Bijak Temuduga

Bersantai Satu Jam di Firefly Park Resort Kuala Selangor

Berkesempatan Bersantai Sejam di Firefly Park Resort, Kuala Selangor - Ada Chalet Atas Air, Kolam Mandi serta Jeti Untuk Lihat Kelip-Kelip

Bersantai selama sejam di Firefly Park Resort, Kuala Selangor. Woot...woot tak sangka kami sekeluarga sampai ke tempat ni. Satu persinggahan singkat tanpa dirancang. Atas cadangan isteri saya yang memang rajin cari destinasi menarik, maka tersampailah kami ke Firefly Park Resort, yang terletak di Kuala Selangor.

Firefly Park Resort ini dikenali kerana adanya penginapan chalet atas air, kemudahan kolam mandi yang besar serta pakej untuk melihat kelip-kelip di Kuala Selangor. Isteri saya dapat tahu apabila ada seseorang berkongsi pengalaman mereka di laman sosial.

Berkesempatan Bersantai Sejam di Firefly Park Resort, Kuala Selangor

Firefly Park Resort, Kuala Selangor
Berkesempatan Bersantai Sejam di Firefly Park Resort, Kuala Selangor
Tak dirancang. Asal perjalanan adalah untuk menghantar emak saya pulan ke Kuala Lumpur. Kebetulan pula di hari raya (2017) ketiga, ada kenduri perkahwinan di Sabak Bernam. Jadi, saya pun bawa sekali emak saya bersama, berjanji dengan adik saya dari Kuala Lumpur untuk mengambil emak saya di Bukit Melawati.

Adik saya tak dapat pulang beraya kali ini disebabkan tugasnya sebagai seorang pegawai polis trafik di Kuala Lumpur. Jadi, adik saya cuma dapat bawa emak saya pulang ke kampung seminggu lebih awal sebab dapat cuti dalam bulan puasa. Maka, emak saya kali ini berpeluang berpuasa selama seminggu di rumah Batu Gajah, Perak.

Sempatlah saya bawa emak saya beraya rumah sanak sedara di hari raya pertama tu, dalam tempoh yang terhad. Kesian mak saya tu .. huhu.

Boleh tengok gambar kami sekeluarga beraya dalam post - Gambar Raya 2017 Dengan Tema Purple Barney

Orait.

Singgahan Tak Dijangka - Tanpa Plan

Bila dah tiba di Kuala Selangor tu, terus tukar plan. Dah terkeluar cakap kat anak-anak ada tempat mandi best di Kuala Selangor, jadi tak mahu hampakan mereka ... saya pun bawalah mereka ke Firefly Park Resort ni.
Berkesempatan Bersantai Sejam di Firefly Park Resort, Kuala Selangor
Chalet di Firefly Park Resort, Kuala Selangor
Isteri saya beritahu kat biras akan pertukaran tempat berjumpa. Dan alhamdulillah, adik saya tak ada masalah dengan perancangan yang tergesa bertukar tu. Mulanya, risau juga takut-takut mood adik saya tu tak berapa nak ok .. huhu .. tapi, semuanya berjalan baik je.

Guna Waze Untuk Cari Lokasi

Hmm ... susah juga nak mencari tempat ni pada awalnya. Firefly Park Resort tak ada dalam Google Map (mungkin time anda baca ni dah wujud kot). Nasib baik saya ada Waze. Dalam Waze, ada pula nama tempat ni .... jadi, mudahlah kami mencarinya walaupun agak sukar kami nak ingat jalan yang telah dilalui.

Akhirnya sampai juga kami sekeluarga. Saya dan anak-anak bersama emak saya tinjau-tinjaulah tempat ni. Hmmm ... ramai weihhh orang mandi manda kat kolam besar yang ada di depan chalet Firefly Park Resort ni. Kolam mandi memang luas dan memanjang.

Semasa kami singgah santai ni, ramai pengunjung yang memenuhkan ruang adalah rakyat Malaysia yang berbangsa India. Mungkin kerana lokasi Firefly Park Resort ni berdekatan dengan ladang kelapa sawit, dan dalam hari cuti.
Chalet dan Kolam Mandi di Firefly Park Resort, Kuala Selangor
Agak lama juga anak-anak saya memerhati keadaan sekeliling. Kami bersiar ke dalam kawasan chalet, dan dapati kawasan dikelilingi oleh air payau dari sungai berhampiran. Tak pasti pula air apa. Uhh ada ikan weihhh ...

"Abah .. leh pancing tak dari chalet?" tanya Zikri.
"Bolehlah kot .. sebab chalet ni atas kolam ni ..." jawab saya.

Kami nampak banyak ikan haruan, ikan sepat, ikan talapia dan juga kap berada di dalam kolam yang di atasnya adalah chalet-chalet batu bersetengahkan papan.

Kalau anda lihat pada gambar, nampak macam air sekeliling chalet seakan dalam, tapi sebenarnya ia cetek je. Penuh selut. Pada jangkaan saya, kedalaman setakat bawah lutut je kot.

Akhirnya Anak-Anak Terjun Kolam

Lebih kurang 15 minit dok memerhati je, akhirnya dua anak saya, Zikri dan Maira ambil keputusan untuk mandi di kolam Firefly Park Resort ni. Hahahaa .. lama benor memikir ...mungkin tak tahan tengok air kolam yang nampak sejukkkkk dan riuh rendah pengunjung bermandi-manda riang ria ..haha.

Keadaan cuaca pun, ketika itu memang panas. Kalau saya ada bawa baju mandi, saya pun dah ikut sekali terjun ke dalam kolam mandi Firefly Resort Park tu .. hehee. Amri lak, tak nak mandi ... manakala isteri saya dengan baby Najmi lebih selesa menunggu di dalam kereta.
Kolam renang di Firefly Park Resort, Kuala Selangor
Berkesempatan Bersantai Sejam di Firefly Park Resort, Kuala Selangor
Mandi di kolam mandi Firefly Park Resort, Kuala Selangor
Tak lama selepas dua beradik terjun masuk ke dalam kolam mandi ditemani oleh emak saya dan Amri di tepi kolam, adik saya dari Ampang pung sampai ke lokasi. Jenuh katanya mencari tempat ni .. walhal katanya tak susah pun kalau dah tahu jalan... haha .. sesat larat katanya sebelum tiba ke destinasi.

Sejam kot rasanya berada di Firefly Park Resort ni. Zikri dan Maira kata .. dah puas mandi. Tak nak dah .. terus salin baju dalam kereta. Haiyaa ... ntah macamana tandas kat situ berkunci pula. Office yang ada di depan resort pun tak buka, dan tak nampak macam beroperasi sangat.

Masa kami masuk ke kawasan kolam mandi pun, tak nampak orang minta bayaran atau tiket masuk ... huhu ...mandi free gitu.

Selepas pindahkan barang emak saya termasuk kuih-kuih raya ke dalam bonet kereta adik saya, kami pun merancang untuk makan-makan di kedai atau restoran berhampiran. Adik saya yang lead ...

Beraya Tepi Jalan ...

Malang. Tak ada restoran yang buka ketika tu. Hmm alamatnya beraya di tepi jalan je la dengan adik dan ipar saya, termasuk dua orang anak kembar mereka. Setakat salam-salam dan beri duit raya je kat anak-anak.

Abis.

Perjalanan seterusnya ialah untuk check-in masuk ke hotel bajet di pekan Sungai Besar. Manakala isteri saya ada plan lain, untuk beraya dengan rakan-rakan sekolah rendah lama dia (SSU Sungai Besar).

Gitulah. Sejam je lepak santai di Firefly Park Resort. Dapat cerita keadaan sekeliling sahaja. Mulanya nak cuba menginap di situ, tetapi atas nasihat beberapa rakan, kami batalkan niat. Lagipun, saya nampak potensi kawasan tu akan ada banyak nyamuk dan tak berapa baguslah untuk baby Najmi nanti.

Mungkin anda nak cuba, boleh try tengok offer menginap di Firefly Park Resort di Agoda atau Traveloka. Sebab hari tu, ada check di Agoda, harganya agak menarik juga ... bolehlah nanti layan kolam mandi puas-puas yang letak tak jauh pun dari pintu bilik chalet .. huhu.


COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Nama

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,42,Advertorial,112,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,7,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,3,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,360,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,7,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,24,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,278,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,18,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,46,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,64,Holiday Tips,2,Homestay,1,Hotel,10,House Husband,631,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,579,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,29,Kekeluargaan,64,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,76,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,242,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,13,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,306,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,12,Pendapat,34,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,47,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,23,petua kehidupan,7,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,49,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,475,Semesti,2,SENI,3,Shopping,101,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,11,Tempat Menarik,167,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,87,Tips Blogging,308,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,50,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,33,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,100,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE: Bersantai Satu Jam di Firefly Park Resort Kuala Selangor
Bersantai Satu Jam di Firefly Park Resort Kuala Selangor
Berkesempatan Bersantai Sejam di Firefly Park Resort, Kuala Selangor - Ada Chalet Atas Air, Kolam Mandi serta Jeti Untuk Lihat Kelip-Kelip
https://3.bp.blogspot.com/-y_hqR70OK4s/WV52NNYl6JI/AAAAAAAAhsc/IWGW81auT_AfRu_Go-_gdsfuAVOkfnjBACLcBGAs/s1600/taman-kelip-kelip-bukit-belimbing-tanjung-karang.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-y_hqR70OK4s/WV52NNYl6JI/AAAAAAAAhsc/IWGW81auT_AfRu_Go-_gdsfuAVOkfnjBACLcBGAs/s72-c/taman-kelip-kelip-bukit-belimbing-tanjung-karang.jpg
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE
http://www.hasrulhassan.com/2017/07/bersantai-firefly-park-resort-kuala-sel.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/07/bersantai-firefly-park-resort-kuala-sel.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy