Baru-baru ini saya telah menerima jemputan daripada Santai Travel untuk bersama dengan 20 orang Social Influencers antarabangsa menerusi program Social Influencers Fest 2017 dikelolakan oleh Empayar Awan Biru. Program ini melibatkan bloggers, instagramers dan youtubers dari 10 negara dari pelbagai benua.

Mereka ini dibawakan khas oleh pihak pengelola sempena Social Influencers Fest 2017 (SIF2017) yang telah bermula dari Bagan Datoh, Perak pada 13 Mei 2017. Kehadiran mereka juga adalah untuk mempromosikan Visit Perak 2017 yang disokong oleh Malaysian Inbound Tourism Association (MITA), Tourism Malaysia dan Koridor Utara Malaysia.

Social Influencers Fest 2017 di Bukit Merah Laketown Resort

Social Influencers Fest 2017 #SIF2017 #VisitPerak2017
Saya blogger sepenuh masa yang menetap berhampiran Parit Buntar, dan tidak jauh dari Bukit Merah Laketown Resort telah diberikan kesempatan untuk turut serta ke dalam program ini. Program SIF2017 di Bukit Merah Laketown Resort telah bermula pada 16 Mei 2017 dan berakhir pada 17 Mei 2017.

Aktiviti SIF2017 di Bukit Merah Laketown Resort

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti berkayak di Tasik Bukit Merah, lawatan ke Pulau Orang Utan dan paling menarik ialah merasai aktviti ZipLine di Laketown Adventure Park. Laketown Adventure Park adalah merupakan tarikan terbaru di Bukit Merah Laketown Resort, diperkenalkan secara rasmi pada pertengahan tahun 2016.
Laketown Adventure Park
Saya sempatlah berkenalan dengan rakan-rakan influencers yang datangnya dari merata negara termasuklah Indonesia, Russia, Thailand, Filipina, Canada, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Australia, Jepun, dan Cambodia.

Senarai Social Influencers Dalam SIF2017 VisitPerak2017

  • Astari Ratnadya, Candra Dwiyanto, Endah Kurnia Wirawati dan Yaomi Suhayantmi - Indonesia
  • Avdeev Ruslan dan Berseneva Natalia - Russia
  • Chatchavee Sawadisavee, Pattraporn Tantiwatana dan Pitchaya Phoomsawat - Thailand
  • Glen Puno Santillan - Filipina
  • Isak Kim, Luke Jeong, Seunga Lee dan Yohan Ju - Korea
  • James Kim - Kanada 
  • Ross Bernad - Australia
  • Shoko Taira dan Yuki Noda - Jepun
  • Sotheavy Ruos - Kemboja (Cambodia)
  • Woojong Yi - USA
Kedatangan rombongan influencer untuk mempromosikan Visit Perak 2017 (#VisitPerak2017) telah disambut mesra oleh pihak resort. Sebelum itu, rombongan ini telah berada selama tiga hari di Bagan Datuk, Perak, lokasi bermulanya program ini; dan juga seharian di Perak Agrotourism Resort (PATO).

Kehadiran mereka di Bukit Merah Laketown Resort juga sempena ulangtahun ke 20 resort tersebut yang dibina dan diuruskan oleh MK Land Holdings.

Selain merasai aktiviti yang ada di Bukit Merah, mereka juga telah diraikan dalam satu majlis Makan Malam Gala di perkarangan kawasan taman tema ini. Agak malang sekali, saya tidak dapat hadir untuk majlis makan malam ini atas sebab-sebab tertentu, pun begitu, saya sempat bersama dengan influencers ini untuk aktiviti ke Pulau Orang Utan dan juga aktiviti Zip Line di Adventure Park.

Mari lihat beberapa gambar aktiviti Social Influencers Fest 2017 di Bukit Merah ini ...

