Bantuan Khas Raya 2017 Kakitangan Awam. Isteri saya tiba-tiba bersuara .. "alhamdulillah, abang .. dapat bantuan raya RM500 la". Uhh saya tak nak terlalu gembira walaupun saya bukan kakitangan awam. Benda begini selalu jadi viral tak tentu pasal. Perlu kesahihan sebab ramai kakitangan awam yang mahu tahu.

Sah. Bantuan khas Raya 2017 untuk kakitangan awam sebanyak RM500 akan diberikan sebelum 9 Jun 2017. Saya telah merujuk pada laman FB Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab soal gaji dan bonus kakitangan awam ni.

Bantuan Khas Raya Aidilifitri 2017 RM500 Untuk Kakitangan Awam

Bantuan Khas Raya 2017 Kakitangan Awam
Berikut adalah siaran media yang dikeluarkan berkenaan bantuan khas kewangan untuk Hari Raya Aidilfitri 2017 buat kakitangan dan pejawat awam seluruh Malaysia.

SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya

2 Jun 2017
.
Alhamdulillah, ia berita sangat gembira buat kakitangan awam di Malaysia yang sebenarnya memang lama menantikan pengumuman ini. Agak mustahil untuk pihak kerajaan menidakkan keperluan kakitangan awam tatkala menjelang Hari Raya.

Pemberian bantuan khas Raya 2017 oleh kerajaan ini pastinya akan membantu dan melegakan hati bukan sahaja kakitangan awam tetapi juga pesara kerajaan yang menerima RM250. Uhh emak saya pasti akan senyum lebar, apatah lagi bayaran BR1M turut diberikan dalam tempoh yang sama.

Nampaknya untuk sebilangan besar kakitangan dan penjawat awam, raya tahun ni mungkin sedikit meriah kerana gaji pun masuk awal sama dengan bantuan khas raya ni .. hehee...

Sebagai seorang suami kepada seorang kakitangan dan penjawat awam, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan terutama Kementerian Kewangan atas pemberian bantuan khas untuk Aidilfitri 2017 ini. Syukur. 

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

10 Komen

alhamdulillah..syukur dapat duit raya..

Reply

syukurlah kpd Allah yg membuka hati PM utk bagi duit raya kpd kami..

Reply

Alhamdulillah, orang pencen leh dapat dua .. skali ngan BR1M

Reply

Syukur mana2 yang diberi..

Reply

Salam.. ok, pada pndapat sya la kan, kita sebagai rakyat marhaenn ni bersyukur dengan apa yang ada dan kalau ada lebih mcm ni kan kira rezeki lebih la kan...huhuuuuuu

Reply

Alhamdulillah rezeki utk kakitangan awam tapi yg sedihnya dpt 500 harga barangan keperluan pun naik jugak...huhu

Reply

Alhamdulillah

Beban boleh berkurangan sedikit..

Reply

Untungnya adik saya. Orang kerajaan je. Kita, sendu. hahah ..

Reply

Alhamdulilah. Jom usha blog saya ��

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.