Jadual pembayaran gaji 2017 untuk kakitangan awam telahpun dikeluarkan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara. Jadual pembayaran gaji kakitangan awam untuk tahun 2017 telah dikeluarkan menerusi satu surat pekeliling Jabatan Akauntan Negara Bilangan 4 Tahun 2016 (SPANM Bil 4/2016) bertarikh 28 November 2016.

Untuk kakitangan awam, anda bolehlah jadikan jadual gaji ini sebagai rujukan dan panduan untuk anda merancang perbelanjaan pada tahun 2017. Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini, bijaksana dalam pengurusan kewangan dan ekonomi adalah penting. Perlu bijak supaya kakitangan awam ada simpanan dan juga pelaburan.

Jadual Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam

Berikut adalah jadual pembayaran gaji untuk kakitangan awam bagi tahun 2017 sepertimana yang telah dinyatakan dalam pekeliling SPANM Bil 4/2016 Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Jadual Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam
Tak berapa jelas? Boleh lihat pada jadual yang telah saya sediakan di bawah ini ..


Bulan GajiTarikh Terima GajiHari Catatan
Januari19 Januari 2017KhamisTahun Baru Cina 28 - 29 Januari
Februari23 Februari 2017Khamis
Mac23 Mac 2017Khamis
April25 April 2017Selasa
Mei25 Mei 2017Khamis
Jun15 Jun 2017KhamisHari Raya Aidilfitri 25-26 Jun
Julai25 Julai 2017Selasa
Ogos24 Ogos 2017Khamis
September25 September 2017Isnin
Oktober11 Oktober 2017RabuDeepavali 18 Oktober
November23 November 2017Khamis
Disember21 Disember 2017Khamis

Ok? Cuba lihat pada tarikh-tarikh pembayaran gaji kakitangan awam tersebut .. sekrang anda tahu bila masa nak kena berjimat cermat, dan bila masa kakitangan awam akan terima gaji awal.
[Baca] Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas oleh Syukor Hashim
Untuk pembayaran 'bonus' kakitangan awam, bayaran akan diterima pada 3 Januari 2017, sepertimana terkandung di dalam pekeliling SPANM Bilangan 3 Tahun 2016.

Oh ya, bila dah tahu jadual gaji ni, bolehlah anda merancang untuk bercuti bersama keluarga ... :) dan saya syorkan anda untuk guna kelebihan sebagai seorang kakitangan awam untuk tempah Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang khas untuk anda, anda boleh dapat sewa bilik, sewa sebuah apartment mahupun sebuah banglo (dengan 3-6 bilik) dengan harga serendah RM50 - RM250 semalam! Info lanjut boleh baca post ini - Tempahan RPP Khas Kakitangan Awam Dibuka Untuk Tahun 2017

Semoga dimanfaatkan sebaiknya informasi ini.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih atas share ni. sebenarnya jadual ini jugak untuk mereka yang berniaga untuk menetapkan strategi marketing mereka. Sangat berguna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, memang itu tujuan saya selain nak berikan info panduan pada kakitangan kerajaan yang lainnya.

      Padam
  2. Ujung bulan je akan keluarlah jadual pembayaran gaji utk penjawat awam nie.. hehehe

    BalasPadam
  3. nampak jadual ni awal ya June tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement