Langkau ke kandungan utama

Muat Turun Panduan Adsense & Mula Jana Income USD Menerusi Blog

Anda sudah muat turun Panduan Adsense Revive untuk blogger tak? Kenapa tidak? Ia adalah peluang untuk anda jana income secara mudah hanya dengan meletakkan kod iklan Adsense ke dalam blog anda. Anda akan terima income USD setiap bulan tanpa gagal apabila melepasi USD100.

Adsense sudah lama bertapak di internet. Ia merupakan medium pengiklanan online paling popular, malah digunakan meluas di enjin carian, di laman web, blog, laman YouTube, Google Play .. malah aplikasi yang anda muat turun di telefon pintar pun, anda akan nampak iklan Adsense ini.

Muat Turun Panduan Adsense dan Mula Jana Income USD Menerusi Blog

Muat Turun Panduan Adsense Mula Jana Income USD
Saya acapkali kongsikan kepada anda betapa bestnya dapat menjana income USD menerusi blog yang kita kemaskini setiap hari, setiap minggu. Anda buat apa yang anda minat, dan anda dibayar. Syaratnya mudah, anda perlu letakkan kod iklan atau banner iklan dari Google Adsense.

Berbanding dengan kebanyakan medium iklan lain di Malaysia, Adsense bayar anda dalam nilai USD. Dan ia dilakukan secara automatik setiap bulan terus ke akaun bank anda.

Kenapa Gagal Dalam Permohonan Adsense?

Mungkin ramai yang dah tahu mengenai Adsense, tetapi masih gagal dalam permohonan. Walaupun Adsense telah membenarkan blog-blog berbahasa Melayu untuk memohon Adsense, tetapi ramai penulis dan pemilik blog yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan akaun Adsense secara percuma.
[Dah Baca?] 4 Perkara Penting Sebelum Memohon Adsense
Masalah dan punca utama kegagalan ini adalah:

  • Konten blog tidak mencukupi
  • Blog tidak mesra pengunjung - masalah navigasi
  • Blog tidak terima trafik yang baik dari Google atau enjin carian
  • Blog lambat loading
  • Blog ada masalah dengan terma serta polisi Adsense
  • Blog tidak mesra mobile


Pun begitu, ramai yang sebelum ini gagal memohon Adsense telah berjaya mendapatkannya.

Bagaimana?

Sebab mereka menggunakan ilmu dan pengetahuan betul untuk memohon Adsense.
Cara Dapatkan Akaun Adsense
Kegagalan ramai penulis dan pemilik blog mendapatkan akaun Adsense penuh adalah kerana mereka kurang faham apa yang dikehendaki oleh pihak Google Adsense. Banyak syarat dan terma dilanggar tanpa sedar.

Apa Maksud Kekurangan Konten atau Tidak Mencukupi?

Ada yang membuat blog, dan memohon Adsense, tetapi ditolak permohonannya kerana kekurangan konten. Apa yang dimaksudkan oleh Adsense ialah, kekurangan konten yang membolehkan iklan Adsense dipaparkan .. bukan kerana jumlah post yang telah anda terbitkan.

Blog anda mungkin ada 1000 blog post yang telah diterbitkan. Tetapi daripada 1000 post tersebut, adakah 50% daripada itu mendapat trafik dari Google atau enjin carian? Adakah daripada 1000 post tersebut, lebih 50% adalah entri yang mempunyai nilai kepada orang lain? Bagaimana dengan kata kunci yang masuk ke blog anda?

Jika anda melihat jumlah trafik masuk ke blog tinggi disebabkan kata kunci yang dilarang dalam terma dan polisi Adsense, ia adalah antara sebab kenapa permohonan Adsense anda ditolak.
[Dah Baca?] 9 Tips Adsense Asas Untuk Diikuti
Sebab itulah, saya syorkan kepada semua rakan blogger dan penulis blog baharu untuk muat turun panduan Adsense revive 2017 yang disediakan oleh salah seorang sahabat dan sifu saya dalam dunia blog Malaysia iaitu tuan Shamsuriyadi.

Mahu Dapatkan Akaun Adsense Penuh?

Beliau telah terbitkan sebuah panduan yang sangat bagus terutama untuk blogger baru (newbie) yang mencari cara untuk mula menjana income menerusi blog. Malah untuk blogger lama pun bagus dijadikan rujukan supaya mengoptimakan Adsense untuk lebih income....
Bagaimana Nak Optimasikan Income Adsense
Jika anda serius nak tahu ilmu dan pengetahuan berkaitan Adsense ini, dan mahu mula jana income USD menerusi blog, boleh dapatkan panduan ini yang dijual secara online di sini - Tempahan Online Panduan Adsense 2017

Peluang untuk anda ketahui cara, tips, dan teknik betul memohon akaun Adsense.


Komen Pembaca ...