Tonton Boboiboy di LFS Cinema Kerian Central Mall

Fenomena Boboiboy memang hebat. Filem ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak awal tayangannya. Saya, isteri dan anak-anak juga tak lepaskan peluang menonton filem animasi Boboiboy ini di Lotus Five Cinema (LFS) di Kerian Central Mall, Parit Buntar.

Memang excited lama dah nak tengok movie ni, memandangkan semedang je trailer movie ni keluar di kaca TV. Walaupun saya bukanlah pengikut setia animasi Boboiboy ini, tetapi anak-anak saya selalu sahaja menonton secara online animasi bersiri ini di saluran Youtube Monsta. Malah, setiap lagu, setiap dialog anak-anak saya boleh hafal dengan cemerlang sekali .. haha.

Tonton Boboiboy di LFS Cinema Kerian Central Mall

Tonton Boboiboy di LFS Cinema Kerian Central Mall
Disebabkan itu, kami menjadi antara yang pertama membeli tiket filem animasi Boboiboy ini di pawagam LFS Parit Buntar. Masa tempah tiket, isteri saya kata masih banyak lagi tempat duduk kosong belum dipenuhi, mungkin sebab kami pilih waktu yang tidak ramai orang mahu menonton filem ini kot ... Tapi, apa yang kami sangkakan meleset sekali.

Pada waktu tayangan, kami terpaksa tukar tiket tempat duduk yang baru memandangkan dewan asal tayangan tidak muat untuk tampung jumlah penonton. Nasib baiklah kami dapat tempat duduk yang selesa, dan ok. Kalau tidak, mau kami minta refund dari pihak LFS.
Tonton Boboiboy di LFS Cinema Kerian Central Mall

Sinopsis Ringkas Boboiboy The Movie

Orait, buat mereka yang belum saksikan filem animasi ini, sedikit sinopsis cerita untuk dikongsikan:

A group of alien treasure hunters named The Tengkotak has arrived on earth and kidnapped Ochobot in order to use him to locate an ancient and powerful “Sfera Kuasa” hiding on earth. BoBoiBoy and his super friends must now race against time to save Ochobot and uncover the secrets behind the “Sfera Kuasa”. Their journey will take them on an adventure filled with action, comedy, and beautiful locales.

Amacam? faham tak sinopsis ringkas filem animasi Boboiboy ni? Saya malas nak translate... huhu.. sinopsis ini diceduk bulat-bulat dari laman web khas Boboiboy The Movie. Secara amnya, filem animasi ini berkisarkan kisah Sfera Kuasa.

Memang best. Saya sendiri akui animasi, kesan-kesan grafik memang terbaiklah dalam filem ini. Anak saya siap kagum lagi. Yang paling menarik ialah kecantikan grafik menggambarkan tempat dan lokasi dalam filem ini. Fuhh .. tak sangka sebuah animasi Malaysia boleh lakukan sebegini hebat setaraf dengan animasi dari Hollywood.
Tonton Boboiboy di LFS Cinema Kerian Central Mall
Tonton Boboiboy di LFS Cinema Kerian Central Mall
Dalam filem ini, anak-anak saya paling teruja apabila Boboiboy dapat beberapa kuasa baru. Daripada Boboiboy kuasa tiga menjadi kuasa lima, dan kemudiannya kuasa tujuh. Semua kuasa adalah elemen alam semulajadi yang hebat-hebat belaka.

[Baca] MAPS Perak - Kampung halaman Boboiboy mulai Julai 2016

Info Watak Filem Animasi Boboiboy The Movie

Sebagai menambah pengetahuan serba sedikit tentang karektor animasi dalam Boboiboy The Movie ini, saya kongsikan juga beberapa fakta berikut:

BoBoiBoy - dibawakan oleh Nur Fathiah bt Diaz
Kuasa elemen: Tanah, Angin, Halilintar, Api, Air

Yaya - dibawakan oleh Nur Sarah Alisya
Kuasa: Manipulas graviti

Ying - dibawakan oleh Yap Ee Jean
Kuasa: Manipulasi masa

Gopal - dibawakan oleh Dzubir Mohd Zakaria
Kuasa: Manipulasi molekul

Fang - dibawakan oleh Wong Wai Kay
Kuasa: Manipulasi bayang-bayang

Ochobot - dibawakan oleh Mohd Fathi b Diaz
Kuasa sfrea generasi kesembilan

Klamkabot
Kuasa sfera generasi pertama

Bora Ra - dibawakan oleh Azman
Kuasa: Lohong hitam

Gaga Naz - dibawakan oleh AG HotFM/KoolFM
Kuasa: Cybernetic Arms

Yoyo Oo - dibawakan oleh Anas Abdul Aziz
Kuasa: Mechamancer

Kikita
Peranan: Pilot

Ciciko
Peranan: Janitor

Papa Zola - dibawakan oleh Nizam Razak
Peranan: Cikgu dan Mentor

Tok Aba - dibawakan oleh  Anas Abdul Aziz
Peranan: Datuk dan Mentor

Adu Du - dibawakan oleh Anas Abdul Aziz
Peranan: Musuh sepanjang zaman Boboiboy

Probe - dibawakan oleh Anas Abdul Aziz
Peranan: Pembantu Adu Du

Jika anda belum menonton, eloklah bawa anak-anak pergi .. seronok dan menghiburkan. Anak-anak pasti akan tidak lepas bercerita kisah ini kepada anda, saban hari termasuk juga pada rakan-rakan mereka. Terbaikkkk ... !!

3 comments.. read them below or add one

aizamia3 aizamia3 March 15, 2016
Memang best. Tak rugi menontonnya. Saya siap surprise kan anak-anak bawak pergi menonton filem ni.. ;)
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah March 18, 2016
Tak berkesempatan lagi nak tengok cerita ni.
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit March 18, 2016
Ramai yang kata best cerita ni.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.