6 Sebab Pinjaman Perumahan Ditolak

Cabaran untuk golongan belia dan muda memiliki rumah semakin mencabar. Lagi parah apabila ada golongan yang sudah berkeluarga juga masih gagal untuk mempunyai kediaman sendiri. Kalau ditanya pada mereka, rata-rata inginkan rumah sendiri yang selesa ... siapa yang tidak mahu rumah dan kediaman sendiri ye tak? Lain rasanya dengan tinggal menyewa di rumah yang bukan milik sendiri.

Antara cabaran yang getir untuk mereka memiliki rumah ialah permohonan untuk membuat pinjaman perumahan. Ramai yang takut dan risau andai permohonan untuk mendapatkan pinjaman gagal .. apabila perkara penting ini tidak diselesaikan, mana mungkin mereka boleh dan berupaya memiliki rumah sendiri. Harga rumah bukannya murah, berkali-kali ganda dengan harga sebuah kereta yang mudah susut nilai.

6 Sebab Pinjaman Perumahan Ditolak

Buat kakitangan kerajaan seperti isteri saya, ia bukan masalah untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Memang telah ada skim khas untuk mereka yang menjawat jawatan dalam sektor awam ini. Boleh dikatakan memang selesalah dan tidak rumit, asalkan gaji bersih selayak dengan nilai pinjaman perumahan yang dipohon.
Tips untuk lulus pinjaman perumahan bank
Tapi bagaimana dengan mereka yang bukan bekerja sebagai kakitangan kerajaan/awam? Alternatif, kebiasaanya mereka yang mahu memiliki rumah .. perlu bergantung kepada pihak bank dan institusi kewangan komersil untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Permohonan Pinjaman Perumahan Bukan Mudah Tetapi ...

Untuk membuat permohonan pinjaman perumahan bukan mudah sebenarnya. Inilah antara sebab ramai yang takut-takut untuk membeli rumah apabila melihat harganya. Tetapi jangan risau, saya sebelum ini telah berkongsikan tips tertentu untuk meningkatkan lagi keyakinan dan keupayaan anda mendapatkan pinjaman perumahan.

Anda boleh baca di sini [+] Cara Kira DSR Untuk Kelayakan Pinjaman Perumahan Bank

Pun begitu, saya sukacita nak berkongsi dengan anda tentang satu perkara penting sebelum anda berhasrat untuk membuat pinjaman perumahan bank. Saya mahu anda bersedia, dan tidak hampa apabila pertama kali membuat permohonan pinjaman ini.

Ikuti 6 Tips Ini Agar Proses Permohonan Pinjaman Perumahan Lancar

Untuk itu, saya ingin kongsikan 6 sebab yang memungkinkan permohonan pinjaman perumahan anda ditolak.

Dokumen Tidak Lengkap

Ini adalah antara sebab utama mengapa pihak bank menolak permohonan pinjaman perumahan anda. Antara dokumen penting dalam urusan permohonan pinjaman adalah slip gaji, penyata cukai pendapatan dan juga penyata bank. Penting bagi pemohon menyediakan dokumen yang lengkap bagi menyokong sumber pendapatan. Jumlah gaji tidak penting, tetapi bagaimana anda meyakinkan pihak bank mengenai sumber pendapatan anda itu.

Tidak Mengetahui Pengiraan atau Formula DSR

DSR atau Debt-Service-Ratio adalah penting untuk mengetahui keupayaan kredit anda. Sebelum anda membuat permohonan, kira dahulu berapa DSR anda atau dengan kata mudahnya, berapa pendapatan bersih anda dari pelbagai sumber.

Tiada Rekod Kredit

Rasanya ramai golongan belia yang baru bekerja tidak tahu mengenai pentingnya mempunyai rekod kredit untuk membuat pinjaman perumahan. Selalunya mereka yang baru bekerja, tiada sebarang rekod dalam CCRIS yang menjadi sumber utama bank untuk melihat keboleh-upayaan anda dalam menguruskan kredit pinjaman dan hutang.
Kenapa pinjaman perumahan ditolak bank
Disyorkan buat mereka yang baru bekerja untuk memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit yang digunakan dalam tempoh satu hingga dua tahun agar rekod boleh berada di dalam CCRIS.

Rekod Pendapatan Kurang 2 Tahun

Aha .. buat mereka yang bekerja seperti saya, blogger sepenuh masa, dan menjana pendapatan menerusi affiliate serta pelbagai sumber income internet ... pastikan anda mempunyai rekod yang lengkap, baik dalam tempoh dua tahun. Begitu juga buat mereka yang bekerja sebagai freelancer, bekerja sendiri dari rumah atau sebagai penggiat MLM. Pihak bank selalunya kurang yakin dengan kemampuan pendapatan anda, walaupun anda menunjukkan penyata bonus MLM anda yang beribu-ribu ringgit. Rekod pendapatan anda perlu sentias dikemaskini dalam tempoh dua tahun, dan nampak dalam aliran yang baik.

Terlalu Banyak Pinjaman

Bank tidak akan meluluskan permohonan pinjaman perumahan jika anda mempunyai komitmen tinggi yang lain. Anda dianggap berisiko tinggi. Sebagai contoh, jika anda telah mempunyai rumah sebanyak 4 buah, dan anda membuat permohonan pinjaman .. anda mungkin akan dianggap sebagai seorang pelabur, dan bukannya seseorang yang benar-benar mahukan rumah untuk kediaman. Ingat, polisi ketat pinjaman perumahan yang diperkenalkan oleh kerajaan menerusi Bank Negara agak ketat ... Sebagai ingatan, elakkan mempunyai pinjaman peribadi dengan nilai besar sebelum membuat permohonan pinjaman perumahan.

Dokumen Tidak Sah

Pastikan anda memberikan dokumen yang sah. Jangan sesekali melakukan penipuan atau memalsukan dokumen semata-mata untuk mendapatkan kelulusan pinjaman perumahan. Anda mungkin terlepas tetapi percayalah, tindakan anda ini akan memakan diri satu hari nanti. Pinjaman tidak dapat dilunaskan, kena denda, dan kemudian rumah yang dibeli dilelong. Apa yang anda dapat akhirnya? Tiada apa-apa ... malah anda mungkin disenarai-hitam dari membuat sebarang permohonan pinjaman.

Jadi bagaimana dengan perkongsian ini berkaitan perkara-perkara dan sebab yang memungkinkan pinjaman perumahan ditolak. Harapnya dengan artikel dan tips ini akan dapat membantu anda dalam menguruskan kewangan dan memikirkan langkah-langkah untuk membeli seterusnya memiliki rumah sendiri.

Artikel ini telah disediakan dengan kerjasama dari pihak Mega3 Housing untuk memberikan pendidikan tentang pemilikan rumah sendiri. Untuk mendapatkan banyak lagi tips berkaitan cara memiliki rumah sendiri, boleh layari laman web mereka di pautan berikut - http://mega3.com.my/site2


2 comments.. read them below or add one

Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum June 28, 2016
boleh berjaya kan
tq great tips
PeRdU cINta PeRdU cINta June 28, 2016
Terima kasih perkongsian ini ya Bro HH :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.