Ketahui apa itu CCRIS sebelum anda membuat permohonan pinjaman. Sejak kebelakangan ini, ramai yang bermasalah untuk membuat pinjaman. Ada pelbagai macam jenis dan bentuk pinjaman yang ada di Malaysia, antara yang sering dimohon ialah pinjaman pembelian kereta, pinjaman pembelian rumah dan pinjaman pelaburan. Ada juga membuat pinjaman untuk perniagaan.

Mengikut pengalaman saya, pinjaman pembelian perumahan dan pinjaman untuk perniagaan adalah antara yang sukar untuk mendapat kelulusan; terutama sekali menerusi bank-bank komersil di Malaysia. Manakala, pinjaman paling mudah nak lulus ialah pinjaman peribadi.

Ketahui Apa Itu CCRIS Sebelum Buat Pinjaman. Jangan Mohon Selagi Anda Tidak Berhutang!!

Ketahui Apa Itu CCRIS Buat Pinjaman

Kenapa ada pinjaman yang susah nak lulus, dan ada pinjaman yang sukar nak lulus? Ok .. anda kena lihat pada beberapa faktor, antaranya kadar faedah, jumlah pinjaman, tempoh pembayaran balik dan beberapa faktor lain.

Faktor kelulusan pinjaman ini pula berkait-rapat dengan latar kemampuan kewangan kita.

Pinjaman peribadi mudah menerusi bank memang senang lulus, apatah lagi andai anda pemegang kad kredit bank tersebut. Anda hampir tidak perlu isikan apa-apa borang, atau kemukakan apa-apa dokumen pun apabila nak memohon pinjaman peribadi ini. Ia sering disebut sebagai 'cash-advanced' atau 'personal loan'.

Bank hanya rujuk pada rekod pembayaran kad kredit anda sahaja. Jika baik .. cantik je setiap bulan, maka automatik .. anda akan ditawarkan untuk membuat pinjaman ini. Selalunya faedah untuk kadar pinjaman ini ditentukan mengikut tempoh pembayaran dan juga jumlah pembayaran. Ia bersifat pinjaman jangka-pendek.

Manakala pinjaman berbentuk jangka-panjang seperti pinjaman perumahan, pinjaman pembelian kereta, pinjaman pelaburan ataupun pinjaman untuk perniagaan; ia agak sukar untuk diluluskan. Ada aspek lain perlu dilihat sebelum bank meluluskan pinjaman anda.

Nak Buat Pinjaman Besar, Perlu Tahu CCRIS

Pernah dengar apa itu CCRIS tak?

Jika anda mahu membuat pinjaman, anda perlu tahu apa itu CCRIS. Buat mereka yang mahu memohon pinjaman pertama kali, anda perlu ada rekod CCRIS ini untuk memastikan anda lulus pinjaman yang dipohon. Serius .. anda perlu berhutang dulu untuk meminjam !!

Apa Maksud CCRIS?

CCRIS adalah Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Ia adalah satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit atau hutan seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia.

Apabila seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman dari mana-mana bank, maklumat pinjaman tersebut akan dikutip oleh Biro Kredit dan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini. Di dalam laporan CCRIS terdapat 3 bahagian utama iaitu Laporan Ringkas Kredit, Laporan Kredit Terperinci dan Laporan Kredit Tambahan.

Di bawah ini adalah salah satu contoh laporan kredit CCRIS..
contoh laporan kredit CCRIS

Laporan Ringkas Kredit terdapat 3 pecahan iaitu yang pertama menyatakan permohonan kredit yang dipohon sama ada yang telah diluluskan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan yang masih dalam pertimbangan pihak bank. Pecahan kedua pula menyatakan liabiliti semasa yang ditanggung yang meliputi jumlah baki pinjaman dan jumlah had yang diberikan tidak kira sebagai peminjam dan penjamin. Pecahan terakhir pula menyatakan sekiranya ada tindakan undang-undang yang dikenakan.

Bagaimana Proses CCRIS Ini?

Setiap institusi kewangan di Malaysia akan menghantar laporan bulanan kesemua peminjam mereka kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara Malaysia.

Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan atau kredit apabila diminta oleh mereka.

Laporan CCRIS adalah tentang jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda (perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk satu tahun (12 bulan).

Tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia, agensi pelapor kredit (credit reporting agencies, CRA) yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelapor Kredit 2010, boleh mendapatkan maklumat kredit peminjam individu dalam CCRIS, dengan kebenaran peminjam yang diperoleh terlebih dahulu.

Sehingga hari ini, tiga CRA telah mendapatkan kelulusan ini:

Institusi kewangan peserta yang menjadi pelanggan kepada agensi pelapor kredit boleh meminta laporan kredit dengan skor seseorang pemohon atau peminjam secara langsung daripada agensi pelapor kredit bagi memudahkan keputusan pemberian pinjaman mereka.

Menerusi rekod CCRIS inilah, pihak institusi kewangan terutamanya bank akan menilai permohonan pinjaman anda; terutama sekali dari segi kemampuan anda membayar balik.

Tiada Rekod CCRIS - Jangan Buat Pinjaman

Ketahui Apa Itu CCRIS Buat Pinjaman
Untuk makluman anda - walaupun anda punyai gaji tinggi, tiada apa-apa masalah hutang, ada aliran tunai yang baik .. permohonan pinjaman anda mungkin sukar diluluskan disebabkan anda TIADA REKOD CCRIS ini. Rekod CCRIS adalah satu keperluan dan rujukan untuk institusi kewangan meluluskan pinjaman. Jika anda tiada rekod ini, maka pihak institusi kewangan tiada bukti mengatakan anda boleh bayar hutang mereka balik.
[Baca] 6 Sebab Pinjaman Perumahan Anda Ditolak Institusi Kewangan
Data yang disediakan dalam rekod CCRIS merupakan snapshot kelakuan kita dalam tempoh 12 bulan. Ia mengandungi rekod seperti;

  1. Aktiviti pembayaran oleh peminjam - Boleh track jika terlepas payment atau bayaran tertungak.
  2. Baki pinjaman
  3. Jumlah pinjaman
  4. Special attention account
  5. Permohonan kredit fasiliti dalam tempoh 12 bulan dari tarikh CCRIS dikeluarkan.

Di dalam rekod CCRIS ini, di setiap baris peminjam, ada trak pembayaran. 0 bermaksud bayaran 'on time', 1 bermaksud 'missed' sekali dan seterusnya. Jadi, jika anda ada rekod CCRIS ini, anda akan lihat banyak '1' dan '0' dipaparkan di hujung lejar rekod. Rekod CCRIS anda perlu lebih banyak '0' supaya institusi kewangan boleh lega untuk berikan kelulusan pinjaman kepada anda.

Untuk lebih maklumat berkaitan CCRIS ini, anda boleh rujuk laman web Biro Kredit Bank Negara.

Oh ya, jika anda mahu membuat pinjaman perumahan, anda mesti perlukan Debt-Service-Ratio (DSR) yang baik. Tak tahu apa dimaksudkan DSR, cara kira dan bagaimana nak lulus pinjaman perumahan .. maka baca post saya ini - Cara Kira DSR Untuk Kelayakan Pinjaman Perumahan

Semoga perkongsian mengenai CCRIS ini akan bantu anda faham kenapa dan mengapa sukar untuk membuat pinjaman - terutama pinjaman pertama kali. Sekarang, anda sudah tahu .. anda perlu berhutang dahulu sebelum institusi kewangan berikan kelulusan pinjaman kepada anda !!




1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tang kena berhutang sebelum meminjam tu setuju. Ada kawan, tak pernah buat bank loan, x lepas nak beli rumah. Hurmm..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement