Skip to main content

10 Modul Belajar Adsense Untuk Blogger Buat Duit USD

Ramai yang mula mencari sumber untuk jana income dan buat duit dalam USD. Kata mereka, ia lebih untung sebab dalam keadaan ekonomi dan tukaran wang ketika ini, adalah lebih best dan masyuk andai boleh jana pendapatan dalam USD. Dan salah satunya ialah dengan buat blog sendiri, dan buat duit USD menerusi Google Adsense.

Beberapa hari lalu, saya ada kongsikan satu panduan iaitu Panduan Raja Adsense Revive (2017) yang merupakan edisi terkini untuk panduan blogger buat duit USD menggunakan blog masing-masing. Ia merupakan panduan yang mengandungi 10 modul belajar dan mendapatkan akaun Adsense penuh.

10 Modul Belajar Adsense Untuk Blogger Buat Duit USD

Buat rakan blogger yang telah mendapatkan panduan tersebut, saya percaya mereka sedang menelaah bersungguh-sungguh berkaitan Adsense ini. Bukan mudah nak dapatkan akaun Adsense penuh ni. Dengan adanya akaun Adsense penuh (full account), blogger tersebut hanya perlu gunakan satu kod iklan Adsense sahaja untuk diletakkan di mana-mana blog atau laman web kepunyaannya.

Adsense adalah cara untuk jana pendapatan menerusi blog dengan hanya perlu anda bekerja dari rumah sahaja. Duduk depan PC, tulis, update entri blog .. dan biarkan trafik masuk ke blog anda. Setiap trafik yang masuk akan memberikan anda income USD dengan Adsense!

Panduan Raja Adsense Revive ini telah ditulis oleh rakan blogger saya iaitu saudara Shamsuriyadi (Sham), yang juga merupakan antara pakar dalam Adwords. Beliau juga merupakan penulis dalam penerbitan di PTS Publishing untuk topik Adsense.
10 Modul Belajar Adsense Untuk Blogger Buat Duit USD
Apa ada dalam Panduan Raja Adsense Revive edisi 2017 ini? Ok .. biar saya kongsikan kepada anda secara ringkas apa yang terdapat di dalam panduan ini. Seperti saya katakan tadi, ia mengandungi 10 modul yang akan bantu blogger untuk memulakan langkah menjada pendapatan dalam USD menerusi pengiklanan Google Adsense.

  1. Pengenalan
    • Ia pengenalan untuk Modul Panduan Raja Adsense ini. Ia adalah untuk persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran dalam menulis blog bagi program Google Adsense ini. Ramai yang gagal bertahan disebabkan pelbagai isu. Ia akan dikupas di dalam modul ini.
  2. Pemilihan Niche atau Topik
    • Langkah pertama ialah memilih niche atau topik yang terbaik untuk anda buat untuk pasaran Malaysia. Sham juga mengupas beberapa blog yang berjaya yang boleh dijadikan rujukan dalam pembangunan blog anda sendiri.
  3. Pembangunan Blog
    • Seterusnya ialah pembangunan blog samada mengunakan blogger atau wordpress. Dalam modul ini, banyak menyentuh tentang pengunaan wordpress yang dihos sendiri. Tools dan plugin yang digunakan untuk membantu pengurusan blog anda.
  4. Penulisan Artikel
    • Artikel memainkan peranan yang sangat penting bagi sesebuah blog agar bertahan lama di enjin carian. Ia perlu dirancang dan ditulis dengan cara tertentu. Ia perlukan latihan yang lama untuk aktiviti penulisan ini.
  5. Search Engine Optimization
    • Ia adalah rahsia bagaimana blogger berjaya mendapat ranking yang terbaik di enjin carian. Ia cara bagaimana untuk artikel mereka tampil pada kedudukan pertama apabila dicari oleh pengguna internet. Terdapat 2 cara SEO iaitu Onpage SEO dan juga Offpage SEO akan dibincangkan dalam modul ini. Ini saya sifatkan satu bonus buat blogger sebab anda akan belajar teknik ini untuk peroleh trafik yang tinggi!
  6. Teknik Pemasaran Pantas
    • Dalam modul ini, Sham menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan traffik dengan pantas. Sebagus mana sesebuah blog tidak berguna jika tiada pelawat. Sebab itu, modul ini dibuat agar anda boleh mengajak pelawat ke blog anda. Trafik adalah income untuk blog, jadi sebagai blogger, anda perlu tahu bagaimana nak promosikan blog anda.
  7. Mendapatkan Akaun Google Adsense
    • Akaun Google Adsense sangat sukar untuk diperolehi. Namun, dalam modul ini Sham berikan 3 cara untuk mendapatkan akaun Google Adsense Penuh. Terdapat 2 jenis akaun Google Adsense iaitu Penuh dan juga Hosted. Ramai rakan blogger blogspot yang masih keliru mengenai akaun Adsense ini, jadi modul ini akan terangkan dengan jelas. 
  8. Blog Monetization
    • Selain daripada Google Adsense, Sham akan tunjukkan cara lain untuk anda menambah pendapatan blog anda. Pendapatan ini penting untuk membolehkan anda menampung kos-kos yang bakal ditanggung dalam pembangunan blog anda. Aha .. lagi satu bonus untuk anda. Anda bukan sekadar bakal tahu cara nak mendapatkan akaun Adsense, dan mula jana income USD, tetapi juga sumber lain untuk jana pendapatan menerusi blog.
  9. Akaun Adsense Hosted
    • Selain akaun penuh, anda juga boleh memiliki akaun Hosted Adsense iaitu menerusi Blogger dan Youtube. Saya tunjukkan langkah demi langkah untuk mendapatkan akaun Hosted Youtube dan bagaimana untuk anda upgrade kepada akaun Google Adsense Penuh dengan akaun Hosted ini. Serius .... anda perlu faham tentang perkara ini!!
  10. Isu Penting dan Tips
    • Sebagai penutup modul Panduan Raja Adsense, ia akan membincangkan pantang larang yang seringkali terlupa sehingga menyebabkan kehilangan akaun Google Adsense mereka. Jika anda tak mahu income anda kena tahan oleh Google, atau tak mahu akaun Adsense anda kena banned, harus anda baca modul terakhir ini. 
Jadi, saya fikir saudara Sham sudah cukup lengkap memberitahu anda mengenai Google Adsense dalam panduan ini. Kenapa saya kata begitu? Sebab ada yang dah pun dapat hasilnya ..
Anda anda rasa ia satu panduan yang perlu anda miliki? Nak jana pendapatan di blog dengan Adsense tak? Tak mahu merasa income dalam USD? 

Harga Panduan Raja Adsense Revive 2017

Panduan ini boleh anda miliki dengan harga RM100 ... hanya RM80 sahaja. Dan sebagai tambahan, anda akan diberikan akses kepada Support Group yang akan bantu anda untuk optimasikan income USD Adsense anda.
[Klik] Saya Mahu Panduan Raja Adsense Revive - 2017
Harga ini tak kekal lama, sebagaimana harga diskaun sebelum ini yang saya berikan. Jika anda gagal memilikinya hari ini, anda mungkin perlu membayar RM100 kelak. Sebelum ini, harga diskaun hanya RM50 sahaja, tetapi ramai blogger tidak endahkan .. sampai ada yang merayu saya untuk berikan kembali diskaun.

Maaf, tawaran terhad tersebut telahpun tamat. Apa yang boleh anda lakukan sekarang ialah dengan ambil peluang yang ada ini untuk grab harga RM80 ini sebelum terlambat.
[Klik] Saya Mahu Panduan Raja Adsense Revive - 2017


Comments

  1. Memang best kalau dapat jana duit dengan USD.. kalau tukar pergi RM, lumayan sangat x-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyukkk .. rasanya masa post ni ditulis, 1USD sama dengan MYR4.5 kot

      Delete
  2. Berhasrat nk jana income dgn adsense jugak just masih menunggu approval..dah 2 bulan belum ada jawapan dr adsense

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uh lama sangat tu .. kenapakah?

      Delete
    2. Tak tau lah bro HH..yg application dulu kena reject, lah ni tak ada jawapan lagi :(

      Delete
  3. dah dapat akaun, jaga la elok-elok..nak dapat bukan senang, dlu senang le..:D

    ReplyDelete
  4. saya telah pun membeli modul itu, baru nak membaca. Baru selesai bab satu. Tq kerana dapat harga diskaun RM50. Panduan yang berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, lepas ni boleh terus gunakan ilmu2 yang ada dalam Panduan Raja Adsense Revive ni.
      ..
      In Sha Allah .. ada manfaat untuk blogger yang buat kerja dari rumah ni.

      Delete
  5. Alhamdulillah.. selepas 2 kali kena reject, sekarang dah lulus Adsense saya.. INshaAllah nak gali lagi ilmu nak kasik max income dari sini.. thank you untuk tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tahniah Cikgu .... makin mantab la lepas ni dengan niche pendidikan. In Sha Allah, setiap awal tahun, time summer .. banyaklah iklan pasal kolej, biasiswa akan keluar menerusi adsense.

      Delete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.