RinggitPlus Banner

Panduan Serta Tips Temuduga Ulul Albab SBP

AI Trade
Baru-baru ini, anak saya yang sulong telah dipanggil untuk hadiri temuduga TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang (SEPINTAR) pada 25 November 2016. Hampir 400 calon dipanggil dari seluruh Malaysia untuk hadiri temuduga TMUA yang diadakan selama 2 hari bermula 24 November 2016.

Hari pertama TMUA dikhaskan untuk murid-murid atau calon cemerlang UPSR 2016 yang datang dari sekitar sekolah di dalam negeri Selangor, manakala pada hari kedua iaitu 25 November 2016 dikhaskan untuk murid-murid atau calon UPSR cemerlang dari luar Selangor.

Panduan Am Temuduga Ulul Albab (TMUA) SBP KPM

Panduan Serta Tips Temuduga Ulul Albab SBP
Memang ramai ibu bapa beserta anak-anak yang datang untuk TMUA ini. Saya dan Amri seawal jam 6:30 pagi sudah sampai ke SBPI Rawang ini. Disebabkan ruangan pendaftaran masih belum dibuka ketika itu, saya ambil keputusan untuk bawa Amri melihat kawasan sekitar daerah sekolah - iaitu Bandar Tasik Puteri.

Lebih kurang jam 7:00 pagi, saya dan Amri kembali ke sekolah. Sempatlah juga tapau beberapa makanan, yang cadangnya untuk sarapan pagi sebelum proses temuduga bermula. Temuduga TMUA bermula lebih kurang jam 8:30 pagi di mana calon UPSR dibahagikan mengikut dua kumpulan berasingan. Amri diberikan tag urutan proses temuduga untuk memudahkan proses sehingga selesai.

Panduan dan Tips TMUA

Saya nak kongsikan sedikit panduan temuduga TMUA ini, khasnya untuk mereka atau calon yang dipanggil ke TMUA Sekolah Berasrama Penuh di bawah KPM. Format temuduga ini adalah berbeza dengan format temuduga MRSM Ulul Albab.

Berikut adalah panduan am, dan calon akan dikuarantin untuk elak ketirisan soalan. Secara amnya, turutan TMUA adalah seperti di bawah ini:
  1. Ujian Bertulis: Calon diminta untuk tukar karangan Bahasa Malaysia kepada tulisan Jawi, dalam jumlah satu mukasurat. Calon yang telah selesai akan dikuaratin untuk proses seterusnya.
  2. Ujian Hafazan: Calon akan diberikan satu surah dan diminta untuk hafal dalam masa 30 min. Selepas tamat, calon perlu baca sebanyak mana hafalan yang ingat pada guru TMUA.
  3. Baca petikan yang ditulis di dalam Bahasa Arab (karangan tanpa baris).
  4. Calon diminta untuk menulis semula surah pendek penuh yang diminta oleh guru TMUA.

Apa yang saya berikan ini adalah bersandarkan kepada pengalaman anak saya semasa temuduga TMUA di SEPINTAR, antara sekolah SBPI terawal yang lakukan temuduga TMUA ini. Anda bolehlah jadikan ia sebagai satu pedoman am untuk persediaan memahami perjalanan proses TMUA. 

Daripada proses TMUA di atas, maka calon-calon sekurang-kurangnya buat persediaan berikut:
  • Buat latihan untuk menulis jawi.
  • Cuba hafaz surah-surah penting, contohnya macam anak saya surah Al-Haj.
  • Buat latihan bacaan petikan Bahasa Arab
  • Latih tubi tulis surah pendek - selalunya surah yang sering dibaca dalam Sholat.

Pertemuan dan Kebetulan

Tak disangka, saya bertemu rakan seperjuangan semasa di USM, yang kebetulan juga anaknya pernah sekelas dengan Amri semasa bermastautin di Nibong Tebal. Alhamdulillah, anaknya turut cemerlang dan dipanggil untuk TMUA.
Dan kebetulan juga, pengetua SBPI Rawang adalah bekas guru penolong kanan saya semasa saya belajar di SEMESTI iaitu Tuan Haji Addenan bin Osman. Beliau mengajar saya dalam subjek Sejarah dan juga mengajar Add Math di kelas isteri saya .. eh eh .. hehe. Seorang guru yang saya sangat hormati dan mempunyai kredibiliti yang terbaik. Beliau juga adalah guru kaunseling di sekolah, dan saya adalah antara pelajar yang pernah masuk ke bilik kaunseling Cikgu Addenan.

Banyak input saya dapat mengenai SBPI Rawang dari Cikgu Addenan. Kagum betul saya dengan beberapa kejayaan pelajarnya sehingga ke luar negara.
[Baca] Rahsia Solat
Saya ada semak satu pekeliling dari KPM mengenai sekolah Ulul Albab di bawah KPM, perghhh .... saya tengok sillabus, jadual pembelajaran .. uhh bukan main susah (pandangan saya). Jadi, seandainya rezeki anak saya dapat belajar di SBPI Rawang, ia sesuatu yang saya anggap amat bertuah kerana SBPI Rawang dinamakan antara sekolah cemerlang khusus untuk Sains-Matematik Ulul Albab.

In Sha Allah. Mudah-mudahan, Amri akan lepasi temuduga TMUA. 

Jam 10:30 pagi, Amri dah selesai TMUA, dan saya dua beranak berangkat pulang ke Nibong Tebal/Parit Buntar.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

14 Comments

  1. InsyaaAllah...semoga Amri berjaya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan... ramai calon .. ada dekat 400 orang tu.

      Delete
  2. Anak tuan belajar di mana sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah beljar di SMKA NIbong Tebal, atau SMKA Syeikh Abdullah Fahim

      Delete
  3. Tumpang tanya ya.. jika x lulus temuduga tahfz ulul albab tu ada kah terus x dpt masuk sbp lain jugak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika temuduga itu adalah temuduga oleh sekolah, maka ia hanya untuk sekolah. Jika temuduga tu dipanggil atas untuk masuk MRSM, ia akan sekali untuk semua MRSM.

      Macam SBP, anak saya gagal dalam temuduga di SBPi Rawang Ulul Albab, tapi dapat tawaran masuk SBP STAR. Temuduga tahfiz ulul albab untuk masuk ulul albab sahaja.

      Delete
  4. Anak sy temuduga tmua besok. Pakaian bj sekolah rendah atau boleh baju biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada diberitahu dalam surat panggilan temuduga, dan kalau anda tgk dalam post di atas, ada gambar anak2 dipanggil temuduga TMUA ni. :) Nampak kan derang pakai apa?

      Delete
  5. assalamualaikum.. saya tak faham,sama ada ni temuduga untuk sbpi atau sekolah ulul albab? maaf bertanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prosedurnya sama sahaja ... sbb saya berpengalaman untuk merasai kedua-dua temuduga.

      Temuduga di SBPi lebih spesifik dan lebih teratur. Namun bergantung dengan pihak sekolah SBPi tu, sbb ada SBPi yang buat lain sedikit.

      Temuduga Ulul Albab, samada di SBPi atau MRSM .. prosesnya sama. Kena hafal quran, kena tahu pengetahuan am ttg Malaysia, kena tahu ayat-ayat lazim.

      Delete
  6. klau dia dapat tawaran sbp skolh mozac?pakaian selain bju skolh rendah bleh digantikan dngan bju kurung x?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk info. Sangat membantu

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.