Jenis dan Harga Buah Kurma di Malaysia

Jenis dan Harga Buah Kurma Popular di Malaysia

Jenis dan harga buah Kurma di Malaysia. Aduhai, saya boleh terlupa untuk publish entri ini sebelum Ramadhan. Niat saya ialah untuk memberitahu masyarakat mengenai jenis-jenis Kurma termasuklah harganya untuk umat Islam di Malaysia. Nampaknya, kali ini saya terlewat pula, tapi tak mengapalah, saya harap entri ini walaupun diterbitkan agak lewat, dapat bantu memberikan informasi mengenai jenis dan harga buah Kurma (Tamar) di Malaysia sebagai rujukan.

Tahukah anda bahawa harga buah Kurma paling mahal ialah buah Kurma dari jenis Ajwa. Kurma Ajwa atau dikenali sebagai Kurma Nabi ini berharga antara RM150-RM170 sekilogram. Harga yang berbeza ini adalah berdasarkan kepada kualiti yang ada pada Kurma Ajwa, termasuklah saiznya serta syarikat yang mengimport Kurma jenis ini. Kurma Ajwa berasal dari Madinah, dan ia merupakan buah Kurma yang sangat popular dan mempunyai permintaan tinggi memandangkan ia merupakan buah Kurma yang dipercayai merupakan buah Kurma kegemaran Rasulullah S.A.W.

Jenis dan Harga Buah Kurma di Malaysia

Jenis dan Harga Buah Kurma di Malaysia
Bila sebut mengenai buah Kurma di Malaysia, pasti orang akan ingat dengan satu jenama terkenal ini iaitu Yusof Taiyoob. Saya pernah ceritakan mengenai Yusof Taiyoob dalam blog ini dan bagaimana usahawan dan blogger patut contohi beliau untuk meletakkan nama dan jenama diingati hanya kerana satu produk khusus. Jika belum baca, boleh baca di sini - Blogger Patut Contohi Yusof Taiyoob.

Menurut Anas bin Malik r.a., Rasulullah S.A.W berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma yang segar, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa cedok air. (H.R Abu Daud dan Tirmizi).

Ok. Berbalik pada apa yang ingin saya kongsikan tadi.

10 Jenis Buah Kurma Popular di Malaysia

Ada lebih kurang 10 jenis buah Kurma atau Tamar yang dijual di Malaysia. Buah Kurma atau Tamar merupakan makanan sunnah yang sangat digemari. Malah, ada petua khusus yang dikaitkan dengan Buah Kurma yang disekalikan dengan meminum susu Kambing.

Baca - Petua Dapat Anak Dengan Amal Makan Kurma dengan Susu Kambing

Antara negara-negara yang hasilkan buah Kurma termasuklah Arab Saudi, Jordan, Iran, Tunisia, Mesir dan juga China. Namun, buah Kurma yang dipercayai daripada gred terbaik iaitu gred AA dan A berasal dari negara Iran. Iran dikenali kerana menghasilkan buah Kurma atau Tamar yang berkualiti tinggi dan terbaik, malah menjadi antara buah Kurma yang mendapat permintaan tinggi dari hotel-hotel terkemuka dunia.
Kurma Ajwa

Berikut adalah jenis-jenis buah Kurma yang popular dijual di Malaysia, dan saya sertakan sekali harga sekilogram buah Kurma ini mengikut jenisnya.
  • Kurma Ajwa, asal Madinah - RM150-RM170
  • Kurma Medjool, asal Jordan - RM80
  • Kurma Mariami, gred AA dari Iran - RM50
  • Kurma Safawy, asal Madinah - RM50
  • Kurma Mariami, gred A dari Iran - RM40
  • Kurma Ajmal, Tunisia - RM40
  • Kurma Tunisia Loose, asal Tunisia - RM30
  • Kurma Rabbi, asal Iran - RM24
  • Kurma Merah, asal China - RM16
  • Kurma Mesir - RM12

Terdapat juga jenis-jenis buah Kurma yang lain iaitu:
  • Arner Haji dari Iraq
  • Deglet Nur dari Algeria dan Tunisia, juga ditanam di Amerika Syarikat
  • Holwaah
  • Kurma Mozafati
  • Kurma Saidy dari Libya
  • Kurma Sokari
  • Kurma Barhi
  • Kurma Kholas
  • Kurma Khidri
  • Kurma Sekki
  • Kurma Majol
  • Kurma Monief
Kurma Monief

Dan banyak lagi sebenarnya. Jenis-jenis Kurma ini dikelaskan mengikut daerah tempat dan negara penghasilannya. Perbezaan juga dibuat berdasarkan rupa fizikal, bentuk, rasa, dan tekstur.

Khasiat buat Kurma memang tidak boleh dipertikaikan, ia makanan yang disebut di dalam Al Quran dan kebanyakkan hadith. Ia makanan yang boleh memberikan tenaga dan kekuatan dan membantu tubuh untuk imun kepada beberapa penyakit.

Kehebatan dan khaifiat yang ada pada buah Kurma ini sangat hebat sehingga Nabi Muhammad S.A.W berpesan supaya setiap rumah orang Islam mesti ada buah Kurma atau Tamar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu". (H.R Shahih Al-Bukhari)

Semoga manfaat blog post ini untuk semua, in Sha Allah.

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,362,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,300,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,87,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,293,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,348,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,59,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,95,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,35,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: Jenis dan Harga Buah Kurma di Malaysia
Jenis dan Harga Buah Kurma di Malaysia
Jenis dan Harga Buah Kurma Popular di Malaysia
http://2.bp.blogspot.com/-6GZw7EboFFw/VY2gFkbMzEI/AAAAAAABE0Y/UCCCYF1JssY/s1600/Jenis-Jenis-Buah-Kurma.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-6GZw7EboFFw/VY2gFkbMzEI/AAAAAAABE0Y/UCCCYF1JssY/s72-c/Jenis-Jenis-Buah-Kurma.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2015/06/jenis-dan-harga-buah-kurma-di-malaysia.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2015/06/jenis-dan-harga-buah-kurma-di-malaysia.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy