsar
10PerakSM Sains Raja Tun Azlan Shah
11PerakSekolah Tuanku Abdul Rahman
12PerakSM Sains Teluk Intan
13PerakSBP Integrasi Gopeng
14PerakSM Sains Tapah
15PerakSM Sains Bagan Datoh
16PutrajayaSekolah Sultan Alam Shah
17Kuala LumpurSM Sains Alam Shah
18Kuala LumpurSM Sains Seri Puteri
19Kuala LumpurSM Sains Selangor
20SelangorSM Sains Kuala Selangor
21SelangorSekolah Seri Puteri
22SelangorKolej Islam Sultan Alam Shah
23SelangorSM Sains Hulu Selangor
24SelangorSM Agama Persekutuan Kajang
25SelangorSBP Integrasi Gombak
26SelangorSBP Integrasi Sabak Bernam
27SelangorSBP Integrasi Rawang
28SelangorSM Sains Banting
29Negeri SembilanSM Agama Persekutuan Labu
30Negeri SembilanKolej Tunku Kurshiah
31Negeri SembilanSekolah Dato' Abdul Razak
32Negeri SembilanSM Sains Tuanku Jaafar
33Negeri SembilanSM Sains Tuanku Munawir
34Negeri SembilanSBP Integrasi Jempol
35Negeri SembilanSM Sains Rembau
36Negeri SembilanSMs Perempuan Seremban
37MelakaSBP Integrasi Selandar
38MelakaSM Sains Muzaffar Shah
39JohorSekolah Tun Fatimah
40JohorSM Sains Muar
41JohorSM Sains Johor
42JohorSM Sains Kota Tinggi
43JohorSM Sains Sultan Iskandar
44JohorSM Sains Sembrong
45JohorSM Sains Batu Pahat
46PahangSM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah
47PahangSM Sains Tengku Abdullah
48PahangSekolah Sains Sultan Hj. Ahmad Shah Pekan
49PahangSBP Integrasi Kuantan
50PahangSBP Integrasi Tun Abdul Razak
51PahangSBP Integrasi Temerloh
52PahangSM Agama Persekutuan Bentong
53TerengganuSM Sains Sultan Mahmud
54TerengganuSM Sains Kuala Terengganu
55TerengganuSM Sains Dungun
56TerengganuSBP Integrasi Batu Rakit
57TerengganuSM Sains Hulu Terengganu
58TerengganuSM Sains Setiu
59KelantanSM Sains Tuanku Muhammad Faris Petra
60KelantanSM Sains Machang, Kelantan
61KelantanSM Sains Pasir Puteh
62KelantanSM Sains Jeli
63KelantanSM Sains Gua Musang
64SabahSM Sains Sabah
65SabahSM Sains Lahad Datu
66WP LabuanSM Sains Labuan
67SarawakSM Sains Kuching
68SarawakSM Sains Miri
69SarawakSM Sains Kuching Utara

Wow .... tak sangka kita ada hampir 70 SBP untuk anak-anak cemerlang dalam UPSR. Ini tidak termasuk dengan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang juga merupakan sekolah berasrama penuh. In Sha Allah, nanti saya senaraikan pula MRSM yang ada di Malaysia.

Pengalaman Anak UPSR

Saya dan isteri antara ibu bapa yang telah memilih dan memohon untuk memasukkan anak ke sekolah berasrama penuh sebelum ini. Pun begitu, bukan semua calon peperiksaan UPSR akan mendapat tempat ke sekolah berasrama penuh ini, terutama sekali yang menjadi pilihan utama.
[Baca] Kos Yuran Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Untuk pengetahuan ibu bapa yang mahu memasukkan anak ke SBP, anda tidak boleh memohon masuk ke MRSM jika telah memohon atau mendapat tawaran di SBP. Ia satu polisi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan untuk membolehkan lebih banyak peluang diberikan kepada pelajar mendapat tempat di sekolah terbaik di Malaysia.
Murid Dapat 6A UPSR
Amri contohnya .. anak saya yang alhamdulillah telah berjaya mendapat keputusan 6A di dalam UPSR 2016, telah diberikan tempat di SBP yang bukan menjadi pilihan dalam permohonan kami. Disebabkan itu, kami telah memohon tempat di MRSM, dan malangnya ditolak. Malah, akses untuk permohonan online ke MRSM tidak boleh dimasuki.

Akhirnya, anak saya menyambung pelajaran di sekolah bantuan penuh kerajaan, sebuah sekolah menengah agama yang terpilih untuk menjadi sekolah menengah Ulul Albab Kementerian Pendidikan Malaysia yang turut menyediakan asrama untuk para pelajar.
Belajar di Sekolah Ulul Albab


Alhamdulillah, walaupun bukan rezeki kami untuk melihat Amri belajar di SBP mahupun MRSM pilihan, kami bersyukur Amri kini berjaya menyesuaikan diri di Sekolah Ulul Albab KPM. Dan kami gembira Amri telah berjaya mendapat keputusan baik dalam peperiksaan baru-baru ini. Malah, Amri berjaya menjadi pelajar terbaik tingkatan satu dalam subjek Matematik.
[Dah Baca?] Contoh Surat Rasmi Rayuan Kemasukan ke MRSM
Orait.

Saya harap senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang saya kongsikan di atas dapat bantu ibu bapa membuat pilihan terbaik untuk anak-anak UPSR. Jangan salah dan silap memilih, fikir semasak-masaknya kerana ia melibatkan masa depan pelajaran anak-anak.

Saya lihat ramai anak-anak UPSR 2016 yang pindah randah sekolah akibat merasa tidak sesuai dan tidak serasi. Agak merugikan andai perkara ini berlaku pada anak-anak sebab ia membabitkan masa dan boleh mengganggu proses pembelajaran.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments