Langkau ke kandungan utama

Cara Untuk Semak dan Bayar Bil TM Terkini Secara Online

Dah semak dan buat bayaran untuk bil TM Streamyx dan Unifi bulan ni? Jika belum, boleh lakukannya dengan mudah secara online di MyTM. Portal MyTM memberikan anda kemudahan untuk semak, bayar bil selain membuat aduan mengenai perkhidmatan TM secara LIVE. Saya antara pengguna Streamyx TM yang telah gunapakai khidmat semakan bil, pembayaran bil dan juga membuat aduan secara online di portal tersebut.

Secara amnya, saya agak berpuas hati dengan servis online yang disediakan di portal tersebut. Semakan bil-bil terdahulu dapat dilakukan dengan mudah, selain terus membuat pembayaran bil terkini TM yang ada dipaparkan di bahagian 'Bill' dan 'Payment'.

Pembayaran boleh dilakukan secara FPX menerusi beberapa bank seperti RHB, CIMB Clicks dan juga Maybank2u. Malah, anda diberikan pilihan untuk membayar menggunakan kad kredit.

Cara Semak dan Bayar Bil TM Streamyx dan Unifi Terkini Secara Online

Untuk membuat semakan bil TM - Streamyx - Unifi
  1. Login ke MyTM dengan memasukkan 'user name' dan 'password'. Jika anda tidak ingat kata laluan atau password, sila klik bahagian 'forgot password'. 
  2. Setelah anda login, klik bahagian 'Bills'.
  3. Ia akan paparkan senarai bil yang ada, termasuk bil sebelum ini. Anda boleh muat turun bil tersebut dengan klik pada pautan tertulis 'PDF Bill'

Semak Bayar Bil TM Terkini Online
Untuk membuat pembayaran bil TM - Streamyx - Unifi secara online ...
  1. Login ke MyTM.
  2. Klik bahagian 'Payment'. 
  3. Ia akan paparkan bil terbaru untuk anda bayar, selain bil-bil terdahulu.
  4. Klik 'Pay Now' dan ia akan bawa ke bahagian pembayaran secara online.
  5. Pilih salah satu saluran pembayaran.
  6. Bayar mengikut jumlah dan setelah pembayaran dilakukan ia akan kembali ke MyTM.

Semak Bayar Bil TM Terkini Online
Jika anda belum daftar dengan servis MyTM ini, boleh lakukannya di sini - Daftar MyTM
[Baca] Nak langgan Unifi di tempat anda? Baca ini dahulu - Semak Coverage Unifi di Tempat Anda Secara Online
Anda hanya perlu memasukkan nama anda, email dan password. Kemudian, anda akan diminta untuk sahkan pendaftaran anda menerusi email yang akan dihantar kepada anda.

Perkhidmatan online oleh MyTM ini memang baik. Ia menjimatkan masa, selain mengurangkan kos tidak langsung antaranya penggunaan kertas, kos hantar bil, kos pengangkutan dan sebagainya.

Gunakan MyTM Untuk Buat Aduan Secara LIVE

Saya juga pernah gunakan MyTM untuk membuat aduan berkaitan kelajuan Streamyx saya yang mengecewakan, dan alhamdulillah .. ia telah berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 3 hari. Anda boleh baca pengalaman saya tersebut di sini - Speed Streamyx Mengecewakan Walau Bayar RM150 Sebulan

Daripada pengalaman saya tersebut, saya juga telah tulis dan berkongsi tips tentang bagaimana nak membuat aduan mengenai masalah yang berkaitan dengan kelajuan Streamyx .. anda boleh baca di sini - 2 Perkara Perlu Diperhatikan Sebelum Buat Aduan TM Streamyx 100

Jika anda berminat nak tahu lebih banyak kisah pengalaman saya dalam banyak perkara, termasuklah tips-tips berkaitan cara jana income secara online, tips percutian, tips beli belah online .. bolehlah langgan blog ini dengan memasukkan email anda di ruangan yang disediakan.

In Sha Allah ... anda akan dapat sesuatu yang bermanfaat untuk kesejahteraan hidup anda .. hehehe.

p.s: Sebagai house husband .. servis online sebegini memang sangat saya suka. 

Komen

  1. mnarik..

    nak daftar tapi xpaham yg id tu bro hh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. id tu kita letak sendiri nanti.

      Padam
  2. Balasan
    1. Tak yah nak beratur mana-mana dah. Lagipun, boleh claim GST .. hahaha

      Padam
  3. saya basa report kelajuan streamyx kat akaun twitter @tmconnect. laju je diorg reply tweet.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.