4 Perkara Penting Sebelum Memohon Google Adsense

Perkara penting sebelum memohon Google Adsense. Ok. Ramai rakan blogger yang masih lagi gagal mendapatkan akaun penuh Google Adsense. Ya, Google Adsense memang susah nak apply, terutama untuk blogger Malaysia yang lebih 90 peratus menghasilkan blog berbahasa Melayu. Walaupun pihak Google Adsense telah menyatakan bahawa bahasa Melayu bukan lagi aspek untuk reject permohonan, tetapi ramai blogger yang masih hadapi masalah kelulusan Google Adsense.

Ada empat perkara penting sebelum seorang blogger dengan blog berbahasa Melayu mula atau cuba memohon mendapatkan akaun Google Adsense ini. Mungkin ada yang dah baca mengenai 7 Sebab Permohonan Adsense Blog Bahasa Melayu Ditolak
Tips Lulus Google Adsense Blog Bahasa Melayu

Perkara-Perkara Penting Sebelum Memohon Google Adsense

Ok. Sebelum itu, saya nak beritahu dengan ikhlas lagi benar mengenai income Adsense yang saya peroleh. Saya bukanlah seperti sesetengah blogger yang dah berjaya jana income USD1000 - USD2000 sehari menerusi Google Adsense. Maaf, saya bukan blogger tersebut, dan maaf kerana kenyataan dan realiti ini mengecewakan anda... hehehe

Tetapi saya merupakan salah seorang blogger Malaysia yang menggunakan platform Google Adsense di dalam blog-blog saya untuk menjana income dengan mudah (tanpa modal). Buat masa ini, income sehari menerusi blog - dengan perletakkan iklan Google Adsense hanyalah sekitar USD10-USD20 setiap hari, jauh berbeza dengan beberapa orang blogger hebat lagi terkenal yang telah berjaya jana income mudah ini sekitar USD100-USD500 setiap hari, malah ada yang boleh melakukannya sehingga berjaya menjana income Google Adsense USD1000 - USD2000 setiap hari.
Saya dah merasa duit dari Google Adsense. Saya pernah bercerita mengenai pengalaman saya menerima cek pertama Google Adsense, yang incomenya dikumpul sejak 2008. Saya juga pernah bercerita mengenai proses-proses in out iklan Google Adsense di dalam blog saya, bagaimana saya buat appeal bila blog kena banned Adsense, bagaimana saya dapatkan akaun Google Adsense di YouTube, dan bagaimana saya lakukan penambahbaikan untuk Google Adsense terima blog bahasa Melayu saya kembali.

Saya bukan pakar, tetapi saya baca panduan Jana Wang Adsense sebagai langkah-langkah pencarian ilmu berkaitan bagaimana nak menjana dan mendapat income menerusi Google Adsense. Dari situ, saya ketahui beberapa teknik penting bagaimana nak buat duit menerusi platform ini. Tetapi itulah, setiap orang akan ada alasannya sendiri, mengapa tidak saya berjaya dapatkan USD1000 sehari seperti blogger lain?

Di bawah ini adalah salah satu contoh blog kendalian saya yang menjana income menerusi Google Adsense. Sebuah blog berbahasa melayu yang telah saya wujudkan lebih 3 tahun dahulu. Blog ini tak pernah update sejak itu, tetapi masih ada trafik menerusi Google bersandarkan kepada beberapa keyword niche penting yang saya gunakan.
Contoh Blog Berbahasa Melayu Mesra Google Adsense

4 Perkara Penting Sebelum Memohon Google Adsense

Baiklah. Saya dah mula merepek. Baik pergi ke bahagian yang benar-benar anda nak tahu iaitu 4 perkara penting sebelum memohon Google Adsense.

Kandungan Blog Mesti Mencukupi

Sebelum anda memohon untuk mendapatkan Google Adsense, pastikan blog anda kaya dengan entri. Dan entri-entri blog anda mestilah lebih daripada 300 patah perkataan dengan penggunaan bahasa yang betul atau standard. Blog anda perlu kaya dengan teks, dan bukan imej. Pastikan teks memonopoli penampilan blog anda. Lebih banyak teks, maka lebih banyak keyword yang boleh Google Adsense gunakan untuk papar iklan mereka. Adakala blog yang telah lulus Google Adsense tidak dapat paparan iklan Google Adsense kerana kurangnya keyword yang boleh 'menjual'. Anda kena pastikan entri di dalam blog anda punyai value yang membolehkan Google Adsense membenarkan iklan mereka dipaparkan.

Rekabentuk Blog

Apabila saya menyebut mengenai rekabentuk, saya akan rujuk mengenai rekabentuk blog yang mesra SEO. Antara rekabentuk blog yang mesra SEO dan senang lulus permohonan Google Adsense ialah template Thesis. Template ini merupakan template sangat mesra pengguna, mesra SEO selain mesra Adsense. Itulah sebab ramai blogger tak kiralah blogger blogspot mahupun wordpress yang menggunakan template ini untuk jana income menerusi pengiklanan Google Adsense.
Penggunaan Template Mesra SEO untuk Google Adsense
Tahukah anda, bahasa salah satu sebab blog ini dibenarkan kembali untuk menggunakan Google Adsense kerana saya pernah menukar template blogspot blog ini kepada template Thesis SEO 2014 dan iThesis?

Template atau rekabentuk blog adalah merupakan salah satu perkara penting untuk permohonan Google Adsense diluluskan. Blog yang ada banyak butang close, menggunakan warna terang di dalam blog sehingga silau mata, teks yang sukar dibaca, ada popups yang mengelirukan akan ditolak dengan mudah oleh Google Adsense.

Saya juga difahamkan bahawa Google Adsense cepat luluskan blog yang menggunakan template responsif dan telah lulus ujian Mobile-Friendly Test. Jika blog anda tidak lulus ujian ini, pastikan blog anda lulus dengan melakukan penambahbaikan pada HTML blogspot atau terus sahaja mencari template blogspot yang telah sedia responsif seperti  Variasi Template SEO Responsif Johny

Kenyataan Berkaitan Polisi, Ruangan Hubungi dan Info Pemilik

Tiga perkara penting yang perlu ada di dalam sebuah blog yang mahu memohon akaun penuh Google Adsense. Ia memberikan petanda kepada Google Adsense bahawa anda seorang blogger yang serius dengan isi kandungan, dan menepati ketetapan dan terma yang telah dikeluarkan oleh Google Adsense. Ia juga memberi signal bahawa anda seorang penulis blog bertanggungjawab.

Trafik Blog Sumber Organik Semulajadi

Blog yang secara puratanya menerima trafik organik dan semulajadi menerusi enjin carian sangat disukai bukan sahaja oleh enjin carian Google, tetapi juga oleh Google Adsense. Blog yang mendapat trafik tinggi atau secara puratanya banyak dari enjin carian sangat mudah untuk lulus permohonan Google Adsense. Jadi, anda kena pastikan bahawa blog paling tidak lebih 60 peratus mendapat trafik menerusi enjin carian, dan bukan dari sumber seperti widget laman ping (busuk, kartikel dsb), laman sosial seperti facebook atau menerusi sumber lain seperti forum, bloglist dan juga email.
Trafik Organik Penting Untuk Memohon Google Adsense
Saya harap entri mengenai 4 perkara penting sebelum memohon Google Adsense ini digunapakai untuk mana-mana blog dan blogger yang mahu mendaftar percuma Google Adsense bagi tujuan monetize blog jana income secara online.

Untuk lebih info, tips berkaitan cara nak buat duit menerusi Google Adsense, cuba dapatkan Panduan Jana Wang Adsense edisi terkini.

Semoga bermanfaat dan selamat berjaya.


{ 11 comments.. read them below or add one }

Kak T Kak T April 14, 2015
terimakasih atas penerangannya HH
Akak Vitamin Akak Vitamin April 14, 2015
Termenung sekejap akak baca. sambung bacaan link-link HH yang lain.
Kang Mas SEO Kang Mas SEO April 15, 2015
Template nya comel sangat :D coba daftar dulu cikgu ^_^
hpmurah2u hpmurah2u April 15, 2015
Sehari dapat usd1000 kayo tu...heheheh
anajingga anajingga April 15, 2015
agak ketat juga syarat rukunnya HH.. :)
ekjoz buluh ekjoz buluh April 16, 2015
We did not approve your application for the reasons listed below

Insufficient content

Apa maksudnya?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 16, 2015
Sama-sama Kak T .. semoga dimanfaatkan ... terima kasih ye.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 16, 2015
Kandungan blog masih kurang untuk membolehkan iklan keluar - atau dengan kata lain Google tak ada keyword komersil untuk tujuan pengiklanan. Keyword ini berkaitan dengan SEO. Kena lihat trafik blog kita, ada tak yang datangnya dari keyword yang komersil?

Macam blog saya, banyak keyword berkaitan buat duit online, pasal marketing, pasal job dari rumah .. so iklan2 macam tu mudah nak keluar.
rumah minimalis modern rumah minimalis modern April 25, 2015
wah, bermanfaat sekali brother, lebih lagi bagi saya yang baru belajar adsense, dan mau mencoba untuk mendaftar, semoga saja saya di terima pas daftar besok :v dan semoga websitenya terus maju kawan, terima kasih banyak !!
kamil salleh kamil salleh May 18, 2015
Salam bro... saya dapat sms dari google disebabkan "Difficult site navigation:. Bagai mana cara nak atasi masalah ini. Atau kena buang segala widget yang ada?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 18, 2015
Jika diberitahu dificult site navigation - ia masalah pada menu pada bahagian atas blog.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.