26 Tips Serta Petua Lulus Cemerlang 6A Dalam UPSR

Tips dan Panduan untuk Anak-Anak Lulus Cemerlang 6A UPSR. Saya kongsikan 26 petua dan panduan untuk lulus peperiksaan UPSR

Tips dan Petua untuk Anak Lulus Cemerlang 6A dalam UPSR. In Sha Allah, anak saya akan menduduki peperiksaan UPSR untuk tahun 2016. Jadual peperiksaan UPSR 2016 telah pun dikeluarkan. Peperiksaan UPSR akan berlansung selama 5 hari iaitu bermula pada 1 September 2016, diikuti pada 5,6,7 dan 8 September 2016. Untuk melihat jadual penuh UPSR 2016, boleh klik pautan berikut - http://lynk.my/OnvB

Sebagai bapa, pastilah saya mahukan anak saya berjaya lulus dengan cemerlang, dan kalau boleh biar mendapat 6A untuk peperiksaan UPSR ini. Walaupun ada yang kata, ia bukanlah peperiksaan 'sebenar' untuk menentukan hala tuju anak di alam pekerjaan, namun saya percaya pada konsep Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.

26 Tips dan Petua Lulus Cemerlang 6A Dalam UPSR

Tips Panduan Lulus Cemerlang 6A UPSR
Seawal usia dan di dalam peringkat inilah, saya mempunyai 'kuasa' untuk memberikan haluan dan laluan baginya untuk membuat pilihan sesuai dengan minat sebenarnya dalam kehidupan. Saya perlu tahu apakah kekuatan anak saya di dalam pelajaran, dan bimbing dari segi moral dan sokongan bersesuaian dengan apa yang dia mahu tahu dan apa yang dia telah tahu.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya dan isteri telah berkesempatan untuk hadiri satu taklimat dan perjumpaan waris bagi calon-calon peperiksaan UPSR 2016 di sekolah anak saya. Banyak tips dan panduan yang telah diberikan oleh guru-guru yang mempunyai pengalaman dalam UPSR. In Sha Allah, saya akan kongsikan beberapa tips tersebut untuk manfaat bersama.

26 Tips serta Petua Untuk Anak Cemerlang UPSR

  1. Gunakan pensel 2B sebenar, dan bukan pensil mekanikal untuk menjawab soalan. Kalau boleh, sediakan pensel 2B yang berkualiti terbaik, atau exam grade. Kadang tulisan tak berapa jelas dan akan menyukar pegawai pemeriksa kertas.
  2. Haramkan terus penggunaan pensil mekanikal, kerana penggunaan pensil ini akan buang masa anak-anak ketika menjawab soalan. Apabila mata pensil mekanikal habis, ia akan bazirkan masa jawab peperiksaan semata-mata untuk masukkan isi dakwat pensil mekanikal tersebut.
  3. Latih anak-anak untuk menulis dengan tulisan yang jelas dan terang. Jika tulisan tidak cantik, sukar dibaca, tidak terang dan tunggang-langgang, kesannya akan menyebabkan pemeriksa sukar nak baca jawapan yang ditulis. Jika pemeriksa tidak faham, kemungkinan pelajar akan kehilangan markah yang berharga.
  4. Untuk kertas sains, ada kata kunci tertentu yang memberikan markah. Pastikan anak-anak berlatih menjawab soalan sains menggunakan kata kunci ini, dan menulisnya dengan baik.
  5. Gunakan pemadam yang berkualiti terbaik, kerana ada pelajar yang memadam satu-satu kesalahan sehingga mengoyakkan kertas. Cara padam yang tidak betul juga akan membuatkan kertas jawapan jadi comot. Pemeriksa kertas soalan/jawapan juga seorang manusia, dan pastinya mereka lebih senang memeriksa kertas yang kemas dan tidak comot.
  6. Pelajar-pelajar atau calon UPSR perlu dilengkapkan dengan set alat tulis yang lengkap. Sila semak set kelengkapan ini setiap hari sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
  7. Latih anak-anak untuk melihat masa. Masa adalah 'killer'. Latih anak-anak untuk menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Kata cikgu sekolah, ramai pelajar yang tidak tahu membahagi masa menjawab soalan lalu menyebabkan banyak soalan tidak terjawab di dalam masa yang ditetapkan.
  8. Mengikut info yang diberikan oleh cikgu, turutan soalan adalah berkaitan antara satu sama lain. Maka, anak-anak perlu faham soalan dengan baik. Soalan kedua dan seterusnya akan mudah dijawab andai soalan pertama dijawab dengan betul dan tepat (dalam set soalan yang diberikan).
  9. Sila hadir ke sekolah setiap hari tanpa ponteng. Setiap hari akan ada maklumat dan tips penting mengenai peperiksaan UPSR yang dikongsikan oleh rakan-rakan guru seluruh Malaysia.
  10. Dalam peperiksaan Bahasa Malaysia, pelajar perlu pastikan bahawa tanda-tanda seperti noktah, sengkang, tanda seruan, tanda soal dan sebagainya ditulis dengan terang dan jelas. Tanda-tanda ini penting bagi memastikan jawapan yang diberikan itu betul, tepat, jelas maksudnya.
  11. Untuk soalan matematik, pelajar perlu menggunakan daya penyelesaian masalah. Jangan berfikir terlalu lama untuk mendapatkan penyelesaian. Lihat pada kata kunci soalan, contohnya - bakinya, perbezaannya, cari jumlahnya, berapa puratanya, untung, rugi, diskaun. Fikirkan jalan penyelesaian untuk masalah tersebut.
  12. Pastikan pelajar menggunakan tanda, titik perpuluhan, dengan betul. Tulis dengan jelas dan terang. Kesilapan tertinggal titik perpuluhan boleh menyebabkan jawapan yang diberikan adalah salah, walaupun cara kira adalah betul!
  13. Untuk soalan matematik yang melibatkan unit seperti kg, gram, meter, centimeter, minit, jam dan sebagainya; pastikan ia ditukar kepada unit yang dimahukan dalam soalan. Jangan lupa meletakkan unit-unit ini dalam jalan kira-kira penyelesaian masalah serta paling penting, ia mesti diletakkan pada jawapan akhir.
  14. Tulis jawapan dengan jarak perkataan atau nombor yang sesuai. Jika terlalu jarak, ia akan menyebabkan ruang untuk menjawab soalan tidak cukup. Apabila ini berlaku, kemungkinan jawapan diberikan tidak berapa jelas di mata pemeriksa. Pelajar mungkin diberikan markah kosong atau markah penuh jawapan akan dipotong kerana masalah ini.
  15. Ajar anak anda untuk bijak menggunakan ruang kotak atau baris jawapan. Ramai pelajar yang habiskan masa padam dan tulis kembali jawapan semata-mata untuk memastikan ia penuhi ruang dan kotak jawapan.
  16. Buatlah latih tubi dan contoh soalan agar pelajar dan anak-anak berasa selesa dengan bentuk dan cara soalan diberikan. Mereka mungkin tidak tahu soalan sebenar, tetapi dengan memberikan gambaran tentang corak soalan yang bakal ditanya, ia akan mudah buat mereka faham.
  17. Sebelum peperiksaan, ketatkan jadual ulangkaji. Hindarkan segala gangguan terutama gajet atau akses ke internet. Benda-benda ini akan mengurangkan daya ingatan mereka terhadap segala persiapan dan ulangkaji.
  18. Buat ibu bapa, kurangkan aktiviti yang tiada kaitan dengan peperiksaan UPSR anak; contohnya pergi bercuti, melancong dan sebagainya. Kalau terpaksa, minta anak-anak membawa buku ulangkaji.
  19. Pastikan kesihatan anak-anak sentiasa tip top, lebih-lebih lagi menjelang dan semasa peperiksaan.
  20. Berikan makanan terbaik yang bagus untuk minda dan kecerdasan. Makanan seperti kismis, buah kurma patut dijadikan menu pagi harian.
  21. Elakkan anak-anak dari makan dan minum makanan serta minuman yang telah dihurung semut atau yang lama terdedah.
  22. Elakkan makan kepala ikan. Lebihkan pada sayuran dan buah-buahan segar.
  23. Tidur dan dapatkan rehat yang secukupnya. Badan perlu rehat supaya dapat bekerja dengan baik. Otak yang telah digunakan semaksima ketika ulangkaji perlu disegarkan dengan tidur yang cukup. Tetapi jangan pula terlebih tidur ... huhu.
  24. Sholat lima waktu perlu dijaga. Bukan sahaja oleh anak-anak yang bakal ambil peperiksaan UPSR tetapi juga ibu bapa.
  25. Buat sholat sunat hajat dan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya diberikan kemudahan, kesihatan, daya pemikiran yang baik.
  26. Mohon ampun maaf, dan berdoa sebelum masuk dewan peperiksaan. Ucapkan alhamdulillah, selesai menjawab soalan peperiksaan.

Okey, itulah sedikit sebanyak perkongsian mengenai tips serta panduan untuk lulus cemerlang di dalam UPSR. Mungkin sedikit berterabur dari segi nahu, semantik dan tatabahasa ... in Sha Allah, anda boleh faham maksudnya.
[Baca] 6A UPSR 2016 - Apa Rahsia Anak Saya (Amri)?
Saya bukanlah guru, atau pegawai pemeriksa kertas UPSR 2016 yang sebenar layak nak berikan tips di atas, tetapi sebagai seorang bapa ... saya pastinya mencari cara agar anak saya dapat cemerlang terbaik dan peroleh keputusan 6A dalam UPSR tahun 2016 ini. Mana yang terkurang lebih dalam perkongsian, harap dimaafkanlah ye ... dan kalau nak tambah pun boleh, hanya komen sahaja di bawah.
Panduan untuk berjaya jadi pelajar cemerlang dalam peperiksaan
Alhamdulillah, setakat ini anak-anak saya menunjukkan pencapaian yang sangat baik dalam pelajaran dan di sekolah.

Moga dapat dimanfaatkan, in Sha Allah.

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,298,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,87,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,83,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,297,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,355,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,60,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,98,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: 26 Tips Serta Petua Lulus Cemerlang 6A Dalam UPSR
26 Tips Serta Petua Lulus Cemerlang 6A Dalam UPSR
Tips dan Panduan untuk Anak-Anak Lulus Cemerlang 6A UPSR. Saya kongsikan 26 petua dan panduan untuk lulus peperiksaan UPSR
https://2.bp.blogspot.com/-dYbKKPhDg3w/V5b1DxaruSI/AAAAAAAAQi0/2bSkbfmdBtkixwLqIeZ-j-d0cc5XiqyAACLcB/s1600/tips%2Bpanduan%2Blulus%2Bcemerlang%2Bupsr%2B6a.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-dYbKKPhDg3w/V5b1DxaruSI/AAAAAAAAQi0/2bSkbfmdBtkixwLqIeZ-j-d0cc5XiqyAACLcB/s72-c/tips%2Bpanduan%2Blulus%2Bcemerlang%2Bupsr%2B6a.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2016/07/tips-petua-lulus-cemerlang-6a-upsr.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2016/07/tips-petua-lulus-cemerlang-6a-upsr.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy