Allahu Akbar. Sakit ooo kena Chickenpox.... lagi-lagi bila kena ketika umur dah lebih 40 tahun ni. Kena Chickenpox waktu usia macam ni memang susah saya nak gambarkan. Saya diberikan ujian Allah S.W.T untuk terkena jangkitan varicella-zoster virus (VZV), penyebab Chickenpox ... baru-baru ni (masih belum pulih sepenuhnya pun ketika menulis entri ni).

Demam Chickenpox lebih umum dikenali dalam masyarakat Melayu sebagai demam Campak atau Pelentung. Awal-awal tanda demam ni saya agak kurang pasti memandangkan saya seorang lelaki yang telah divaksin dengan penyakit ini, dan menurut emak saya ... saya dah pun pernah terkena demam Campak ini sewaktu kecil.... hoho. Ater?

Chickenpox Waktu Tua ... Satu Kifarah

Chickenpox Waktu Tua ... Satu Kifarah
Macamana saya mula terkena?

Awalnya saya tersilap makan, apabila termakan makanan yang dah basi. Akibatnya, saya demam, muntah-muntah dan cirit-birit selama lebih kurang 2 hari. Selepas itu, badan saya jadi lemah, dan berangin. Tak larat nak buat kerja sangat .. malah tidur malam pun terganggu.

Kemudian, saya ada batuk-batuk tapi tidaklah terlalu teruk disusuli sakit kepala yang menyucuk. Waktu ini, sudah ada gelembung kecil (blister) pada jari saya.... seketul je pun yang saya perasan.

Selepas 4-5 hari, saya ambil keputusan untuk pergi buat bekam di Darul Bekam. Saya beritahu Tuan Husni (perawat) yang saya terkena keracunan makanan, dan saya nak buang 'racun' serta angin dari badan. Tuan Husni ada beritahu bahawa ada ruam muncul atas kepala saya, tapi saya kata dah benda tu mungkin sebab jangkitan virus dari anak saya.... macam kudis.

Rawatan bekam dibuat seperti biasa. Alhamdulillah, angin dalam badan pun kurang. Saya rasa tubuh saya lebih baik.

Dan .....

Malam itu juga, ruam-ruam merah makin galak muncul di badan saya terutama sekali di bahagian muka dan kepala. Badan saya jadi lemah. Saya mula demam kembali. Kesan positif sebab bekamkah baru kesan virus ni nak memunculkan diri? Huhu ....

Awal pagi, isteri saya terus bawa ke klinik berjumpa doktor untuk pastikan penyakit saya.
Sah. Saya kena Chickenpox.

Rawatan dan Pencegahan Chickenpox

Maka bermulalah rawatan secara moden dan juga tradisional. Alhamdulillah, saya mempunyai isteri yang sangat prihatin dan membantu dalam proses rawatan ini. Agak merbahaya pada isteri, disebabkan sedang mengandung ... namun apa nak buat .... darurat dan terpaksa, jadi kena buat dalam keadaan berhati-hati supaya tidak dijangkiti varicella-zoster virus (VZV).

Antara rawatan dan pencegahan moden:
  • Ambil Paracetamol untuk redakan demam dan sakit kepala
  • Ambil antibiotik untuk melawan virus
  • Ubat untuk kurang kegatalan
  • Losyen Calamine untuk redakan ruam Campak
  • Minum banyak air masak
  • Asing bilik tidur untuk elak jangkitan
  • Banyak berehat dan tidak boleh berada dalam stress

Antara rawatan dan pencegahan tradisional:
  • Mandi dengan air daun semambu
  • Tidur atas 'hamparan' daun semambu
  • Jangan sesekali terkena air hujan
  • Tidak makan kicap dan makanan yang berasaskan kicap
  • Tidak makan makanan bergoreng atau melakukan aktiviti menggoreng di dalam rumah
  • Banyak makan buah-buahan terutama pisang

Emak saya ada suruh saya minum air kelapa muda, tetapi disebabkan saya sudah ambil antibiotik, jadi rawatan tradisi minum air kelapa tak boleh dipraktikkan, ia akan neutralkan kesan ubat tersebut. Nanti, badan akan hilang kekuatan imunnya.
Bila anda memulakan rawatan guna Antibiotik, hentikan minum air kelapa!
Bedak sejuk juga antara rawatan untuk demam campak, terutama untuk kurangkan kesan parut demam ini. Boleh dipraktikkan terutama kalau tak ada losen calamine tu.

Ketika post ini ditulis, saya fikir sudah masuk hari kelima kot saya dijangkiti varicella-zoster virus (VZV) ini. Awal kena tak rasa gatal pun pada ruam, lama-lama tu .. selepas bermula rawatan ... baru ada terasa gatal-gatal. Apabila mandi, ...fuh pedih lagi-lagi kat bahagian atas kepala dan muka.

Satu Kifarah Buat Diri Saya

Apa yang berlaku saya anggap sebagai kifarah buat diri saya. Mungkin ada dosa saya buat sehingga Allah S.W.T berikan ujian dan dugaan ini. Hanya Allah sahaja yang mampu memberi sakit dan menyembuhkannya.

Teringat kembali beberapa hari sebelum terkena Campak ...

"Apala adik ni .. abah tengok badan adik penuh parut sana .. parut sini .. " nah .. skarang abah kau pulak yang merasa.

Insaf.

Saya doa selepas abis virus ini keluar dari badan, janganlah terkena pada isteri dan anak-anak saya. Biar habis .. habis terus.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

4 Komen

Semoga cepat sembuh...owh tak boleh minum air kelapa pula, biasanya kalau demam ni memang elok minum air kelapa =)

Reply

Demam memang elok minum air kelapa untuk turunkan suhu ... tapi dalam kes saya ni sebab saya dah ambil ANTIBIOTIK dari klinik .. so, bila dah ambil antibiotik, tak digalakkan ambil air kelapa dah.

Kalau demam dan tak ambil antibiotik, minumlah air kelapa.. kan saya ada beritahu dalam post tu ..

Reply

HH boleh guna cream Pinertasol yg dijual di farmasi utk campurkan dgn air mandian..sy dulu pun gunakan pinertasol sekejap je kering...anak sy umur 6 bulan dah kena, dgn pinertasol seminggu je kering..

Semoga cepat sembuh HH..

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.