Langkau ke kandungan utama

Belajar Buat Blog

Belajar buat blog tak susah. Serius saya cakap. Mungkin anda akan kata, "alaaa .. belajar IT leh la .." ... "encik teror komputer".... sebenarnya tak relevan sangat pun kalau betul-betul anda nak belajar buat blog. Malah, kalau ikutkan anda boleh je belajar buat blog dengan sendiri tanpa bantuan siapa-siapa pun.

Saya awal-awal dulu buat blog pada tahun 2007 pun belajar sendiri je. Nak tanya kat orang, ramai yang masih newbie pasal cara nak buat blog. Apa yang saya buat ialah hanya refer pada blog luar negara, yang dah awal-awal gunakan medium blog ini untuk pelbagai tujuan.

"Saya Belajar Buat Blog Sendiri" - Hasrul Hassan

Saya buat blog sendiri tanpa rujukan khusus. Saya bermula dengan bina blog sendiri menerusi platform blogger.com hanya menerusi panduan yang diberikan di dalam laman web blogger.com itu sendiri. Pada saya, panduan dalam blogger.com tu pun dah cukup memudahkan untuk buat blog sendiri.

Dari situ, saya sering bereksperimen sendiri dan belajar buat blog dengan lebih baik.

Belajar Buat Blog Rujuk Pakar

Kemudian, saya belajar buat blog dengan lebih advance dengan merujuk kepada pakar-pakar blogging terkenal di dunia, antaranya Problogger.net dan juga NeilPatel.com.

Berganjak dari tahun 2007 ke tahun 2010, saya dah mula kenal beberapa blogger Malaysia yang hebat-hebat untuk dijadikan rujukan cara buat dan menulis blog yang baik, antaranya Kak Kujie, Amir Denaihati, Ben Ashaari, Ahmad Faizal, Kak Red, Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Paul Tan dan ramai lagi.

Saya belajar cara menulis blog dalam pelbagai niche. Dan pada masa sama, saya belajar buat blog untuk niche atau kategori lain. Menariknya ialah, saya belajar buat blog kategori khusus dan buat duit menerusinya. Ini adalah satu ilmu penting dalam belajar buat blog untuk jana income - iaitu hasilkan blog yang khusus untuk produk yang mahu dijual.

Belajar Guna Teknik SEO Untuk Dapat Trafik

Kemudian, antara tahun 2010 hingga tahun 2012; saya mula bereksperimen buat blog guna teknik SEO. Ketika itu, tak ramai yang dok perkatakan mengenai teknik SEO ini. Teknik SEO adalah teknik untuk mendapatkan trafik ke blog menerusi carian di laman web carian seperti Google dan Bing.

Saya mengetahui mengenai teknik ini apabila banyak membaca blog rujukan dari luar negara. Hasil trafik daripada teknik SEO yang ditunjukkan sangatlah mengujakan saya. Apatah lagi ketika awal berblogging, blog saya kurang dikenali, malah trafik pun tak berapa banyak.

Saya cuba nak gunakan teknik follower dan popularkan blog untuk dapatkan trafik; namun ternyata tiada keistimewaan pada diri saya yang membolehkan blog saya muncul sebagai blog popular ketika itu. Jumlah follower pun tak bertambah, dan kekal di bawah 5,000 sampailah sekarang.

Jadi, disebabkan kekurangan kekuatan blog dari segi jumlah pengikut dan populariti ... saya belajar buat blog menggunakan teknik SEO. Alhamdulillah, tak rugi saya habiskan masa lebih 18 jam sehari belajar mengenai SEO ini. Hasilnya, blog saya mula mendapat trafik yang berganda-ganda banyak, berbeza sungguh sebelum gunakan teknik SEO.

Dan kerana SEO jugalah, blog saya diterima sebagai blog Panduan Blogger sekitar tahun 2011-2012. Malah, ia dijadikan rujukan ramai blogger ketika itu, samada baru dan lama. Blog saya mula dikenali, dan populariti blog hasrulhassan.com pun meningkat, sehingga ada rakan blogger yang calonkan blog ini untuk anugerah blog .. uhhh sungguh tak disangka.
[Baca] HasrulHassan.com Jadi Antara Top Best Blog Malaysia 2015
Disebabkan perkongsian ilmu blogging, panduan blogger, ilmu teknik SEO, ramai rakan blogger yang anggap saya sebagai Pakar SEO Malaysia .. huhu .. walhal ilmu SEO saya masih cetek, secetek lopak air selepas hujan di depan rumah saya.

Belajar Buat Blog Dari Wordpress

Saya juga ada belajar buat blog dalam platform Wordpress. Kalau anda nak tahu, salah satu cara saya dapat ilmu tentang menulis blog guna teknik SEO ialah belajar buat blog menerusi platform Wordpress. Saya ada blog Wordpress, namun tak aktif .. dan hanya gunakan sesekali untuk faham tentang SEO sahaja.

Ya... anda boleh belajar buat blog daripada mana-mana platform pun. Nak lagi advanced, anda boleh belajar cara nak hasilkan blog sendiri yang lebih power menggunakan blog domain dan hosting sendiri. Aha ... kalau yang ni .. memang kena ada ilmu IT atau latar belakang mengenai komputer serta internetlah. Risau nanti blur .. macam saya .. hahaha.

Jika anda setakat seseorang yang mahu mencuba-cuba buat blog, elok belajar buat blog guna platform percuma, samada blogger.com (blogspot) atau wordpress.com (wordpress). Belajar pelan-pelan dan ambil masa untuk hadam ilmu, panduan serta jangan lupa untuk praktik.

Dari situ, belajar asas mengenai bagaimana nak ada blog sendiri - bagaimana nak letak header, bagaimana nak letak script, apa itu HTML, apa itu widget, bagaimana nak tukar warna blog, bagaimana nak letak gambar dalam blog post, dan bagaimana cara nak menulis entri yang orang akan baca.

Belajar buat blog sendiri kena ada iltizam dan semangat. Cari ilmu dan dapatkan rujukan daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam dunia blog. Anda perlu tahu tujuan, misi, visi anda nak buat blog. Bila dah tahu kenapa anda buat blog, barulah sesi belajar buat blog itu lebih tertumpu, menjadi lebih baik dan in Sha Allah akan hasilkan apa yang anda nak.

Contoh .. seperti diri saya ...

  • Sebelum 2010, saya belajar buat blog untuk jana income menerusi program affiliate luar negara dan juga untuk promosikan produk MLM yang saya sertai.
  • Selepas 2010, saya belajar buat blog teknik SEO untuk dapatkan trafik tinggi supaya Innity dapat luluskan permohonan saya, dan saya boleh jana income lebih baik menerusi Adsense.
  • Selepas 2012, saya belajar buat blog untuk dapatkan income lebih menerusi program affiliate percuma.
  • 2013 .. 2014 .. saya belajar buat blog untuk tulis review, dapatkan sponsor, dapatkan advertorial.

Dan begitulah seterusnya ... sehingga saya berjaya menjadikan blog sebagai sumber income online saya setiap bulan dan menjadi rujukan untuk rakan blogger baru yang mahu buat blog sendiri.

Ada kata saya ialah Sifu Blogger Blogspot tapi sebenarnya saya bukanlah sifu sesiapa pun. Ilmu yang ada pun adalah ilmu yang saya praktik daripada perkongsian blogger lain. Namun, alhamdulillah, saya hargai ramai rakan-rakan blogger yang telah ambil manfaat daripada perkongsian ilmu yang ada di dalam blog-blog saya sejak dari 2007.

Ok. Siap dah merapu pasal Belajar Buat Blog ...hehehe...


Apa yang saya tulis dari awal sampai akhir adalah untuk sahut cabaran sebuah kontest SEO. Kontest SEO yang saya maksudkan ialah Contest SEO - Belajar Buat Blog yang telah disertai oleh ramai rakan blogger terdiri dari blog ..
  1. calrasepatrick.blogspot.com 
  2. nonasani.blogspot.my 
  3. missobsesi.blogspot.my
  4. sayidahnapisah.com
  5. mommyfiqa.com
  6. bloggerlelaki.com
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my
  8. dianarashid.com
  9. susahsenangblogger.com
  10. at-tarmizi.blogspot.my
  11. myideakini.com
  12. amirkhalis.blogspot.my
  13. sayabukancikgu.com
  14. messarah.blogspot.my
  15. jangan-bukak.blogspot.my
  16. fadzirazak.com
  17. heroborneo.com
  18. nikkhazami.com
  19. misztrex.blogspot.my
  20. ummizarra.com
  21. infopelajar2u.com
  22. sabreehussin.com
  23. topseofriendly.blogspot.my
  24. ummiseri.com
  25. saidila.com
  26. qiyasaad.com
  27. kataubaid.com
  28. belajarbuatblogpercuma.wordpress.com
  29. iuzira.com
  30. hiburansabah.com
  31. heroborneo.com
  32. nasitambah.com
  33. aynorablogs.com
  34. ohtiptop.com
  35. jebengotai.com
  36. sensasi2020.com
  37. sayaazieera.blogspot.my
  38. jambubatublog.com
Cabaran kontest SEO kali ini dianjurkan oleh rakan blogger Muhammad Anuar Marsib yang baru sahaja lancarkan ebook percuma beliau iaitu Panduan Ringkas Belajar Buat Blog. Cabaran kontest SEO ini akan tamat pada 25 April 2017 dan hadiah wang tunai RM300, RM200 dan RM100 disediakan untuk pemenang. 




Komen

  1. Satu perkongsian yang terbaik... Saya pada awal juga belajar buat blog tanpa bantuan sesiapa.. sendiri buat research... Saya tahu sedikit mengenai SEO pun bila join contest SEO. Masih dalam ingatan saya, masa saya bertanya benda yang senang je kat tuan masa mula-mula kenal SEO dulu hehehe... Terima kasih tuan HH kerana sudi bagi tunjuk ajar kat saya masa tu :) Jasamu tetap dikenang Tuan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.