Gambar Aktiviti Melawat Pulau Orang Utan

Social Influencers Fest SIF2017 Bukit Merah Laketown Resort
Social Influencers Fest SIF2017 Bukit Merah Laketown Resort
Social Influencers Fest SIF2017 Bukit Merah Laketown Resort
Social Influencers Fest SIF2017 Bukit Merah Laketown Resort
Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort
Pulau Orang Utan, Bukit Merah
Bukit Merah Laketown Resort - Pulau Orang Utan #SIF2017
SIF2017 - Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort
Social Influencers Fest 2017 - Pulau Orang Utan Bukit Merah Resort
Sejujurnya inilah kali kedua saya jejak kaki ke Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort. Kesempatan untuk lihat projek konsevasi spesies ini di Pulau Orang Utan, menampakkan bahawa kerajaan negeri Perak serius memelihara hidupan agar tidak pupus untuk tatapan generasi akan datang.

Rakan-rakan dari luar negara juga kagum dengan apa yang telah dilakukan di Pulau Orang Utan, apatah lagi haiwan ini merupakan ikon hidupan liar di rantau Asia Tenggara. Penempatan Orang Utan di sini menjadikan Perak salah satu destinasi unik, apatah lagi untuk melihat habitat semulajadi Orang Utan secara lebih dekat di Semenanjung Malaysia.

Aktiviti Zip Line di Adventure Park Bukit Merah

Satu lagi aktiviti menarik yang disertai oleh rombongan Social Influencers ini adalah Zip Line. Ia merupakan satu aktiviti dikategorikan sebagai ekstrem memandangkan ia melibatkan kebolehan seseorang untuk berhadapan dengan ketakutan ketinggian, selain kelajuan menuruni kabel.

Disebabkan saya tidak memakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti ini, jadi saya hadir sebagai seorang jurugambar tak bertauliah merakam detik-detik menyeronokkan rakan-rakan Social Influencers ini.

Dengan bantuan mereka yang profesional, taklimat dan demonstrasi ditunjukkan kepada rombongan ini. Tak mahulah sesiapa tercedera ... ye tak? Aspek keselamatan perlu diutamakan walaupun ada di kalangan rombongan Social Influencers ini pernah mencuba aktiviti seumpama sebelum ini.

Terlihat juga rasa takut dan gementar pada sebilangan mereka. Namun, dengan tunjuk ajar dan panduan diberikan oleh kakitangan Adventure Park Bukit Merah, segalanya menjadi mudah dan menyeronokkan.

Gambar Social Influencers Mencuba Zip Line Bukit Merah Adventure Park

Jom layan beberapa gambar aktiviti Zip Line ini yang sempat saya rakamkan.
Social Influencers Fest SIF2017 Bukit Merah Laketown Resort
Adventure Park Bukit Merah Laketown
Bukit Merah Adventure Park 2017
Zip Line Bukit Merah Adventure Park
Zip Line Bukit Merah Adventure Park
Social Influencers Fest SIF2017 Bukit Merah Laketown Resort
Social Influencers Fest SIF2017 Bukit Merah Laketown Resort
Menarik tak? Habis je aktiviti ni, semua ahli rombongan nampak sangat seronok, malah ada yang mahu buat sekali lagi. Tetapi, disebabkan jadual ketat dan cuaca yang agak panas, pihak penganjur, Empayar Awan Biru tidak membenarkannya. Mungkin mereka perlu kembali lagi selepas ini ... :)

Memang banyak cerita menarik sepanjang Social Influencers Fest 2017 ini. Tujuannya adalah untuk mempromosikan negeri Perak sempena Visit Perak 2017 yang memang kaya dengan aktiviti AgroPelancongan (AgroTourism).

Aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort adalah hanya sebahagian daripada program 10 hari Social Influencers Fest. Ada banyak aktiviti lain, termasuklah bermalam di Homestay Bagan Datuk (dulunya Bagan Datoh), bermalam dan merasai aktiviti di Hutan Royal Belum, Perak dan melawat tempat tumpuan pelancong sekitar Ipoh.

Anda boleh baca rentetan pengalaman ini menerusi blog rakan blogger dari Filipina Glen Puno Santillan di Escape Manila (siri 1 dari 7).

Boleh juga melihat banyak gambar menarik aktiviti SIF2017 di laman Bliss Out There, oleh rakan blogger dari Thailand Pitchaya Phoomsawat.

#SIF2017 #VisitPerak2017 #TourismMalaysia #MITA #EmpayarAwanBiru #DekatJer #MalaysiaTrulyAsia


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

1 Komen :

kiranya ni dah wakil Malaysia la ni jadi social influencer..whoaa

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.