Langkau ke kandungan utama

Anak Sulong Saya Dah Remaja

Alhamdulillah. Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Anak sulong saya .. dulu comel je kecik-kecik mandi bolen dalam kolam, sekrang dah pun besar panjang. Amri kini dah pun cecah umur 12 tahun. UPSR 2016 pun dah tamat, in Sha Allah .. andai ada rezeki dapat sambung belajar ke sekolah menengah terbaik di Malaysia.

Saya dan isteri rasa syukur dan sangat bertuah mempunyai anak seperti Amri. Masa awal-awal kelahiran, saya tak pasti bagaimanalah rupa perangai dan tingkah-laku si Amri ni. Namun, atas tips dan panduan yang ramai adik-beradik, sanak sedara dan kawan-kawan kongsikan ... kami dapat melihat Amri membesar dan terdidik dengan baik.

Anak Sulong Saya Dah Remaja

Kami berdua bertuah sebab masa awal bayi, Amri dijaga oleh pasangan suami isteri yang hebat, malah mereka ada anak-anak yang baik budi pekerti. Sayang mereka kepada Amri ni sampai dah besar pun masih lagi bertanya khabar ...

Awal persekolahan, Amri belajar di Tadika Islam Perak... 3 tahun kot di situ .. kemudian sambung belajar di sekolah yang kawasannya jadi lokasi Pasar Kemboja Parit Buntar. Selama di sekolah rendah tersebut, pencapaian akademiknya sangatlah memuaskan hati, malah menjadi antara pelajar favourite di sekolah.
Kini, zaman sekolah rendah Amri akan berakhir ... usia dah capai 12 tahun pada bulan September, sama tarikh lahir dengan atuknya.

Saya pun dah siapkan kad pengenalan baru Amri bagi menggantikan MyKid. Hmmm ...
[Baca] Ajar Anak 6 Perkara Ini Jika Mahu Mereka Jadi Soleh Solehah
Dan tadi, saya dan isteri dah tengok keputusan peperiksaan akhir dan juga percubaan Amri di SAPS. Hati kami berbunga-bunga .. dengan harapan tinggi walaupun ada sedikit risau takut-takut apa yang tertunjuk di SAPS tu tidak seelok keputusan sebenar UPSR 2016.
Selamat Hari Lahir Amri .. walaupun bapakmu lambat kongsi kisah ini kepada rakan-rakan sekolah rendah Amri yang sudi baca blog bapakmu ini .. hehehee...

Bukannya abah jeles Amri masuk paper dua kali ye .. huhuhu...
[Baca] Petua Untuk Lulus Cemerlang Dalam UPSR
Semoga selepas zaman budak-budak ini dikenang dan mana yang baik dijadikan panduan untuk jadi anak remaja cemerlang. Zaman remaja pasti lebih mencabar ... sama mencabarnya untuk hilangkan jerawat yang sudah mula tumbuh di wajah.

Hai kawan Amri. :P


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …