Jenjalan Cuti Santai Agrotourism ke Disiniland, Batu Kurau

Jalan-Jalan Agrotourism ke Disiniland Agrofarm and Resort, Batu Kurau, Perak

Pernah dengar tak nama satu tempat dikenali Disiniland Agrofarm? Aha .. sekali sebut macam Disneyland je kan? Tapi, ia bukan macam taman tema Disneyland yang terkenal tu, tetapi Disiniland ini adalah merupakan sebuah ladang ternakan yang dibuka kepada orang ramai sebagai tarikan agro-pelancongan atau agro-tourism.

Disiniland ini terletak di Batu Kurau, Perak. Ia menjadi viral di laman sosial baru-baru ini sebagai salah satu lokasi untuk percutian dan berehat yang dikatakan lain daripada yang lain.

Jalan-Jalan Santai Cuti ke Disiniland Agrofarm, Batu Kurau

Disiniland Agrofarm, Batu Kurau
Disiniland Agrofarm, Batu Kurau
Baru-baru ini, kami sekeluarga telah ambil keputusan untuk jalan-jalan sempena cuti hujung minggu ke Taiping. Aha ... dah alang-alang berada di Taiping, isteri saya suggest untuk tinjau tempat ini, lagipun nama Disiniland itu sendiri menarik perhatian saya dan anak-anak.

Ok, sedikit info mengenai tempat yang dinamakan Disiniland Agrofarm and Resort ini.

Disiniland Agrofarm And Resort dibina dan beroperasi di tanah seluas lima ekar yang terletak di Kampung Perak, Batu Kurau. Jarak daripada bandar Taiping lebih kurang dalam 20km. Ia berada di dalam kawasan kampung dan berada jauh ke dalam ladang kelapa sawit, jadi anda mungkin tak berapa perasan lokasi sebenar tempat ini.

Jalan Masuk Disiniland Tidak Berturap

Jalan masuk ke Disiniland adalah jalan sehala, tidak berturap, agak mencabar dan tidak sesuai seandainya anda berkenderaan yang lowered. Keadaan jalan akan jadi lebih buruk ketika atau selepas hujan lebat.
Pokok Bunga Kantan. Trademark Jalan Masuk ke Disiniland Agrofarm, Batu Kurau
Untuk melalui jalan masuk ke Disiniland Agrofarm and Resort ini, anda perlu ikut papan tanda dan anak panah diberikan dengan betul - "Disiniland In". Jalan masuk dan jalan keluar Disiniland tidak sama. Jika anda mahu keluar dari Disiniland, dinasihatkan jangan ikut jalan yang anda masuk, ikuti anak panah bertanda "Disiniland Out" untuk elakkan kenderaan anda berselisih dengan kenderaan lain.

Pokok Bunga Kantan Tanda Anda Lalui Jalan Yang Betul

Salah satu tanda anda melalui jalan masuk yang betul ke Disiniland ini ialah anda akan nampak rimbunan pepohon pokok Bunga Kantan yang banyak di kiri kanan jalan, selain dusun buah-buahan.

Alhamdulillah, ada kawasan letak kereta yang agak luas di Disiniland ini. Kawasan letak kereta boleh memuatkan sehingga 15 buah kenderaan dan ianya percuma.
[Dah Baca?] Muzium Perak di Taiping adalah Muzium Pertama di Malaysia
Jika anda nak tahu,  pemilik Disiniland Agrofarm and Resort ini adalah antara individu yang paling disegani dan dihormati di kawasan Batu Kurau. Beliau adalah Dato’ Khairil Anuar.

Asalnya tempat ini adalah tempat percutian persendirian keluarga beliau. Namun, disebabkan di dalam Disiniland terdapat beberapa tarikan, ia telah menarik perhatian penduduk setempat lalu kemudiannya ianya dibuka kepada orang ramai dengan dikenakan sedikit bayaran.

Harga Tiket Masuk Disiniland

Harga Tiket Masuk ke Disiniland Agrofarm, Batu Kurau
Sejak tempat ini mendapat perhatian ramai, harga tiket untuk masuk ke Disiniland telah dinaikkan. Begitu juga dengan beberapa harga aktiviti yang boleh dilakukan di dalam Disiniland. Walaupun begitu, harga tiket masih lagi saya anggap berpatutan.

Harga tiket masuk yang terkini adalah:
  • Dewasa - RM6.00 (13 hingga 59 tahun)
  • Kanak-kanak - RM4.00 (12 tahun ke bawah)
  • Warga Emas (60 tahun ke atas) dan OKU - RM4.00

Aktiviti Dalam Disiniland

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di dalam Disiniland Agrofarm and Resort ini ialah:
  1. Menunggang kuda
  2. Memanah
  3. Memanah sambil berkuda
  4. Menaiki ATV
  5. Memancing
  6. Memberi makan haiwan
Disiniland Agrofarm, Batu Kurau
Anda juga boleh melihat haiwan-haiwan lebih dekat dan menyentuhnya seperti unta, kuda, spesies burung Merpati Raja, kambing, angsa, itek serati, ayam piru dan lembu.

Saya dan anak saya, ambil peluang ke sini untuk memancing di kolam-kolam yang ada. Saya difahamkan ada beberapa spesies ikan air tawar yang bersaiz besar iaitu Tilapia Merah, Jelawat, Kaloi, Patin dan beberapa lagi.
Kolam Memancing Ikan di Disiniland Agrofarm, Batu Kurau
Caj dikenakan untuk memancing di kolam ialah RM10 tanpa had masa. Kami menggunakan batang pancing yang dibuat daripada batang pelepah kelapa sawit dan umpan palet yang diberikan bersama harga pancingan.

Hmm .. dapatlah menaikkan beberapa ekor ikan Tilapia Merah bersaiz kecil dan sederhana. Uhh tak susah pun nak pancing, tak sampai seminit anda dah boleh naikkan ikan di kolam tersebut, in Sha Allah. Baldi ikan juga disediakan untuk anda simpan ikan sebelum ditimbang untuk dibawa balik.

Opss .. anda perlu bayar ye untuk bawa balik ikan yang anda pancing tu. Harga adalah mengikut harga sekilogram yang telah ditetapkan. Pun begitu, bukan semua spesies ikan yang anda pancing boleh dibawa balik. Ikan yang bersaiz kecil juga tidak dibenarkan dibawa pulang, dan mesti dilepaskan kembali.
[Dah Baca?] Spritzer Food Truck Fest di Taiping
Kami sempat melakukan aktiviti memancing sahaja. Aktiviti menaiki ATV dan menunggang kuda tidak dapat dibuat disebabkan hujan tetiba turun dengan lebat, lewat kami berada di situ. Lagipun, anak-anak iaitu Zikri dan Maira semacam tak berapa berminat - atau mungkin takut nak mencuba.
Aktiviti Menaiki ATV Disiniland Agrofarm and Resort, Batu Kurau
Aktiviti Disiniland Agrofarm and Resort, Batu Kurau
Menunggang Kuda di Disiniland Agrofarm and Resort, Batu Kurau
Tunggang Kuda Disiniland Agrofarm and Resort, Batu Kurau

Bayar Guna Kupon Beli di Kaunter Masuk

Oh ya, di dalam Disiniland ini ... anda kena gunakan kupon. Ini bermakna, anda perlu buat keputusan awal untuk buat aktiviti apa di dalam tu, dan gunakan kupon tersebut untuk melakukan aktiviti yang ada mengikut harga atau caj yang ditetapkan.

Bukan setakat nak lakukan aktiviti riadah dan rekreasi, anda perlu menggunakan kupon, nak beli makanan dan minuman di gerai yang ada di dalam Disiniland Agrofarm juga .. anda perlu ada kupon untuk membayar harga makanan dan minuman.

Aha ... ini juga antara sebab kenapa saya dan anak-anak tak mencuba aktiviti lain selain memancing .. huhu .. malas nak ke kaunter hadapan untuk beli kupon .. :P


Kesimpulan Jika Anda Mahu ke Disiniland

Ok, kalau anda dan keluarga suka dengan alam semulajadi dan kehidupan kampung, mungkin Disiniland Agrofarm and Resort adalah salah satu lokasi yang seronok untuk pergi. Namun, kalau anda yang mungkin alergik pada bau busuk taik ayam, taik itek, bau hamis dari kandang kambing, bau lembu dan keadaan lecah dan becak di sini, mungkin ia satu pengalaman yang tak berapa best.

Saya tak syorkan anda pergi ke Disiniland jika keadaan cuaca tak berapa baik, samada sebelum atau ketika anda ke sini. Dan kalau cuaca panas, bawalah payung dan air mineral....
[Dah Baca?] Lawatan Sambil Belajar ke Ethno Valley Resort, Taiping
Ada beberapa tempat berteduh untuk anda berkelah di dalam Disiniland ini, namun saya tak rasa anda akan rasa tenteram sebab ada banyak kucing yang nakal-nakal di sini, sampaikan ikan yang anak saya pancing pun mereka rembat tanpa belas kasihan .. hahaha...

Buat anak-anak saya, mereka suka ke sini untuk pertama kali. Kerana mereka dapat melihat haiwan dengan lebih dekat, dan merasa memancing cara kampung ... uhh syok gak dapat naikkan ikan Tilapia Merah.

Walaupun ada aktiviti yang tak dapat nak dibuat disebabkan kekangan masa dan juga keadaan cuaca, Disiniland telah berikan pengalaman baru untuk anak-anak.

Mungkin kami akan ke sini lagi, in Sha Allah.

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,298,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,88,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,83,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,298,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,356,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,61,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,98,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: Jenjalan Cuti Santai Agrotourism ke Disiniland, Batu Kurau
Jenjalan Cuti Santai Agrotourism ke Disiniland, Batu Kurau
Jalan-Jalan Agrotourism ke Disiniland Agrofarm and Resort, Batu Kurau, Perak
https://3.bp.blogspot.com/-98aK_YMjYiE/WbeJaN-0E6I/AAAAAAAAk-o/UgsliuYHXK4s7FIYx11VpBqonpIB5Lh-gCLcBGAs/s1600/cara-pergi-ke-disiniland.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-98aK_YMjYiE/WbeJaN-0E6I/AAAAAAAAk-o/UgsliuYHXK4s7FIYx11VpBqonpIB5Lh-gCLcBGAs/s72-c/cara-pergi-ke-disiniland.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/09/jenjalan-agrotourism-disiniland-batu.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/09/jenjalan-agrotourism-disiniland-batu.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy