Tempah Hotel Bajet Dragon Inn, Sabak Bernam Menerusi Expedia.com

Pengalaman Menginap di Hotel Bajet Dragon Inn Sabak Bernam, Tempah Secara Online Menerusi Expedia

Hotel Dragon Inn, Sabak Bernam. Saya fikir mesti ramai warga Sabak Bernam, Selangor tidak ketahuan akan kewujudan sebuah hotel bajet di pinggiran pekan ini. Ia sebuah hotel bajet yang baru sahaja dibuat ubahsuaian untuk dijadikan sebuah hotel.

Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk menginap di hotel bajet ini semasa datang berhari raya dan untuk penuhi undangan satu kenduri perkahwinan di Sabak Bernam, Selangor. Tempahan dilakukan menerusi laman web Expedia.com.

Pengalaman Menginap di Hotel Bajet Dragon Inn Sabak Bernam

Pengalaman Menginap di Hotel Bajet Dragon Inn Sabak Bernam
Hotel Dragon Inn, asalnya sebuah panggung wayang lama yang ditinggalkan. Ia kemudian diambil-alih oleh pihak Majlis Daerah Sabak Bernam dan dijadikan sebuah Pusat Seminar Mini Sabak Bernam atau Sabak Bernam Mini Convention Center, bermula Jun 2010.
Pusat Seminar Mini Sabak Bernam, Selangor
Bangunan dengan ciri-ciri kolonial ini walaubagaimanapun diambil-alih oleh sebuah syarikat, lalu dijadikan sebuah hotel bajet untuk kemudahan penginapan pelancong luar yang datang ke Sabak Bernam.

Lokasi Strategik di Pekan Sabak

Lokasi hotel ini boleh dianggap agak strategik kerana berdekatan dengan deretan kedai makan, dan bertentangan dengan sebuah taman rekreasi, selain beberapa pasaraya kecil menjual barang keperluan. Kedai 24 jam juga berdekatan dengan hotel ini.

Hotel bajet ini juga dikenali kerana adanya Restoran Kontena yang terletak bersebelahan, yang juga dimiliki dan diuruskan oleh syarikat yang sama menguruskan Dragon Inn Sabak Bernam.

Keadaan Bilik Hotel Dragon Inn

Ruang bilik Hotel Dragon Inn, Sabak Bernam
Bersesuaian dengan ciri sebuah hotel bajet, saiz bilik memang kecil, cuma 16 kaki persegi untuk bilik standard. Kami telah menempah sebuah bilik Deluxe Double dengan satu katil besar. Bilik kami pula bolehlah dianggap strategik sebab mengadap medan makan dan juga taman rekreasi, dan jalan masuk hotel.

Walaupun ia sebuah hotel bajet, semua perkara asas untuk tetamu hotel memang baik, termasuklah wifi percuma dan juga saluran TV satelit. Bilik air juga disediakan mandian pancuran air panas. Bilik air memang bersih.

Hotel yang bersih namun mempunyai jumlah bilik yang terhad. Ada bilik seminar yang agak besar di hotel bajet ini - uhhh malah bilik seminarnya lebih besar daripada kebanyakan bilik seminar hotel yang pernah saya lihat. Ini mungkin disebabkan struktur hotel ini yang asalnya adalah sebuah panggung wayang.


Ada Tiga Jenis Bilik

Hotel Dragon Inn mempunyai tiga jenis bilik sahaja, iaitu Standard Quadruple Room, Deluxe Double, dan Deluxe Family. Harga penginapan pula bermula dari MYR64 (tidak termasuk cukai) menerusi laman web tempahan hotel online, Expedia.

Hari tu, saya tempah bilik hotel jenis Deluxe Double, sebab hanya jenis itu sahaja yang kekosongan ketika itu. Harga bilik selepas dikenakan cukai adalah MYR95.01 (MYR81.48 + cukai MYR13.53).

Dah cari kat Trivago, Agoda dan Traveloka .. tapi tak ada pula hotel ni. Saya tengok di Expedia pun baru je dimasukkan. Hotel ini terletak di Jalan Tebedu, Pekan Sabak ... in Sha Allah senang nak jumpa walaupun dalam Waze tak jumpa lokasi disebutkan.
Boleh lihat butiran hotel ini di sini - Expedia Dragon Inn, Sabak Bernam
Dalam Waze atau Google Map, anda perlu search 'Sabak Bernam Mini Convention Center' baru boleh jumpa. :)
Tempah hotel bajet Sabak Bernam
Pada saya, hotel ini kira okaylah untuk penginapan melepaskan lelah dan letih. Oh ya, tahap keselamatan di hotel ini agak ketat sedikit dari segi nak keluar masuk hotel. Anda tak boleh sesuka hati nak keluar masuk selepas jam 12 tengah-malam sebab pintu hotel akan dikunci dari dalam oleh pengawal yang bertugas.

Jika anda nak keluar selepas jam 12 tgh malam, anda perlu maklumkan terlebih dahulu.

Memandangkan saiz bilik yang agak kecil, yang tak mampu nak tampung kami lima beranak, maka terpaksalah bentang Toto .... sib baik ada ruang lagi. Alhamdulillah, masih ada ruang lagi untuk tunaikan sholat di dalam bilik hotel bajet ini walaupun satu bahagian bilik tu kami bentangkan Toto untuk tidur.
Pengalaman Menginap di Hotel Bajet Dragon Inn Sabak Bernam
Agak mengagumkan juga, sebuah panggung wayang lama dijadikan dan bertukar menjadi sebuah hotel bajet yang kelihatan moden, walaupun banyak perkara boleh diperbaiki. Pun begitu, dah nama pun hotel bajet ... jadi, agak-agaklah kemudahan yang ada ye .. huhu..

Parking percuma dan mudah ... itu penting, selain tempat makan yang berdekatan tak susah nak cari.

Semoga info dan sedikit perkongsian ini bermanfaat.

Kredit Gambar: BASE

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,121,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,362,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,300,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,87,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,293,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,348,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,59,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,95,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,35,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: Tempah Hotel Bajet Dragon Inn, Sabak Bernam Menerusi Expedia.com
Tempah Hotel Bajet Dragon Inn, Sabak Bernam Menerusi Expedia.com
Pengalaman Menginap di Hotel Bajet Dragon Inn Sabak Bernam, Tempah Secara Online Menerusi Expedia
https://1.bp.blogspot.com/-DaHD_xXWcgY/WWNndJaqiFI/AAAAAAAAiHs/5okrhAtmtmYSKD_rg05wLqWTQVSKI0HnwCLcBGAs/s1600/hotel-dragon-sabak-bernam-selangor.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-DaHD_xXWcgY/WWNndJaqiFI/AAAAAAAAiHs/5okrhAtmtmYSKD_rg05wLqWTQVSKI0HnwCLcBGAs/s72-c/hotel-dragon-sabak-bernam-selangor.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/07/hotel-bajet-dragon-inn-sabak-bernam.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/07/hotel-bajet-dragon-inn-sabak-bernam.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy