Sebahagian besar cara untuk dapatkan UV tinggi ini saya praktik semasa baru-baru nak naikkan nama blog ini. Alhamdulillah, hasilnya memang nampak walaupun makan masa sedikit ... yelah, nak kena rajin, pastu nak kena istiqomah. Mungkin awal-awal gunakan tips dan panduan saya berikan ini tak begitu nampak ... tapi in Sha Allah .. akan ada hasil.
10 Cara Untuk Mendapatkan Unique Visitors Blog Yang Tinggi
Orait .. tapi sebelum tu, kalau anda nak tengok Unique Visitor ni ... anda boleh tengok pada Google Analytic. Users dalam Google Analytic tu ... adalah UV. Dalam beberapa sumber lain, macam di dalam dashboard Nuffnang pun ada kot benda ni .. huhu .. saya dah lama tak login Nuffnang, dah tak berapa nak ingat dah.Jadi, apakah cara dan teknik yang telah saya gunakan untuk dapatkan pengunjung unik (UV) yang tinggi ini?
Rajin Blogwalking
Pertama sekali, anda kena rajin singgah menyinggah blog orang lain. Tak susah mana pun. Ada banyak platform anda boleh dapatkan blog2 untuk menyinggah. Anda boleh cuba menerusi bloglist blog orang lain atau menerusi beberapa group dalam Facebook, yang ada banyak senarai blog lama dan baru. Lakukan aktiviti blogwalking ini sekerap yang boleh, dan pastikan anda singgah dan beri respon kepada entri yang dipaparkan.Tinggalkan Link Blog
Keduanya, jika anda berikan komen yang agak panjang atau yang anda fikir agak keras dan pedas, tinggalkan link blog anda. Kadangkala tuan rumah tertarik dengan komen anda, dengan gaya dan cara anda tulis di ruangan komen tersebut. Dengan meninggalkan link blog anda, ia mudah baginya untuk singgah balas blog anda atau beri respon kepada komen yang anda buat dalam blognya. Tapi, jangan komen dengan 'anonymous' sebab saya fikir komen dengan cara ini mengelakkan diri anda dari bersikap jujur dan ikhlas.Hargai Komen Ditinggalkan
Ketiganya, hargai mereka yang komen dalam blog anda. Seperti apa yang saya buat; saya suka add atau jadi follower blogger yang suka beri respon kepada entri2 yang saya buat. Ini menunjukkan mereka baca. Bukan senang nak buat orang baca blog kita ... jadi salah satu caranya ialah, paparkan blog mereka dalam blog anda samada dengan meletakkan blog mereka dalam bloglist atau buat entri. Anda juga boleh buat perkara yang sama dengan berkunjung ke blog mereka dan respon dengan entri2 yang mereka paparkan.[Baca] SEO Penting Untuk Blog - Satu Cara Dapatkan Trafik Blog Tinggi
Aktif Dalam Contest dan Giveaway
Keempat ialah ambil bahagian dalam contest dan giveaway yang mudah. Ia suatu bentuk promosi secara tak langsung. Bila anda join, penganjur secara automatik akan promosikan entri dan blog anda yang berkenaan.Tajuk Entri Berimpak
Kelimanya, buatlah tajuk entri yang menyengat dan memberi impak. Salah satu cara ialah dengan buat tajuk entri dalam bentuk pertanyaan. Namun, tajuk yang ada tanda seru selalunya tidak mesra SEO. Teknik ini berkesan jika blog anda terdapat di dalam bloglist blog yang lain (yang lebih ramai pengunjung dari anda).Nama Fail Gambar Dalam Entri
Keenam ialah, jika blog anda ada gambar; sebelum anda upload gambar tersebut ke dalam entri blog, namakan gambar itu dengan baik agar ia menjadi sasaran search engines, contohnya gambar labah-labah tukar DSC0021.jpg menjadi labah-labah.jpg. Jadi, anda boleh dapatkan UV dari mereka yang cuma nak lihat gambar-gambar tertentu.[Baca] Bagaimana Blogspot Saya Terima 180 Ribu Pengunjung Unik Dalam Masa 4 Bulan?
Jalin Kerjasama
Ketujuh, jalinkan kerjasama erat dengan blog yang ada ramai pengunjung dan followers yang ramai. Kerjasama boleh dalama bentuk join contest, aktif dalam kotak jerit, sentiasa beri komen, join segmen yang dianjurkan .. berinteraksi dengan bloggers lain dalam blog berkenaan.Promosi di Laman Sosial
Kelapan ialah promo blog anda di media sosial seperti facebook, instagram, twitter, myspace, termasuklah juga forum. Kongsikan artikel yang anda tulis dalam blog anda dalam platform tersebut.Tajuk Entri Spesifik Untuk Golongan Tertentu
Kesembilan ialah cuba buatkan entri yang membincangkan sesuatu perkara yang lebih spesifik tetapi ditujukan kepada golongan yang agak umum. Contohnya; macam entri ini, ia spesifik untuk petua tingkatkan trafik UV tetapi umum ditujukan kepada bloggers.Hargai Entri Orang Lain
Dan terakhir sekali ialah jadilah blogger yang sentiasa saling menghargai entri orang lain. Jika nak ulas blog atau entri yang dibuat ... buatkan backlink ke blog berkenaan. Jika anda nak gunakan gambar dalam blog berkenaan, mohon izin dan pastikan anda tidak salah guna keizinan yang diberikan. Jadilah blogger yang bertanggungjawab. Tak salah berkongsi tetapi biarlah kena dengan adab dan caranya.Okeh .. dah ... saya dah kasik dah 10 kaedah yang saya buat untuk dapatkan UV yang tinggi untuk blog ini. Mudah-mudahan ia menjadi juga buat anda.
Terima kasih daun keladi .. lain kali komen dan tegurlah lagi.
p.s: Entri ini adalah entri yang saya republish ... dan ia telah menjadi antara amalan dan antara kaedah terbaik untuk naikkan UV khususnya untuk blogger baru.
thanks utk info yg berguna nie..hehe
BalasPadamtips yang menarik perlu dicontohi..huhu..:)
BalasPadamtips yg patut dijadikan rutin oleh smeua blogger..
BalasPadamthanks HH...TERBAEK!!;)
BalasPadamtips yang menarik. thanks bro :)
BalasPadamwaaa....best2..nk tiru la..tq share...
BalasPadamni link..hihihi http://farhanasahri.blogspot.com/
Salam..makasih atas tips yg amat brguna bg saya yg br dlm dunia blogging nih!
BalasPadammacam ni la baru cool.. tips keenam tu kami tak pernah tahu. baru tahu lepas baca ni. ada fungsi juga rupanya nama gambar rupanya. orait.. there we go.
BalasPadamENTRY TERBARU: SAYA BLOGGER CERIA
If blogshop cmna pulak tu?
BalasPadamtapi saya sgt2 tertarik dgn tips 6..patut la bila sy search sesuatu contohnya baju tp keluar mcm2 gmbar! kereta moto sumer ada..hahaha.. rupanya nak tarikkan perhatian kita rupanya..amazing!
Thanx mr hasrul..thats y i like ur blog..byk info menarik yg berguna. Banyak juga blogger yang saya follow yg punyai beribu2 follower tp kebanyakkan cerita ttg life. skdr boleh hilangkan tensen je la..
Bydaway thanx a lot!
time kasih share info...
BalasPadambanyak giler tips.. bace bace jugak. sronok.
BalasPadamtapi ble nk praktikkan balik dekat blog da xreti. hoohoho..
entry berguna :)
BalasPadamTips yg sgt berguna utk blogger baru mcm sy ni. TQ
BalasPadamthanks. baru tau jugakk yang pasal no.6 tuh :]
BalasPadamwah, berguna betul entry ini. thanks ya.
BalasPadamTips yang sangat berguna..Thanks..
BalasPadamUruguay kawal penggunaan internet
Salam .. semoga tips yang tak seberapa ini dapat membantu apa yang anda inginkan.
BalasPadam:)
thanks for the tips.
BalasPadam:D
ha...ha...ha...tips yg berguna untuk org mcm saya
BalasPadamtips keenam bagus gila~
BalasPadamkpiidap bro~ =)
tengkiu .. saya dah bookmark page nih... sangat2 berguna untuk saya :)
BalasPadamsgt berguna...thanks :)
BalasPadammekaseh byk...(*_*)
BalasPadamamat berguna buat saya budak baru belajar...:)
BalasPadammemang info yang best...tq..dapat tambah ilmu lg
BalasPadammemang benar benar belaka bro :)
BalasPadamMaaf saya katakan cara ni boleh dikatakan cara tradisional boleh terangkan cara yang lebih advance lg untuk dapatkan UV ni,sebab untuk fulltime IM bolehla terus bekerja gimana cara nya yang parttime dan baru nak berjinak-jinak,tapi apa pun tq for info bukan apa kalau semua rakyat malaysia suka bertukar pendapat saya rasa adsense dan online marketing bisa boom.Ini tak asyik nak jual barang aje kesian yg tak ada duit dan baru nak kenal dunia IT ni ok bro salam buat anda semoga sukses.
BalasPadamtrima kasih atas tips2 ni , hrap buna la yee . oh , lupe plak , nk tinggal jejak jep , hehe! follow aku taw http://miczrabhz.blogspot.com/
BalasPadaminfo berguna..salam blogger indonesia
BalasPadamEntry ni dah lme ke? Wow! I found this at #Sahabat Blogger. For newcomer macam kita, it's a great pleasure sbb ada juga brader blogger jiwa kental yang sanggup berkongsi tips-tips dia. Sangat membantu! Thanks Encik Hasrul for posting about this again. Tertangkap perhatian kita kejap sebab blogpost ni :)
BalasPadamYang ke 4, tak pernah buat
BalasPadamKesibukan masa.,faktor utama selain cerita entry travel yang tak pernah habis.
Terima kasih informasi ini.
Terima kasih semua kerana menyukai apa yang HH kongsikan ini, semoga lebih manfaat dapat diberikan kepada anda untuk tingkatkn mutu blog masing-masing ...insyaAllah.
BalasPadamterima kasih diatas tips2 yg diberi . Moga saya dapat memanfaatkan dlm blog saya
BalasPadamThanks atas sharing yg sgt berguna...anda mmg x kedekut ilmu...semoga Allah memberi keberkatan dalam hidup anda
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian...anda mmg x kedekut ilmu...baarokallohufiik...
BalasPadamthanks yer..tips yg sangat membantu bg blogger baru seperti saya ni
BalasPadamsyukran .tq..HH...tips sgt berguna bagi buah cempedak di luar pagar...
BalasPadamterima kasih..saya suka tip2 di blog ini
BalasPadamthanks for sharing HH... sgt berguna....
BalasPadaminshaallah
BalasPadamgreat tips
Jadi blogger ni kene rajin sebenarnye.
BalasPadamSaya pun pernah republish artikel juga, dan hasilnya boleh dikatakan memuaskan :-)
thanks bro HH atas ilmu ini
BalasPadamterima kasih BRO!
BalasPadamamboi tuan ni... merendah diri la plak... hehe.. blog tuan ni leh jadi rujukan untuk blogger2 lain ni....
BalasPadamterima kasih dan saya sedang blogwalking sekarang ini.
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih Bro HH atas tips yang dikongsikan..PC sendiri pun tengah gigih untuk tingkatkan UV..
BalasPadamISTIQOMAH..terima kasih HH
BalasPadamBagus tips ni...thnks bro
BalasPadamThank you for the tips. really helpful. :)
BalasPadamterima kasih HH atas perkogsian terbaik ini
BalasPadamterima kasih sifu HH...yang tips pasal gambar tu osem ;)
BalasPadamUV blog saya hari ni 8k lebih je, PV pulak 21k lebih..
BalasPadamTN :)
BalasPadamsaya sudah faham sekarang.
BalasPadamhttp://kiracukaipendapatan.blogspot.my/
tips sangat terbaik
BalasPadamThank you for sharing tips.. Jomlah visit blog sy
BalasPadamTahanks Sharing bro ..semoga bermanfaat utk semue - akubloggeritu.blogspot.com
BalasPadamTerima kasih atas tips yg diberikan.. sgat berguna kpd blogger baru seperti sy :)
BalasPadamWahhh..terima kasih..saya baru nk try..😂
BalasPadam😃😃😃
Good info bro...mantap...
BalasPadamTerima kasih Tuan.. ada yang dah saya cuba buat juga, boleh cuba beberapa tips yang lain..
BalasPadamTerima kasih atas entri yang bermanfaat. Baru nak mula blogwalking.
BalasPadamInfo yang menarik.. tq
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.