Layan Nasi Arab Dalam Talam di Restoran Harga Patut

Layan Nasi Arab Dalam Talam di Restoran Harga Patut. Ini merupakan kunjungan kali kedua saya ke restoran ini untuk menikmati hidangan Nasi Arab di dalam talam. Sebelum ini pernah datang, tapi makan sendiri-sendiri .. tapi kali ini, kami anak beranak memang sepakat nak makan dalam set talam di sebuah restoran yang diiktiraf sebagai kedai makan harga patut oleh pihak KPDNKK.

Restoran yang sajikan Nasi Arab ini memang dah lama ada... kurang lebih dalam 2-3 tahun juga (2016). Lokasinya adalah di Taman Pekaka, depan USM Transkerian, atau USM Kampus Kejuruteraan. Kalau tak silap saya, pemilik restoran ini dah berganti.

Layan Nasi Arab Dalam Talam di Restoran Harga Patut

Layan Nasi Arab Dalam Talam di Restoran Harga Patut
Buat masa ini, saya cuma tahu hanya restoran ini yang wujud berdekatan Parit Buntar yang ada sediakan masakan Arab, seperti Nasi Mandy, Nasi Arab Kabshah dan lain-lain, termasuk Tandoori. Kat tempat lain ada juga, tapi ia lebih kepada cawangan kepada restoran ini, iaitu di Balak Inn, Jalan Sempadan .. berhampiran dengan lokasi Pasar Kemboja.

Terbeliak Mata Tengok Nasinyaaaa ... dan Saya Imbau Kenangan Lama

Masa mula-mula kami order dulu ... memang terbeliak gak la mata anak-anak saya ... yelah, nampak nasi setimbun atas talam. Memang mengujakan.
Makan di restoran Nasi Arab harga patut di Nibong Tebal/Parit Buntar
Hmm .. bila makan dalam talam ni, saya teringat zaman saya belajar di USM Minden. Masa tu, banyak kali juga dapat merasa makan dalam talam, terutama ketika bulan Ramadhan. Setiap kali bulan Ramadhan je, saya dengan kawan-kawan belajar lain pasti akan sesekali buka puasa di masjid USM. Memang tradisi .. hidangan buka puasa dibuat makan dalam talam .. satu talam .. makan antara 3-4 orang.

Ketika itu, dapatlah kenal ramai orang luar terutama penduduk tempatan yang datang berbuka puasa di masjid. Memang meriah ...
[Baca] D'Paradise Hidang Shell Out Segar Harga Berpatutan
Sekarang dah susah nak tengok adat makan dalam talam. Pernah sekali .. masa saya hadir ke kenduri kahwin di Sungai Sumun, Hutan Melintang, Perak .. saya dengan keluarga dijamukan dengan makan dalam talam .. memang dah jadi adat kat situ, kenduri yang masak sendiri .. masak gotong royong .. tetamu dihidangkan dengan makan dalam talam ... haha ... jangok2 pergi kenduri, last-last kena bersila makan nasi kenduri atas talam ...huhu.
Restoran kedai harga patut di Parit Buntar/Nibong Tebal
Makan Nasi Arab Dalam Talam
Jadi, bila layan Nasi Arab kat restoran ni .. sedikit sebanyak saya teringatlah kenangan lama dengan kawan-kawan satu kuliah dulu. Uhhh .. bulan Ramadhan di USM memang best ... bab makan memang jimat banyak .. pastu makan lak sedap-sedap ... kari kambing mesti ada punya ... tak pun kurma kambing.

Kena Makan Bersila

Makan di restoran ni agak best sebab boleh bersila .... walaupun ada ruangan lain kalau nak makan atas meja. Tapi .. kalau dah makan oder set Nasi Arab Dalam Talam .. dah sah-sah nak kena makan bersila ramai-ramai .... lagipun bukan selalu makan nasi dengan anak-anak secara bersila ni ... huhu
[Baca] Cari Tempat Makan Burger Bakar dan Nasi Arab Dengan Mudah Dengan Saji.my
Set Nasi Arab dalam talam dijamu dengan lauk pauk berlainan .. ayam dan kambing. Pastu ada sayurnya .. dan ada kuahnya. Bila makan ramai-ramai camni .. memang cepat habis.
Layan Nasi Arab Dalam Talam di Restoran Harga Patut
Cara makan macam ni ... buat sesetengah orang macam tak berapa berbudaya ... tapi bagi kami .. ok je, dapat eratkan perhubungan dengan lebih rapat, dan boleh ajar anak-anak untuk berkongsi dan bertoleransi bila mengadap rezeki.

Belajar Makan Dalam Talam Sewaktu Bersama Jemaah Tabligh

Semasa saya bersama rakan-rakan dalam Karkun, cara makan macamni lah kami amalkan setiap hari .. itu sebab Karkun boleh bersahabat baik, mesra dan buat kerja agama dengan sepakat dan berjemaah... sebab bab makan pun mereka amalkan secara makan berjemaah.
[Baca] Resepi Nasi Arab Lengkap dan Mudah
Kalau anda ada kesempatan untuk pergi mana-mana restoran yang ada set makan dalam talam, cubalah pesan ye .. rasai sendiri. Nak buat kat rumah .... pun boleh juga .. tapi agak sukar sikit bila bab nak membasuh sebab kebanyakkan sinki di rumah bersaiz kecik .. nak tak nak .. kena basuh talam dalam bilik air... huhu.
Restoran Kedai Harga Patut 2016 di Parit Buntar
Layan Nasi Arab Dalam Talam di Restoran Harga Patut

Pernah ada pengalaman makan dalam talam tak? Share la pengalaman ehh .. komen di bawah.

2 comments.. read them below or add one

Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah November 09, 2016
Sedapnya makan nasi dalam talam.
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit November 09, 2016
Memang teruja bila sampai depan mata nasi arab macam ni. Boleh nak pergi cuba juga.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.