Seperti saya jangkakan, memang banyak promosi untuk penginapan hotel dan percutian diberikan. Bukan sahaja negeri Perak buat promosi penginapan hotel, negeri Terengganu juga ada membuat promosi serupa sempena Visit Beautiful Terengganu 2017; begitu juga dengan negeri Kelantan.
100,000 Rooms Promotion - Tahun Melawat Perak 2017
Saya memetik berita daripada Perak Today, bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017, Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Perak dengan kerjasama Tourism Perak dan Tourism Malaysia Perak telah melancarkan promosi dinamakan '100,000 Rooms Promotion'.Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi di Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2017 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, pada 31 Disember 2016.
[Baca] Promosi Percutian Awal Tahun 2017 - Diskaun dan Potongan Sehingga 70%Diberitakan, sebanyak 23 buah hotel di negeri Perak yang terdiri daripada kategori satu hingga lima bintang mengambil bahagian dalam program promosi ini. Pun begitu, saya pasti akan ada lebih banyak hotel di Perak akan turut ambil bahagian dalam promosi ini, memandangkan ia satu peluang untuk hotel ini menarik para pelanggan sempena Tahun Melawat Perak 2017.
Saya juga difahamkan kerajaan negeri Perak akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu untuk memberikan pakej pelancongan dan percutian menarik kepada pelancong - dalam dan luar negara.
Amacam? Pasti akan lebih menarik .. bukan setakat dapat pakej percutian di satu negeri, tapi boleh dapat pada tiga negeri sekaligus!!
Harga Bilik Serendah RM100
Sempena 100,000 Rooms Promotion, sebanyak 15 bilik setiap hari dengan harga promosi dari serendah RM100 hingga RM500 akan ditawarkan kepada semua. Pun begitu, harga promosi ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak hotel.Promosi yang menawarkan harga penginapan 100,000 bilik hotel ini bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2017.
Di negeri Perak, terdapat lebih kurang 500 buah hotel terdiri dari hotel bertaraf lima bintang hingga satu bintang. Antara hotel yang menarik ialah Belum Rainforest Resort (gambar atas) dan Best Western Premier The Haven, Ipoh (gambar bawah)
Ini satu peluang yang sangat-sangat best buat mereka yang suka bercuti di dalam negeri. Saya sendiri rasa teruja dengan promosi 100,000 bilik hotel ini. Saya mengandaikan nanti, laman web tempahan hotel online seperti Agoda, Traveloka, Hotels.com, Trivago, Booking.com, WeGo, TripAdvisor dan banyak lagi pasti akan turut serta dengan promosi ini, selain promosi direct oleh pihak hotel itu sendiri menerusi laman web hotel masing-masing.
Antara Hotel Menarik di Perak
Saya dah usyar beberapa hotel menarik untuk menjadi sasaran pada tahun 2017 ini, antaranya:- Best Western Premier The Haven, Ipoh
- Kinta Riverfront Hotel and Suites, Ipoh
- The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh
- Tower Regency Hotel and Apartments, Ipoh
- Ipoh Bali Hotel
- Pangkor Laut, Pulau Pangkor
- Swiss Garden Resort and Spa, Lumut
- Felda Residence Hot Springs, Sungkai
- Belum Eco-Resort, Hutan Belum
Tidaklah semua nak duduk menginap, tapi bolehlah dari semasa ke semasa lihat promosi yang ada .. mana nampak berbaloi, in Sha Allah .. saya bakal ceritakan di blog saya ini. In Sha Allah, andai ada rezeki, kesihatan yang baik serta kelapangan.
wahh, kalau promosi camni best lah nak bercuti tahun ni
ReplyDeleteJom cuti-cuti ... :) sesekali bawa anak dan keluarga ke percutian di hotel mewah bagus juga .. ye tak?
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.