Langkau ke kandungan utama

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee. Siapa yang mahu buat kerja dari rumah sahaja, dan jana pendapatan sampingan mengikut minat, hobi dan kepakaran? iLancee.com mungkin tempat sesuai untuk anda. Ia boleh menjadi cabang income sampingan yang baik jika anda tahu untuk rebut peluang yang disediakan.

Kerja dari rumah menjadi semakin popular ketika ini disebabkan ramai yang mahu tambah pendapatan sedia ada. Walaupun kerja hakiki ada gaji tetap, namun dalam keadaan ekonomi sekarang .. mahu tidak mahu, perlu ada sumber kewangan kedua bagi menampung kekurangan dalam perbelanjaan harian.

Info Berkaitan Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
iLancee.com dikendalikan oleh Serius Media Network (NS0139946-P), malah ia adalah syarikat yang turut mengeluarkan Panduan Buat Duit Dengan Blog - yang merupakan salah satu cara untuk jana pendapatan dari rumah. Saya sendiri kerja dari rumah dan menjadikan blog sebagai sumber pendapatan harian dan bulanan saya.

Program kerja dari rumah dengan iLancee dah lama wujud. Malah, ia telah ada sejak dari tahun 2014 lagi. Itulah juga tahun di mana saya menjadi terawal mendaftar dengan platform iLancee ini.

Kenapa saya mendaftar ketika itu?

Waktu itu, saya dapati iLancee merupakan satu-satunya laman web yang menyediakan peluang untuk mereka yang ada bakat, ada hobi dan ada kemahiran untuk jual servis secara online dengan percuma. Anda tidak perlu bayar apa-apa menerusi program iLancee ini, pendaftaran diberikan percuma.

Apa yang dilakukan oleh iLancee adalah untuk bantu mereka yang mahu jana pendapatan dengan bekerja dari rumah atau mencari income sampingan bagi meringankan perbelanjaan keluarga.

Tujuan Kerja dari Rumah iLancee Diwujudkan

Kerja dari rumah dengan iLancee ditubuhkan adalah untuk membantu usahawan-usahawan digital micro dalam memulakan kerjaya atau bisnes tanpa modal. Ini kerana pengguna hanya perlu ada bakat, hobi atau kemahiran sahaja untuk jana income di sini.

Sebagai contoh, jika anda seorang writer, anda boleh tawarkan servis penulisan, jika anda seorang designer anda boleh menawarkan servis design, jika anda ada kemahiran dalam bidang bina website, tawarkan servis website dan sebagainya.

Ya, anda bukan jual produk... tetapi anda jual servis anda. Dan anda boleh lakukan penjualan servis anda ini di iLancee tanpa sebarang bayaran atau kos awal yang terlibat. Jual servis anda untuk dapatkan kerja dari rumah dengan iLancee.

Pun begitu, iLancee masih juga memberikan peluang untuk mereka yang tiada kemahiran khusus untuk gunakan platform iLancee untuk raih pendapatan. Anda boleh menjual produk tetapi ada terma dan syarat yang perlu anda patuhi ... yang sebenarnya saya sendiri tak berapa syorkan. Adalah lebih baik anda jual servis anda daripada anda jual produk di iLancee. :)

Fungsi-Fungsi Dalam iLancee

Ciri-Ciri iLancee Untuk Kerja Dari Rumah
Ok. Anda tentu terfikir .. bagaimana saya nak jual servis menerusi iLancee ni? Siapa yang akan dapatkan servis saya di situ?

Di iLancee ada dua fungsi iatu Buyer dan fungsi sebagai Seller. Dua-dua ini boleh jadi anda.

Jadinya, siapa sahaja yang terserempak dengan iLancee boleh memilih - samada mahu berikan (jual) servis atau dapatkan (beli) servis-servis yang ditawarkan. Dan jangan risau, saya pasti pihak iLancee juga akan mempromosikan iLancee ini pada orang lain supaya tahu kewujudannya. Jadi, potensi untuk dapatkan kerja dari rumah dengan laman iLancee ini tetap ada.

Anda kena sedia maklum bahawa apa yang iLancee tawarkan ialah kerja sampingan berdasarkan kepada hobi, minat dan kemahiran anda. Bukan semua orang akan minta anda buat kerja untuk mereka, dan bukan semua orang sanggup untuk labur modal untuk dapatkan servis anda.

Maka, untuk berjaya dengan iLancee dan dapatkan kerja .. anda mesti tampil unik, serta buktikan kemahiran anda itu berbaloi dengan harga yang mereka (buyer) bayar. Anda jangan terkejut apabila ada yang menjadi Seller di iLancee menjadi Buyer untuk servis anda .. huhu.
Cara Jana Pendapatan dengan iLancee Untuk Kerja Dari Rumah

Orait.

Bagaimana Untuk Menjual?
Langkah 1: Bina servis baru yang anda ingin tawarkan.
Langkah 2: Kongsikan servis anda di laman sosial.
Langkah 3: Anda akan diberitahu jika ada seseorang tempah servis anda.
Langkah 4: Selepas anda siapkan kerja, iLancee akan lepaskan income anda sebanyak 80%.
Langkah 5: Keluarkan income melalui akaun bank anda.

Bagaimana Nak Membeli?
Langkah 1: Cari servis yang anda minat dan suka.
Langkah 2: Bayar guna FPX/Kad Kredit/Online Banking.
Langkah 3: Lihat progres kerja Seller.
Langkah 4: Terima tempahan siap anda.
Langkah 5: Anda boleh meminta balik untuk betulkan yang mana silap.
Langkah 6: Berikan rating kepada kerja Seller samada baik atau tidak.

Jelas?

Caj 20%? Kata Percuma?

Pada Langkah 4 - Bagaimana untuk menjual, saya nyatakan bahawa income menerusi kerja dari rumah yang anda buat akan diterima sebanyak 80% .. kenapa?

Siapa yang daftar percuma di iLancee perlu tahu bahawa setiap servis yang diiklankan dan memperoleh Buyer di iLancee akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 20% daripada jumlah harga servis. Anda tidak dikenakan apa-apa caj untuk letak iklan servis anda. Hanya setelah ada Buyer dan Buyer terima hasil kerja dari anda, dan membayar barulah caj ini dikenakan.

Contohnya. Harga servis adalah RM50. Buyer akan bayar pada iLancee. iLancee akan transfer 80% ke akaun, Maka, Seller akan dapat RM40 dan RM10 akan dapat kepada pengurusan iLancee.

Fahamkan .. simple je tu. Tak rumit dan tak ade konar lipat.

Kenapa Tak Terus Bayar Pada Seller?

Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa Buyer tidak terus bayar je kepada Seller yang sediakan servis di iLancee?

Scammer .. penipu berada di mana-mana. Jadi, apa yang dilakukan oleh iLancee ini adalah untuk melindungi Buyer. Bila ada terma ini, setidaknya mereka yang nak dapatkan servis di iLancee akan rasa terjamin dan selamat. Dan Seller pula tidak boleh sebarang-sebarang nak buat hal di iLancee. Kerja tak siap, no payment.

Banyak kes yang macam ni .. scammer dan penipu memang ramai - samada wujud pada Seller, dan juga Buyer. Konar tang mana dengan iLancee, in Sha Allah, anda akan dihindari daripada penipuan ini.

Satu kelebihan pada iLancee. Tak begitu? Kalau anda seorang scammer .. mungkin tak bersetuju dengan apa yang iLancee buat .. haha.. Tapi bagi sayalah, bagus juga ada pendekatan orang tengah yang jaga transaksi ni. Setidaknya ia akan menjaga reputasi platform kerja dari rumah ini daripada skema-skema penipuan yang semakin berleluasa di internet.

Nak info lebih tentang nak elakkan kes tipu menipu di iLancee ni, anda boleh baca di sini - https://www.ilancee.com/tos/

Contoh & Idea Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Hobi, Kemahiran dan Minat Sebagai Potensi Sumber Kerja di Rumah
Siapa yang patut daftar dengan iLancee ni? Ok .. jika anda dah baca dari awal post ini, anda tentu sudah dapat idea tentang apa yang boleh anda buat dengan iLancee. Mudah je .. anda fikir apa kerja yang boleh anda lakukan di rumah, dan offer kerja yang anda boleh buat tu di iLancee. Be realistik .. jangan nak merapu macam - saya akan siram pokok bunga anda dari rumah .. cet ..

Contoh mudah saya berikan untuk gilap idea sembab anda .. haha...
  • Reka banner iklan produk - samada untuk kegunaan di internet, di blog, laman web atau banner untuk cetakan (printing). 
  • Reka kad nama. Jika anda ada mesin .. boleh terus cetak. So servis anda - reka kad nama anda dan cetak pada harga RMXX.
  • Naikkan follower di media sosial. Sesetengah orang derang ni ada teknik dan taktik sendiri untuk dapatkan follower di media sosial. Ada kemahiran ini, boleh jual servis naikkan like di iLancee.
  • Promote bisnes di media sosial. Ramai usahawan online bergerak secara solo, kecil-kecilan. Mereka tak ada staff nak promote. Anda boleh offer servis ni di iLancee.
  • Sediakan surat rasmi untuk agensi tertentu. Sesetengah orang tak reti nak tulis surat rasmi.. percayalah, saya salah seorang darinya .. haha.. Anda boleh offer servis ni terutama mereka yang memang kerja di jabatan kerajaan tertentu .. offer servis ni sebagai kerja dari rumah dari anda.
  • Reka logo untuk bisnes - salah satu idea kerja dari rumah yang gunakan hobi, kemahiran dan juga kekreatifan. Bukan semua orang kreatif.
  • Reka design kulit buku atau ebook - sama juga dengan logo. Janji anda ada software best untuk buat rekaan yang awesome.


Ada banyak ... tips daripada saya ... cuba anda buka PC anda. Lihat software apa yang anda miliki ..
Lagi .. cuba tengok tools yang ada di dalam rumah anda .. apa yang anda miliki. Semua itu adalah aset yang boleh anda gunakan untuk buat kerja dari rumah dengan iLancee - iLancee digunakan untuk promote kerja yang anda boleh buat ...

Tak susah kalau anda memang dah ada minat dan ia adalah sebahagian daripada hobi. Semua ni adalah sumber pendapatan untuk anda .. cumanya sekarang ialah anda perlu platform untuk jual, untuk promote sahaja. Maka, bolehlah gunakan iLancee ..

Daftar Percuma di iLancee Untuk Buat Kerja Dari Rumah

Daftar percuma di iLancee.com dan jadi orang terawal offer servis di situ. Dan kalau anda nak jadi Buyer pun boleh ... sebab saya percaya anda boleh dapatkan servis murah-murah yang disediakan oleh Seller di iLancee.
[Klik] Saya Nak Daftar Buat Kerja Dari Rumah dengan iLancee
Orait ... saya harap anda ambil kesempatan yang ada sebab iLancee sudah 'berwajah baru'. Ia sudah direconstruct untuk berikan lebih nilai. Boleh dapatkan info terkini iLancee di FB - FB iLancee Official

Contest iLancee

Kontest SEO Kerja Dari Rumah iLancee

Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio, Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder, Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog, Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju TrackingInfobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian Blogger, Hiburan Sabah, Top Seo Friendly, Sentiasa Panas

Andai sudi, bolehlah tinggalkan komen bertalu-talu untuk post ini, saya perlukan komen yang sangat banyak supaya boleh 'bawa pulang' sebahagian hadiah wang tunai kerja dari rumah dengan iLancee ini...  boleh ye.. huhu..

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Assalamualaikum...Pengisian artikel padat dengan info berkenaan dengan iLancee. Good luck :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, harap artikel ini dapat bantu orang lain faham tentang cara nak jana income dari rumah dengan iLancee ni.

      Padam
  2. huhu..Bro HH pun dh join..

    Terbaik artikel kerja dari rumah dengan iLancee..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Ala, siapa siapa pun boleh join .. huhu .. tu penaja pun boleh join kontest kerja dari rumah dengan ilancee ni .. hehehe

      Padam
  4. Siapa yang mempunyai kemahiran atau bakat dalam penulisan, design atau yang berkaitan dengannya, bolehlah cuba menjana duit dari iLancee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, bagus untuk mereka yang nak cari pendapatan kerja sampingan dari rumah sahaja.

      Padam
  5. banyak dah baca info ttg ilancee ni.. insyaallah nanti zaza daftar

    BalasPadam
  6. Memang bagus nmpaknya ada servis jual beli ini...banyak manfaat yg boleh...gudluck hh join contest...sudi baca kat blog sy juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam fiverr gak. Tapi ini buatan Malaysia. Kerja dari rumah untuk rakyat Malaysia.

      Padam
  7. Eow....artikel cukup menarik padat dengan informasi tentang iLancee.

    Pakarr dalam menulis review berkaitan sesuatu servis.

    Semoga berjaya bro Hasrul Hassan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah ... panas keyword kerja dari rumah ni

      Padam
  8. Otai yang terus berbisa HH ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bisa .. uhh tak leh dekat .. hahaha

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…