Kolam Pancing Marina Island. Ada lokasi baru buat kaki pancing sekitar negeri Perak, terutama yang tinggal berdekatan Setiawan, Lumut, Manjong dan Ayer Tawar. Ada satu kolam pancing baru dibuka yang terletak di Marina Island, iaitu betul-betul di depan pintu masuk ke Rockbund Fishing Chalet yang dah acapkali saya pergi bersama keluarga.

Kolam Pancing Air Masin, Marina Island, Lumut Perak

Kolam Pancing Marina Island ini merupakan kolam pancing air masin (laut) yang baru sahaja dibuka sekitar April atau Mei 2016. Dengan adanya kolam pancing ini, ia menjadi alternatif terbaik buat mereka yang gagal menaikkan sebarang ikan di laut lepas Rockbund Fishing Chalet.
Kolam Pancing Marina Island
Kolam Pancing Marina Island
Saya masih lagi belum dapat peluang untuk menduga kepakaran saya memancing ikan di Kolam Pancing Marina Island ini. Dengarnya ikan-ikan seperti Jenahak dan Kerapu bersaiz mega di dalam kolam air masin ini.

Info Mengenai Bayaran Masuk, Waktu Operasi dan Syarat

Untuk info berkaitan bayaran masuk, waktu operasi dan syarat-syarat memancing, anda boleg rujuk pada gambar-gambar yang saya ambil semasa berkesempatan untuk singgah di Kolam Pancing Marina Island ini.

Namun secara amnya, bayaran masuk adalah RM100 untuk 3 jam (minima) untuk satu pancing.
Kolam Pancing Marina Island
Kolam Pancing Marina Island
Kolam Pancing Marina Island
Lokasi Tempat Mancing Air Masin di Lumut
Selain kolam memancing yang luas, ada sebuah restoran di bahagian pintu masuk Kolam Pancing Marina Island ini. Saya difahamkan, anda boleh upah mereka untuk masak ikan pancingan anda. Malah, kalau anda gagal mendapat ikan ... anda boleh sahaja menjamu selera ikan bakar di situ.

Kolam Pancing Marina Island
Kolam Pancing Marina Island
Jika anda datang dari luar kawasan, anda boleh sahaja menempah bilik hotel berdekatan selain Rockbund Fishing Chalet. Antara hotel yang berdekatan ialah Marina Island Pangkor dan juga Marina Cove Resort. Anda boleh mendapatkan harga terbaik dan termurah menerusi laman web Agoda atau Trivago.

Selamat memacingg ... huhu...


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

8 Komen

Pernah juga makan di restoran di tepi Marina island ni. Boleh tahan juga masakan dia.

Reply

ok baru tahu rate harga masuk kolam pancing. mahal gak

Reply

Betul-betul depan pintu masuk ke Rockbund Fishing Chalet... anda cuma pandang sebelah kiri je, akan nampak kolam ni. Tak ada benda lain dah .. kolam ni je ada kat depan pintu masuk chalet tu

Reply

Heh .. ada yang lagi mahal

Reply

nak tanya.. kat kolam ni ada jual umpan tak?? mcm udang hidup ke?? ada tak??

Reply

assalamualaikum.. nak bertanya sikit.. kat kolam ni. ada jual umpan hidup atau mati tak.. mcm udang hidup ke.. ada jual tak??

Reply

Maaf tuan, tak ada dijual .. kena beli di tempat lain. Selalunya saya beli di kedai-kedai pancing yang ada di sekitar Lumut. Memang ada jual umpan hidup.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.