Bantuan Khas Raya 2017 Kakitangan Awam. Isteri saya tiba-tiba bersuara .. "alhamdulillah, abang .. dapat bantuan raya RM500 la". Uhh saya tak nak terlalu gembira walaupun saya bukan kakitangan awam. Benda begini selalu jadi viral tak tentu pasal. Perlu kesahihan sebab ramai kakitangan awam yang mahu tahu.

Sah. Bantuan khas Raya 2017 untuk kakitangan awam sebanyak RM500 akan diberikan sebelum 9 Jun 2017. Saya telah merujuk pada laman FB Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab soal gaji dan bonus kakitangan awam ni.

Bantuan Khas Raya Aidilifitri 2017 RM500 Untuk Kakitangan Awam

Bantuan Khas Raya 2017 Kakitangan Awam
Berikut adalah siaran media yang dikeluarkan berkenaan bantuan khas kewangan untuk Hari Raya Aidilfitri 2017 buat kakitangan dan pejawat awam seluruh Malaysia.

SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya

2 Jun 2017
.
Alhamdulillah, ia berita sangat gembira buat kakitangan awam di Malaysia yang sebenarnya memang lama menantikan pengumuman ini. Agak mustahil untuk pihak kerajaan menidakkan keperluan kakitangan awam tatkala menjelang Hari Raya.

Pemberian bantuan khas Raya 2017 oleh kerajaan ini pastinya akan membantu dan melegakan hati bukan sahaja kakitangan awam tetapi juga pesara kerajaan yang menerima RM250. Uhh emak saya pasti akan senyum lebar, apatah lagi bayaran BR1M turut diberikan dalam tempoh yang sama.

Nampaknya untuk sebilangan besar kakitangan dan penjawat awam, raya tahun ni mungkin sedikit meriah kerana gaji pun masuk awal sama dengan bantuan khas raya ni .. hehee...

Sebagai seorang suami kepada seorang kakitangan dan penjawat awam, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan terutama Kementerian Kewangan atas pemberian bantuan khas untuk Aidilfitri 2017 ini. Syukur. 

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alhamdulillah..syukur dapat duit raya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, orang pencen leh dapat dua .. skali ngan BR1M

      Padam
    2. Alhamdulilah. Jom usha blog saya ��

      Padam
  2. syukurlah kpd Allah yg membuka hati PM utk bagi duit raya kpd kami..

    BalasPadam
  3. Salam.. ok, pada pndapat sya la kan, kita sebagai rakyat marhaenn ni bersyukur dengan apa yang ada dan kalau ada lebih mcm ni kan kira rezeki lebih la kan...huhuuuuuu

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah rezeki utk kakitangan awam tapi yg sedihnya dpt 500 harga barangan keperluan pun naik jugak...huhu

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah

    Beban boleh berkurangan sedikit..

    BalasPadam
  6. Untungnya adik saya. Orang kerajaan je. Kita, sendu. hahah ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement