Langkau ke kandungan utama

Bedung Moden Untuk Bayi Baru Lahir

Bedung. Teringat kata orang tua-tua, jangan dibiarkan anak tidak berbedung, nanti kaki dan tangannya bengkok. Bila berjalan mengengkang dan tangan pula pengkor. Adeh.

Adik saya sebelum masuk PDRM, berulang-kali kena tegur sebab keadaan jalan yang tidak begitu betul. Postur berjalan yang betul adalah antara kriteria untuk masuk ke perkhidmatan Polis Diraja Malaysia. Samalah juga dengan keadaan lurusnya tangan.

"Kamu ni pengkor semacam je, ni kecik-kecik mesti tak kena bedung .." kata pegawai polis yang pernah temuduga dan ujian kecergasan adik saya.

Bedung Moden Untuk Bayi Baru Lahir

Bedung Moden Untuk Bayi Baru Lahir
Bedung zaman dedulu pakai kain batik. Zaman berubah, bedung pakai napkin bayi pula. Sekarang, bedung dah ada yang lebih special, memang siap dibuat untuk bedung bayi kecil baru lahir. Ia macam sarung, masukkan sahaja bayi baru lahir dalam bedung moden ni, kemudian 'lilit' atau 'lipat'.

Bayi saya yang baru lahir - si Hasif 'baru'; dapatlah merasa menggunakan bedung moden ni. Abang-abang dan kakaknya sebelum ini bedung guna napkin kain je. Abang Long Amri lagilah, siap berbungkus berikat lagi dengan kain bedung yang bertali.

Isteri saya yang beli bedung moden ni. Beli di kedai Manjaku. Ketika itu tengah offer, jadi isteri saya beli satu pasang untuk cuba.

Kemudian, isteri saya minta untuk bandingkan harga bedung moden yang dibeli di kedai Manjaku dengan kedai shopping online.

Uhh .. nampaknya beli bedung moden secara online jauh lebih murah dari kedai biasa.

Maka, hari tu .. ada pula promosi jualan awal tahun dari Lazada Malaysia. Maka, saya pun tempahlah sepasang. Bedung tu dari luar negara, jadi masa shipping lebih lama dari biasa. Hampir seminggu lebih juga saya tunggu barang tu diterima. Alhamdulillah, nasib baik tiada kos penghantaran dikenakan.

Cara Gunakan Bedung Moden (Swaddle) Adalah Mudah

Tak susah nak guna bedung moden ni .. cuba lihat paparan di bawah tentang cara nak gunakan bedung ni .. simple je ..
Bedung Moden Untuk Bayi Baru Lahir

Bedung Moden Untuk Bayi Baru Lahir
Saya beli bedung moden di Lazada cuma RM22 sahaja. Alhamdulillah, saya dan isteri sangat puas hati dengan produk ini.
[Baca Juga] Beli Lampin Pakai Buang PetPet Harga Murah di Lazada
Dan disebabkan itu, baru-baru ini sempena Big Baby Fair di Lazada, saya pesan lagi sepasang set bedung moden. Tapi kali ini dari seller yang berlainan pula. Sengaja berbuat demikian, sebab material bedung berlainan dengan dua set bedung bayi sebelum ini.

Bayi Baru Lahir Selesa Gunakan Bedung Moden

Hasif 'baru' pun selesa je menggunakan bedung moden ni. Tak ada alahan apa-apa, dan tak susah pun nak memakaikan bedung ni pada bayi. Saya sendiri pun boleh buat tanpa bantuan isteri. Masukkan Hasif dalam kantung, dan balut kiri dan kanan. Siap.

Bedung moden ini bercorak menarik. Material pula kebanyakannya dari kain kapas yang lembut. Ada seller dil Lazada yang jual bedung moden dari material yang lebih baik; tetapi biasalah .. harganya juga adalah lebih mahal.

Ia tidak ada saiz khusus. Selalunya ditulis saiz 0-3 months, 3-6 months macam tu. Almaklumlah bayi baru lahir cepat membesar,

Cubalah guna bedung bayi moden ni ... serius memang best.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Balasan
    1. Memang best ada bedung moden camni .. :)

      Padam
  2. anak-anak dulu kena bedung dulu juga..

    guna cara lama pun ok..

    cara yang moden lagi ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara dedulu tak berapa trendy .. hahahaha

      Padam
  3. mudahnya skg..x macam dulu main ikat2 lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang bestnya ... tak perlu risau nak bawa keluar rumah ... sbb bedung ni menarik ..

      Padam
  4. senang pakai bedung macam ni kan...

    BalasPadam
  5. Ibu2 ayah2 beli sekarang sebelum harganya naik mencanak.. tak tentu pasal... jimat cermat.. pastikan selamt tq..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Nak Tahu Rahsia Gaji RM4500 Sebagai Tukang Cuci Kereta?

Rahsia gaji RM4,500 sebulan sebagai tukang cuci kereta. Mitos? Anda mungkin tidak percaya, tetapi memang kerja sebagai seorang tukang cuci kereta boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan setiap bulan.

Itu adalah antara sebab kenapa salah seorang rakan saya sebaik sahaja habis pengajian di USM sebagai seorang graduan, beliau bekerja sebagai tukang cuci kereta.
Susah Nak Dapatkan Kerja? Kenapa Tidak Kerja Sebagai Tukang Cuci Kereta? Gaji RM4,500 Sebulan! Zaman sekarang nie memang zaman gawat. Ramai dah pekerja yang kena buang kerja. Pelajar-pelajar yang baru keluar IPT dan kolej pun, ramai yang susah nak dapat kerja! Jangan kata pelajar, pensyarah pun ramai yang kena buang kerja! Ini realiti. Cabaran memang getir.

Jadi, memang tak bolehlah nak memilih sangat bila bab cari kerja ni. Saya dulu pun, sebaik sahaja keluar USM, saya buat macam-macam kerja. Saya memang tak memilih, asalkan boleh dapat duit dan boleh sara kehidupan. Janji halal.

Aha .. saya keluar U, semasa zaman gawat tahu…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…