Langkau ke kandungan utama

Borong Buah Kurma, Manisan, Kekacang dari Saudagar Kurma

Borong buah kurma, manisan, kekacang. Jika anda ke Pulau Pinang, singgahlah sebentar di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak. Di situ ada dua sumber untuk anda mendapatkan produk-produk terbaik daripada timur tengah. Yang menariknya, anda boleh beli dengan harga borong.

Sumber yang saya maksudkan ialah Saudagar Kurma dan juga Yusof Taiyoob. Dua-dua syarikat ini berada di kawasan perindustrian yang sama. Di situlah kilang, di situlah juga ada galeri jualan.

Lubuk Mendapatkan Harga Borong Buah Kurma, Manisan dan Kekacang Timur Tengah

Borong Buah Kurma, Manisan, Kekacang Saudagar Kurma
Untuk tahun ini (2017), saya dan isteri memilih untuk memborong buah kurma, manisan dan kekacang dari Saudagar Kurma. Sebelum ini, kami dah selalu borong dan beli produk timur tengah dari Yusof Taiyoob. Tukar selera kali ini ... walaupun harga borong tidak jauh sangat bezanya.

Saudagar Kurma vs Yusof Taiyoob

Jarak antara kedua tempat ini, iaitu Saudagar Kurma dan Yusof Taiyoob tak jauh. Malah, anda boleh buat perbandingan harga jika mahu. Kedua-dua syarikat yang menjadi antara pengimport terbesar produk timur tengah seperti buah kurma, buah tin, pelbagai jenis manisan unik timur tengah, kekacang menyediakan ruang galeri jualan yang agak besar, berhawa dingin dan selesa.

Setiap kali hampir menjelang bulan Ramadhan, kedua-dua tempat ini pasti menjadi tumpuan, khususnya dari peniaga-peniaga kurma. Harga borong yang ditawarkan memang murah, dan ia boleh memberikan keuntungan tinggi untuk penjual dan peruncit buah kurma.

Pelbagai Jenis Kurma di Saudagar Kurma

Pelbagai jenis kurma dijual dengan harga murah, berpatutan dan harga borong
Baru-baru ini, saya dan isteri telah ke Saudagar Kurma. Banyak juga produk-produk menarik dari timur tengah yang dijual. Bukan setakat buah kurma dari pelbagai jenis, tetapi juga manisan-manisan unik yang sebelum ini kami tak pernah tahu; malah ada beraneka kekacang yang dijual dengan harga berpatutan - sesuai dengan asal-usulnya.

Di Saudagar Kurma, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis buah kurma seperti kurma Ajwa, kurma Zaidi, kurma Salim, kurma Mohhe Madi, kurma Mesir, kurma Walnut Ahmad, kurma Piarom Badam dan banyak lagi. Anda boleh pilih buah kurma dari jenis lerai (loose) dan ada juga kurma dari jenis bertangkai... in Sha Allah, semua ada.

Niaga Dari Rumah, Jual Buah Kurma Semasa Ramadhan?

Jika anda berniat untuk berniaga produk dari timur tengah, memang saya syorkan anda untuk datang ke sini. Tak rugi pun anda datang, sebab selain dari buah kurma, ada aneka produk lain yang pasti menarik perhatian. Anda tak niaga pun, untuk kegunaan sendiri pun dah cukup berbaloi.
Jual kekacang dari timur tengah
Pelbagai manisan dari timur tengah di Saudagar Kurma, Penang
Jualan harga borong kekacang dari Saudagar Kurma
Borong Buah Kurma, Manisan, Kekacang Saudagar Kurma
Oh ya, bangunan galeri jualan Saudagar Kurma ni ada dua tingkat, jadi memang akan ambil masa lama juga kalau dah masuk ke sini ...

Saya dan isteri memang seronok dapat memborong buah kurma, manisan dan kekacang di Saudagar Kurma. Malah, sempat juga kami diberikan kesempatan merasa sendiri beberapa produk baru yang dijual, antaranya Sultan Cola dan biskut Arabica Choco.


Anda boleh cari lokasi Saudagar Kurma dengan mudah samada menerusi aplikasi Waze mahupun Google Map. Hanya taipkan Saudagar Kurma Sdn. Bhd. dan ia akan tunjukkan arah ke kawasan perindustrian Bukit Minyak, yang terletak di Prai, Pulau Pinang.

Semoga bermanfaat info ini, in Sha Allah.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Yusof Taiyoob tu biasa dengar. Kalau iklannya dah masuk TV tu dah ada tanda-tanda anak bulan Ramadan nak keluar la.

    Tapi Saudagar Kurma melalui blog ni la first time dengar. Mungkin boleh try pergi tengok bila ada kesempatan nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhhh dah lama ada dah ... :) leh kenal ngan jejaka arab yang kerja kat situ ...

      Padam
  2. Saudagar kurma rasa macam baru dengar sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ramai nampaknya yang tak tahu ehh .. tapi orang singapura tahu pulak pasal Saudagar Kurma ni

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Nak Tahu Rahsia Gaji RM4500 Sebagai Tukang Cuci Kereta?

Rahsia gaji RM4,500 sebulan sebagai tukang cuci kereta. Mitos? Anda mungkin tidak percaya, tetapi memang kerja sebagai seorang tukang cuci kereta boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan setiap bulan.

Itu adalah antara sebab kenapa salah seorang rakan saya sebaik sahaja habis pengajian di USM sebagai seorang graduan, beliau bekerja sebagai tukang cuci kereta.
Susah Nak Dapatkan Kerja? Kenapa Tidak Kerja Sebagai Tukang Cuci Kereta? Gaji RM4,500 Sebulan! Zaman sekarang nie memang zaman gawat. Ramai dah pekerja yang kena buang kerja. Pelajar-pelajar yang baru keluar IPT dan kolej pun, ramai yang susah nak dapat kerja! Jangan kata pelajar, pensyarah pun ramai yang kena buang kerja! Ini realiti. Cabaran memang getir.

Jadi, memang tak bolehlah nak memilih sangat bila bab cari kerja ni. Saya dulu pun, sebaik sahaja keluar USM, saya buat macam-macam kerja. Saya memang tak memilih, asalkan boleh dapat duit dan boleh sara kehidupan. Janji halal.

Aha .. saya keluar U, semasa zaman gawat tahu…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…