18 Julai 2017

Medan Selera Kontena, Tarikan Baru di Sabak Bernam

Medan Selera Bentuk Kontena di Sabak Bernam. Saya dapat rasakan ramai yang tidak tahu kewujudan medan selera ini. Saya menjumpai Medan Selera Kontena ini semasa saya bermalam di Sabak Bernam, di hari raya ketiga Aidil Fitri 2017. Ia terletak bersebelahan dengan hotel bajet tempat saya menginap di Pekan Sabak.

Medan Selera Kontena ini masih baru, maka sebab itulah ramai orang yang tidak tahu kewujudannya. Malah, ada di kalangan penduduk setempat pun tidak sedar akan kewujudan medan selera ini.

Medan Selera Kontena Sabak Bernam

Medan Selera Kontena Sabak Bernam
Medan Selera Kontena Sabak Bernam
Lokasinya adalah bersebelahan dengan panggung wayang lama RIO yang kini sudah bertukar menjadi sebuah hotel bajet Dragon Inn. Dan sebenarnya restoran Medan Selera Kontena ini diuruskan oleh syarikat yang sama memiliki Hotel Dragon Inn.

Tak Berpeluang

Saya cadangnya nak merasailah apa menu istimewa yang ada di restoran ini. Tetapi malangnya, saya diberitahu oleh kakitangan hotel bahawa Medan Selera Kontena ini masih belum dibuka lagi, sempena cuti panjang perayaan Aidil Fitri.
[Dah Baca?] Mandi Kolam di Firefly Park Resort, Kuala Selangor
Jadi, dari situ saya cuma boleh katakan bahawa tentunya restoran atau medan selera ini 'dihuni' oleh mereka yang beragama Islam, yang sudah tentu menjual makanan-makanan halal orang Islam.

Ini cuma anggapan sahaja.

Disebabkan saya cuma bermalam sehari sahaja di Hotel Dragon Inn ini, maka saya tak dapatlah nak kongsikan kepada anda pengalaman makan minum di Restoran Medan Selera Kontena ini. Agak malang juga sebab dah sampai, dan berada dekat .. tetapi tak berpeluang nak buat review ringkas mengenainya.
Restoran Medan Selera Kontena
Pun begitu, dari segi konsep ... saya suka dengan apa yang dibuat. Yelah, konsep makanan dijual dari kontena, ia baru bagi saya. Kalau hotel dan tempat penginapan kontena tu, dah banyak dan memang berlambak wujud di sekitar daerah Tanjung Karang dan Kuala Selangor.

Mungkin ada kesempatan di lain waktu, saya dan keluarga boleh mencuba apa yang disajikan di Restoran Medan Selera Kontena ini.

Jika anda ada pengalaman makan di sini, kongsikan di ruangan komen ye.

Moga bermanfaat.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

4 Komen

Satu inovasi yang tak kurang hebatnya

kalau di Putrajaya ada 1. tapi tak [ernah try lagi..


EmoticonEmoticon