Fuh, dah lama sebenarnya saya dan keluarga tak pergi ke Jom Heboh TV3. Kali terakhir rasanya pada tahun 2011. Waktu tu saya sempat berkenalan dengan Faizal Ismail (FBI) dan Kieran (DJ Hot FM ketika itu) ... tu sebab mereka jadi follower blog dan fanpage... haha poyo. Malah post-post mengenai mereka yang pernah saya terbitkan, dikongsikan di page mereka dan jadi viral... walaupun berkenalan tak sampai pun lima minit...haha.

Baru-baru Jom Heboh sampai ke Stadium Batu Kawan, jadi dapatlah saya bawa keluarga untuk tengok apa yang menarik. Mulanya, saya malas nak pergi, tetapi sebab ibu mengandung yang ajak, jadi saya akur sahaja. Anak-anak tak berapa excited sangat kecuali anak saya yang kecil, si Maira. Yelah, Maira tak pernah lagi pergi karnival besar macam ni.

Hujung Minggu di Jom Heboh 2016 Pulau Pinang

Jom Heboh 2016 di Pulau Pinang
Hmm tak banyak benda pun kat Jom Heboh 2016 di Penang. Tak seperti tahun 2011 yang pernah saya pergi dulu... tak banyak produk dari Media Prima dipromosikan - maksud saya .. khemah dari Media Prima tak berapa banyak. Khemah daripada usahawan tempatan .... perghh ... memang banyak betul. Saya pun tak sempat nak singgah semuanya.

Saya pergi Jom Heboh 2016 pada waktu pagi, lebih kurang jam 10:00 pagi. Pengunjung tak ramai, dan parking pun mudah.

Sempatlah juga dapatkan beberapa barangan dan produk yang dijual dengan harga murah.

Meh layan beberapa gambar yang saya ambil semasa Karnival Jom Heboh 2016 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Semua gambar diambil menggunakan kamera telefon ZTE Axon 7 Mini.
Jom Heboh 2016 di Pulau Pinang
Jom Heboh 2016 di Pulau Pinang
Jom Heboh 2016 di Pulau Pinang
Jom Heboh 2016 di Pulau Pinang
Jom Heboh 2016 di Pulau Pinang
Jom Heboh 2016 di Pulau Pinang
Jom Heboh 2016 di Pulau Pinang

Maaf sebab tak banyak gambar saya ambil.... bukan apa, ramai awek dok ngedeng suh beli itu ini ... jadi tak menang tangan .. huhu. Kang bergambar ngan awek .. takut terlebih bergambar .. haha.

Ok tak gambar dari ZTE Axon 7 Mini ni? Cantikkan gambar dia walaupun ada yang nampak blur ... huhu. Nanti saya cerita pasal telefon pintar terbaru dari ZTE ni. Ada jual di Lazada dengan harga RM1,399... boleh dapatkan tawaran istimewa dengan diskaun kalau kena harinya .. huhu.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

2 Komen

tak penah lansung pi jum heboh!! hahahaha

Reply

best boleh beli byk barang dengan harga diskaun murah2 .. pastu leh dapat banyak goodie beg .. haha

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.